"So, tengku tak rasa apa-apa bila bersama dengan dia?" Doktor Dyana merenung lama ke arah wajah Tengku Nurfaiza dengan penuh tanda tanya. Nampak sangat gadis dihadapannya itu kelihatan bingung dan kosong.
Tapi takpe. Dia dah biasa urus semua pesakit seperti Tengku Nurfaiza. Baginya, ini cuma hal biasa.
"Saya tak rasa apa-apa. Kosong je doktor. Doktor rasa saya ni pelik ke? " kata dia lalu memandang ke arah doktor peribadinya.
"Pelik? Hahaha.. Itu cuma hal biasa bagi peringkat awal sebagai seorang pesakit seperti tengku, " jawap Doktor Dyana bersama ketawa kecil.
"Peringkat awal? Apa maksud doktor?"
"Let me explain to you. Pesakit seperti tengku takde masalah besar pun. Tengku sendiri cakap yang tengku tak rasa apa-apa sewaktu bersama dengan dia. Tengku rasa panik tak? " duga Doktor Dyana.
"Erhhh tak. "
"See? Tengku tak rasa panik sehingga nak makan ubat. Itu satu permulaan yang sangat baik. Meaning to say, suami tengku orang yang mampu sembuhkan tengku. Kalau tengku nak sihat macam dulu, saya sarankan supaya tengku terus tinggal bersamanya, " nasihat Doktor Dyana bersama senyuman manisnya.
"Tapi saya tak faham doktor. Sembuh? Disebabkan dia? Doktor tahu penyakit saya. Mustahil orang macam saya ni boleh sembuh. Sa... Saya terlalu bencikan diri saya semenjak kejadian tu. Saya tak normal! " bentak Tengku Nurfaiza kecewa.
"Bertenang tengku. Ada sebab saya sarankan supaya tengku tinggal bersama dengan dia. Cuba tengku tengok sekarang. Tengku tak rasa marah, benci, takut or panik sekalipun masa dekat dengan dia. Adakah tengku rasa semua tu adalah normal bagi seorang pesakit? " duga Doktor Dyana lagi.
Buat seketika Tengku Nurfaiza terdiam seribu bahasa. Dia mulai memikir semula akan kata-kata Doktor Dyana.
Ya, memang benar lagi dibenarkan. Kalau betul dia tak boleh sembuh, kenapa dia tak rasa apa-apa sewaktu bersama si otak siput tu? Hah, jawap.
Mungkin ke traumanya telah hilang disebabkan layanan Genji terhadapnya?
Logik namun dia benci pada kenyataan tu. Ianya bagaikan terpaksa bergantung pada Takiya Genji supaya penyakitnya hilang dengan serta-merta.
"Saya tahu tengku tentu faham maksud saya. Suami tengku, mungkin satu-satunya peluang untuk tengku hapuskan rasa bersalah yang dah jadi raja dalam diri tengku sendiri.
Kejadian 9 tahun yang lalu tak boleh diputarkan balik. Kita hanya mampu berserah kepadaNya, "jelas Doktor Dyana panjang lebar sambil menepuk perlahan bahu Tengku Nurfaiza.
Gadis itu pula hanya mampu mengeluh berat. Dalam hatinya mulai membisikkan sesuatu.
'Peluang? Mamat tu suatu peluang untuk aku? Gila! Aku tak nak!'
___________________________________
Tepat pada jam 12 tengahari, Tengku Nurfaiza bersama Putri Risha menuju ke arah bilik mayat yang terletak 5km daripada balai polis mereka.
Tujuan mereka hanya satu. Mayat-mayat anggota polis mereka telah dibedah untuk siasatan lebih lanjut selepas mendapat kebenaran daripada ahli anggota keluarga masing-masing.
Mengikut penjelasan doktor semasa ketiga-tiga anggota polis tersebut dihantar ke hospital, dia telah mengenalpasti bahawa ada sesuatu yang tak kena pada semua badan mayat.
Untuk kesahihan, doktor itu telah menghantar kesemua mayat tersebut pada doktor bedah yang sedang bertugas.
"Apa yang inspektor berdua nampak pada ketiga-tiga tubuh mangsa sekarang?" duga Doktor Syam sambil membetulkan kaca matanya. Maklumlah rabun.
YOU ARE READING
I'm A Fighter!
RomanceSiri Keempat. (#1 in Mafia, 1 in Actionromance , 1 in Fighter) Menjangkau umur 27 tahun langsung tiada masalah pada si cantik manis yang bernama Nurfaiza atau lebih dikenali Liah. Kerjayanya sebagai polis sekaligus menjadi adik kepada ketua mafia m...