Bab 39

11.1K 794 90
                                    

"Biyyy..." leret suara Tengku Nurfaiza memanggil. Bahu suaminya diurut lembut lantas pipi lelaki itu turut dikucup mesra.

Namun, Tazaki Genji langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Fokusnya masih terletak pada kertas-kertas kerja di atas meja.

"Biyy..." panggil Tengku Nurfaiza lagi dalam keadaan separuh mendesak.

"Hmmmm..." Kata Tazaki Genji tanpa menoleh ke arah isterinya.

"Betul ke sayang tak boleh keluar daripada rumah ni? Habistu kerja sayang camne? Apa sebab sayang tak boleh keluar? Biy tak..."

"Stop! " potong Tazaki Genji tegas. Fokusnya terbantut lalu dia menoleh ke arah isterinya dengan pandangan yang agak menggerunkan. Kecut perut Tengku Nurfaiza dibuatnya.

"Ap...apa?" Gadis itu menundukkan kepalanya namun didongakkan kembali oleh Tazaki Genji.

"Tengok aku. Bukan tengok kat tempat lain," tegur dia. Tengku Nurfaiza mengigit bibirnya. Yelah, yelah cerewet sangat!

"Hmmm..apa dia?" soal Tengku Nurfaiza seraya memandang ke arah Tazaki Genji. Kelihatan lelaki itu menjongketkan keningnya sejenak.

"Orang pompuan memang banyak tanya ke? Tak penat mulut tu nak bercakap?" sindir Tazaki Genji sehingga membuatkan Tengku Nurfaiza mendengus geram.

Ele, orang perempuan banyak tanya sebab nakkan ilmu. Karang sesat kat jalan pula. Tu lah orang lelaki. Suka nak salahkan perempuan. Dah tu suka label perempuan sebagai orang yang kuat membebel. Kitorang prihatin. Betul tak? Kalau tak betul, sila cukur bulu hidung anda.

"Yelah, yelah. Tanya pun salah! Itu salah, ini salah. Semua salah! Entah apa yang betul kat mata dia," rungut Tengku Nurfaiza, bengang. Orang Jepun memang annoying ke?

Baru sahaja dia ingin beredar daripada situ, Encik Suami terlebih dahulu menarik tangannya.

"Apa?" soal dia malas.

"Urut bahu aku kejap. Lenguh," pinta Tazaki Genji. Mendengar permintaan suaminya sahaja membuatkan Tengku Nurfaiza bersorak gembira. Peluang keemasan lah nak pikat hati buaya Jepun ni.

"Boleh! Boleh! Boleh! Biy nak urutan jenis apa? Urutan jenis tunjuk langit, urutan atas bawah, urutan tumbuk manja atau.."

"Shhhh..Aku suruh kau urut bahu aku. Bukan promosikan jenis urutan yang ada kat dalam dunia ni," potong Tazaki Genji, malas. Terlebih excited pula minah ni.

Tengku Nurfaiza sudahpun tersengih bak kerang busuk.

"Okay! Biy buat je kerja biy. Biar sayang tolong urutkan erk," riang dia berbicara.

Tazaki Genji berdiam diri. Urutan pada bahunya yang terasa sengal dimulakan dengan ramasan yang cukup kuat. Hmmm, boleh tahan minah ni mengurut. Tak rugi jadi bini aku.

"Biy..." panggil Tengku Nurfaiza, manja.

"Apa?"

"Biy kerja apa sebenarnya? Kenapa sayang tak pernah nampak biy keluar rumah sebelum ni? And kenapa..."

"One question only!" potong Tazaki Genji. Rimas pula dengar soalan banyak ni.

"Fine! Biy kerja apa sebenarnya? Jujur tau! " amaran Tengku Nurfaiza.

"CEO," ujar dia sepatah. Tengku Nurfaiza tergelak kuat. Entah mengapa kedengaran lucu pada ayat suaminya. CEO? Sebelum ni kata penjual ikan and tetiba jadi CEO?

Kejutan budaya jenis apakah ini? Takde yang lagi lawak ke?

Tazaki Genji merenung lama pada Tengku Nurfaiza yang galak mentertawakannya.

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now