Bab 14

10.3K 650 16
                                    

Di Jepun..

"Satsuna dah selamat tiba kat Malaysia," lapor Kaizo mendatar lalu melabuhkan punggung di atas sofa yang telah diimport daripada negara Amerika.

Micheal yang berada di sebelah Narumi, saling berpandangan dengan Kaizo. Kelihatan ketua mereka sedang menghembuskan asap rokok bersama riak wajah yang serius.

"Asal kau suruh Satsuna balik semula ke Malaysia? " soal Micheal kehairanan.

Narumi tersenyum sinis sebelum menjawap soalan orang kanannya.

"Korang akan tahu lepas ni. Buat masa sekarang, aku nak kau arah beberapa budak kita kat Malaysia untuk bunuh Genji. Bawakan kepala dia pada aku, " kata Narumi dingin tanpa memandang ke arah mereka.

"Apa? Sekarang? "

Buat seketika, keadaan menjadi hening sebentar. Narumi begitu asyik sekali menghembus serta menghisap rokoknya.

"Hei, Naru.. "

Namun, belum sempat Kaizo menghabiskan kata-katanya, Narumi terlebih dahulu bangkit daripada sofa lalu merenung tajam ke arah mereka berdua silih berganti.

"Sesaat pun aku tak nak biarkan Genji hidup dengan senang selepas apa yang dia dah buat kat ayah aku!" Selepas berkata demikian, Narumi menjatuhkan rokoknya lalu rokok tersebut dipijak bersama hati yang membara.

'Genji.. Aku akan pastikan kau takkan hidup lama!'

____________________________________

"Lek.. Kau tengok aku lempar damak ni bebaik, " ujar Serizawa seraya cuba memberikan sepenuh fokus ke arah bulatan di hadapannya.

"Aku bertaruh. Dia takkan dapat punya, " tutur Makise selamba. Mereka semua juga turut bertaruh seperti biasa. Senang buat duit..

"Okay, ready!"

"Come on, Tamao! Jangan malukan keturunan kau! " gurau Tokio sehingga mengundang tawa kecil di antara mereka semua.

"Shh.  Aku nak baling ni. Ok... satu, dua, ti... "

"Hei, Serizawa! " jerit Mikami Brothers yang baru sahaja datang secara tiba-tiba. Tanpa menyedari apa yang sedang berlaku, mereka berdua melanggar bahu Serizawa sehingga lelaki itu hilang fokus lalu damaknya tersasar daripada titik tengah bulatan.

"Arghh!! Aku menang!  Kan aku dah kata dia akan tersasar! " ujar Makise lalu mengusap kasar rambut Izaki.

"Asal kau cakap dengan aku? Aku langsung tak tahu apa-apa, " balas Izaki lantas membetulkan semula rambut perangnya.

Tamao Serizawa pula sudah terdiam sambil terkebil-kebil memerhatikan damaknya yang agak jauh tersasar.

"Wah, Tamao.  Kau memang tak pandai baling damak ke? "Soal Mika tanpa rasa bersalah.

"Kepala lutut kau! Damak aku tersasar jauh disebabkan korang berdua! "Marah dia lalu kepala dua adik beradik itu saling dilagakan.

"Sakitlah, sial! "

"Sesial-sial aku, korang berdua lagi sial! Arghhh!!" teriak Serizawa bengang lalu bertindak menyepak kedua-dua punggung Mikami Brothers silih berganti.

"Woi! Berhentilah bodoh! " marah kembar tersebut sambil melarikan diri.

"Anjing memang tak boleh duduk diam! Suka sangat kacau game aku! "

"Mana kitorang tahu kau tengah fokus. "

"Kalau kau fokus sekalipun, damak tu tentu tersasar jauh, "sampuk Kami lalu memecut laju untuk mengelakkan diri daripada dibelasah oleh lelaki tersebut.

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now