"Yakuza merupakan mafia yang terkuat di Jepun. Diorang bijak menyembunyikan rahsia dan mampu mengawal apa saje yang diorang nak. Bagi mereka segala-galanya mudah jika ada kuasa.
Cuma yakuza lebih kejam daripada mafia. Diorang jarang guna pistol sebab bagi diorang pedang lagi jauh menyeksakan." Putri Risha memperjelaskan satu persatu kepada Koperal Haznani.
Seketika, raut wajah itu kelihatan pucat seraya menelan air liurnya.
"Pe..pedang? Buat apa guna pedang kalau dah ada pistol?" soal dia terketar-ketar.
Putri Risha tersenyum pendek.
"Sebab diorang suka seksa mangsa mereka sebelum biarkan mangsa mereka mati. Pedang tu digunakan untuk menghiris dan melapah daging-daging mangsa lalu diorang penggal kepala mangsa tanpa belas kasihan.
Dulu, mereka jadikan kepala mangsa sebagai perhiasan ataupun koleksi. Pendek kata, diorang sangat kejam dan menakutkan," jelas Putri Risha, mendatar.
Koperal Haznani mengangguk faham. Jika dia bertembung dengan seorang yakuza sebenar, adakah dia akan terus melarikan diri? Arghh, gila!
Sesaat kemudian, Putri Risha meneruskan agendanya yang sebenar selepas sahaja menarik nafas.
"Pada tahun 2013, pengaruh yakuza semakin berleluasa apabila pihak polis gagal menangkap mereka. Malah, setengah daripada diorang bertindak tunduk pada kuasa yakuza.
Jenayah demi jenayah dilakukan. Aktiviti haram seperti perdagangan manusia semakin berleluasa. Diorang tak takutkan sesiapa kerana takde siapa yang berani nak tangkap diorang.
Seorang mangsa bernama Ally telah meninggal dunia atas kelakuan yakuza . Diorang merogol, menyeksa dan membunuh lalu mayat Ally dicampakkan di tepi jalan raya. Menurut keluarga mangsa, Ally diseksa selama 14 hari dan selama itu keluarga si mangsa berendamkan air mata.
Pihak polis takut untuk bertindak atas faktor ancaman yang diterima. Sebaik sahaja tubuh mangsa dijumpai, tubuh arwah dipenuhi dengan kesan putung rokok dan kemaluannya kelihatan kemerah-merahan serta mengeluarkan darah dan bau busuk.
Kedua-dua puting si mangsa juga turut dipotong kejam. Terdapat beberapa kesan hirisan dan tangan si mangsa hanya tinggal tulang kerana telah dihiris menggunakan senjata yang tajam.
Pada tahun 2018 pula, pengaruh yakuza semakin berkurangan disebabkan mereka bertekad ingin menyembunyikan diri. Bukan kerana takut pada pihak polis tetapi atas sebab lain," terang Putri Risha panjang lebar.
Sekali lagi, Koperal Haznani mengangguk faham. Namun beberapa saat kemudian, muncul kerutan di dahinya.
"Erhhh..pelaku..I mean yakuza yang bunuh arwah Ally tu masih hidup ke? Ataupun dah hilang begitu aje? " soal Koperal Haznani, ingin tahu.
"Diorang masih hidup dan berada kat Jepun. Jauh daripada pandangan sesiapa. Tapi seminggu yang lepas pihak polis daripada Jepun dah mengesahkan koordinat mereka. Pihak mereka ingin kita turut melibatkan diri untuk memberkas penjenayah tu," beritahu dia, mendatar.
"Kita kena turut serta ke? Wajib?" Jelas terpamer ketakutan di wajah Koperal Haznani. Tak nak mati awal weh!
"Takut ke?" uji Putri Risha.
"Bukan takut tapi rasanya ni misi bunuh diri," tunduk Koperal Haznani.
"Jangan risau. Saya pun akan turut serta dalam misi ni. Cuma...awak ditugaskan untuk under cover di negara tu sementara saya pergi ke Amerika untuk berjumpa dengan dua anggota polis terbaik di sana. Mereka pun akan turut serta," ujar Putri Risha sehingga membuatkan Koperal Haznani kecut perut.
YOU ARE READING
I'm A Fighter!
RomanceSiri Keempat. (#1 in Mafia, 1 in Actionromance , 1 in Fighter) Menjangkau umur 27 tahun langsung tiada masalah pada si cantik manis yang bernama Nurfaiza atau lebih dikenali Liah. Kerjayanya sebagai polis sekaligus menjadi adik kepada ketua mafia m...