Bab 23

10.4K 692 29
                                    

Tengku Nurfaiza memeriksa fail-fail kesnya seperti biasa. Ketika itu, entah mengapa jarinya terselak di bahagian kes yang pernah berlaku pada 9 tahun yang lalu.

Dia berjeda sebentar. Sekeping gambar seorang perempuan yang sedang tersenyum lebar disentuh lembut.

"Ardiel Lowra binti Syed Iqbal," ujarnya,syahdu. Tanpa dipinta, tiba-tiba sahaja dadanya berombak kencang. Dia tercungap-cungap bagaikan baru sahaja berlari 100 meter di atas padang.

Paniknya datang lagi!  Dia cuba melakukan teknik pernafasan yang benar lagi dibenarkan namun malangnya, dia gagal. Kisah pahit yang terjadi di antara dia dan Ardiel membuatkan paniknya semakin menjadi-jadi.

Nak tak nak, dia harus bergantung pada ubat. Seperti lipas kudung, dia mencari-cari ubatnya yang berada di dalam laci.

Ubat tersebut dicapai lalu segera ditelan bersama air kosong. Sesaat kemudian, dia mampu bertenang.

"Tak guna. Sampai bila kau nak jadi camni, Faiza?!" kutuk dia sendiri.

Pada masa itu, pintu diketuk dari luar lalu muncul Koperal Bethany. Kelihatan polis tersebut sedang membawa sebuah fail hitam ke arahnya.

"Errhhh..inspektor tak apa-apa ke? Nampak macam berpeluh-peluh aje, " tegur Koperal Bethany, prihatin.

"Saya okay. Ada apa-apa yang awak nak beri pada saya, koperal? "soal Tengku Nurfaiza tanpa berselindung. Sebaiknya, dia tidak ingin pun sesiapa sedar mengenai perubahannya.

"Ada, puan! Sebentar tadi, saya mendapat laporan mengenai kes pecah rumah yang berlaku di jalan besar Limbong. Mangsa tersebut adalah seorang gadis yang berumur 13 tahun dan dia telah meninggal dunia di tempat tersebut pada jam 11:05 pagi tadi, " lapor Koperal Bethany, amanah.

Seketika, Tengku Nurfaiza terdiam. Dia mulai berasa sangsi dengan laporan daripada anak buahnya. Seperti ada sesuatu yang gantung dari segi ayat perempuan itu.

"Beritahu saya,apa punca sebenar kematian gadis tu? Mustahil disebabkan pecah rumah je. Saya tak nak sebarang laporan yang singkat!" tegas Tengku Nurfaiza menegur.

"Maafkan saya puan. Punca kematian remaja malang ini adalah disebabkan mangsa dirogol oleh.. "

"Cukup! Saya nak awak serahkan kes ni pada Inspektor Risha sekarang juga, " arah Tengku Nurfaiza,serius.

"Puan tak nak handle kes ni ke? "

"Koperal Bethany, awak tahu saya takkan handle kes macam ni lagi."

"Tapi puan...."

"Enough! Saya percaya Inspektor Risha mampu handle kes ni lebih baik daripada saya. Kalau tak ada apa-apa lagi, awak boleh teruskan kerja awak. Terima kasih, " potong Tengku Nurfaiza tegas lantas membuat kerjanya tanpa memberikan peluang pada Koperal Bethany untuk berkata-kata.

"Baiklah puan. Saya minta diri dulu, " pamit Koperal Bethany lalu keluar menuju ke ruangan bilik Putri Risha.

Sebaik sahaja tiba di sana, dia dijemput duduk sambil memberikan fail yang telah ditolak oleh ketuanya sebentar tadi.

"Wait. Ni bukan ke kes yang patut di handle oleh Inspektor Faiza? Kenapa masih berada di tangan awak? " soal Putri Risha,pelik.

"Erhh kes ni dia dah tolak, puan. "

"Tolak? Nonsense! Dia tak pernah tolak sebarang kes. Saya kenal dia."

"Tapi.. Hmmm bukan kes camni, puan. Biasanya dia akan tolak kes ni and beri pada pihak yang lain," ujar Koperal Bethany, bimbang.

"Kes ni kes rogol en? Awak kata yang dia dah biasa tolak kes yang macam ni. Sejak bila? And kenapa pulak dia nak tolak? " soal Putri Risha bertubi-tubi.

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now