Bab 15

10.4K 761 44
                                    

Setelah habis kerja pada waktu malam, seperti biasa Tengku Nurfaiza akan balik bersama keretanya. Sepanjang ia dalam perjalanan, otaknya terasa begitu serabut sekali dengan kes yang baru sahaja berlaku tengahari tadi.

Sesekali si gadis anggun itu mengeluh berat. Bukan dia tak nak pergi ke kilang tersebut namun traumanya pada api membuatkan dia masih berasa lemah. Pada siapa dia nak mengadu?

Jika orang atasan tahu tentang traumanya itu, sudah tentu dia akan dipandang rendah. Tak boleh! Sebagai inspektor yang tegas serta cemerlang, dia harus dikekalkan sebagai orang harapan.

Beberapa puluh minit kemudian, akhirnya Tengku Nurfaiza tiba di halaman rumah. Di kala itu rumah buruk suaminya masih kelihatan gelap. Ia bermaksud Takiya Genji belum pulang ke rumah.

Bersama langkah yang malas, Tengku Nurfaiza memetik suis lampu lalu duduk di atas sofa yang sudah menjadi tempat tidurnya selama 2 bulan lebih.

'Apalah nasib badan aku? Semenjak kahwin dengan mamat otak senget ni, bala asyik datang je. Ergh, stress! '

Dalam sibuk termenung sendirian, kedengaran bunyi derap kaki memasuki ke dalam rumah. Automatik sahaja Tengku Nurfaiza bangkit daripada sofa apabila melihat Takiya Genji datang bersama sebungkus makanan.

"Hei, lambat balik hari ni, " tegur Tengku Nurfaiza was-was. Seperti malam-malam yang sebelumnya, kata-kata Tengku Nurfaiza akan dibiar berlalu bersama angin.

Takiya Genji hanya sekadar berdiam diri lantas cuba mengorak langkah ke arah biliknya.

"Kejap! "Halang Tengku Nurfaiza. Dia berlari anak untuk menyekat jalan suaminya sebentar.

"Makanan tu... Erhh... Untuk aku en? Thank you! Susah-susah je, "senyum Tengku Nurfaiza lalu cuba mencapai bungkusan tersebut daripada tangan suaminya.

"Sape kata untuk kau? Ini aku punya, "balas Takiya Genji selamba tanpa rasa bersalah walau sedikit pun.

"What?! How could you! Kau tau tak, aku dahlah tak makan sehari ni sebab.... "

"Bukan urusan aku, "potong Takiya Genji dingin lalu cuba beredar melepasi isterinya. Tengku Nurfaiza mengepalkan penumbuknya seraya mengetap gigi menahan marah.

Ingatkan sang suami adalah rasa simpati sikit. Ini takde. Hampeh!
Namun, saat Takiya Genji melepasi Tengku Nurfaiza, gadis itu melihat ada sesuatu yang telah melekat pada bajunya.

"Wait! Is that blood?" soal Tengku Nurfaiza sehingga berjaya mematikan langkah Takiya Genji.

"Why you pulang lewat and ada darah melekat kat baju you? " soal Tengku Nurfaiza curiga. Buat seketika, Takiya Genji berdiam diri lalu membuka bicaranya.

"Kau selain jadi bodoh, memang ada penyakit lain ke? Kau dah lupa yang aku ni keje penjual ikan? Potong ikan mesti ada darah and darah tu dah terpercik kat baju aku. Dah, tepi, " halau Takiya Genji lalu masuk ke dalam biliknya tanpa kehadiran pintu.

Tengku Nurfaiza pula sudah terpinga-pinga.

'Aik, aku tanya je pun. Yang nak marah sangat apehal?' bisik hatinya.

Sewaktu dia ingin berjalan, dia teringat bahawa dia akan tidur sekali lagi di atas sofa buruk. Ergh, melenguhkan tulang-temulang beta!

"Takiya Genji! Takkan aku nak tidur kat sini? Lenguh tau tak! Bagilah aku tidur kat bilik pula. Kau.... "

"Kau punya pasallah nak tidur kat mana pun. Tidur jelah kat atas lantai kalau sofa tu buat tulang-tulang kau sakit, " potong Takiya Genji selamba.

Tanpa dapat menahan amarah lagi, Tengku Nurfaiza bertindak memasuki Takiya Genji lalu punggung lelaki itu ditendang geram.

Dalam masa sesaat sahaja, Takiya Genji berguling-guling sehingga terhentak pada dinding.

"Arghhh!! Sakit, sial! " marah dia.

"Asal kau kejam sangat dengan aku hah?! Aku cuba berbaik dengan kau tapi kau anggap aku macam dinding takde perasaan! " herdik Tengku Nurfaiza seraya mencerlung tajam ke arah suaminya.

"Kejam? Bila masa aku kejam sangat dengan kau? " Takiya Genji mengusap-usap kepalanya yang agak sakit.

Tanpa Takiya Genji sedar, Tengku Nurfaiza mengepalkan penumbuknya sambil menahan air mata daripada jatuh.

"Ap... Apa salah aku kat mata kau? Apa yang aku dah buat sampai kau benci sangat kat aku?! " luah Tengku Nurfaiza bersama air matanya yang deras mengalir. Buat kali pertamanya, dia menangis di hadapan Takiya Genji.

Kehilangan tiga anggota polisnya serta layanan Takiya Genji membuatkan hari ia pada hari itu menjadi sangat teruk. Terasa dirinya benar-benar tidak berguna. Apakan daya, semua itu di luar jangkaannya.

"Nangis? Tu pun dah nangis? Asal manja sangat perangai kau ni? Anak emak betullah. Jangan ingat aku nak layan erk, " ucap Takiya Genji tenang lalu membaringkan tubuhnya di atas katil.

"Uwarghhhhh!!!! " Takiya Genji menutup telinganya apabila Tengku Nurfaiza merengek dalam tangisan. Dasar anak emak! Habistu kau anak apa? Anak setan? Eh, apa benda yang aku cakap ni.

"Uwarghhh!! Mummy!!! Nak balik!!! " rengek Tengku Nurfaiza terus-terusan. Takiya Genji sekadar menjongketkan keningnya bersama wajah malas nak layan.

Ketika itu jugalah, dia terfikirkan sesuatu lantas telefonnya dicapai pantas.

"Hah, nangis. Teruskan nangis. Boleh juga aku ambik video kau then viralkan kat instagram. Caption dia 'Polis nangis sebab nak emak. ' Hah, kau nak? "Ugut Takiya Genji.

Asal kurang ajar sangat mamat ni?

Malangnya, ugutan dia tidak berhasil malah menambahkan tangisan gadis tersebut.

"Uwarghhhhh!!! "

"Ok, ok fine! Aku tahu aku salah! Dah, meh sini, " ajak Takiya Genji lalu tubuh Tengku Nurfaiza ditarik ke dalam pelukannya.

"Shhhh dah.. Jangan nangis.. "

"Eisk.. Eisk.. "

"Aku kan ada kat sini, "pujuk Takiya Genji sambil mengusap-usap lembut rambut isterinya.

"Asal kau sensitif sangat malam ni? "Soal dia.

"Eisk.. Eisk.. Aku rasa bodoh, tak guna sebab dah buat anggota polis yang lain, maut. Kalau lah aku ada kat sana masa tu... Diorang takkan mati. Semua ni salah aku.  Uwarghh!! " luah Tengku Nurfaiza kecewa dan air matanya semakin lebat mengalir.

Mendengar kata-kata ia, Takiya Genji terdiam buat seketika.

"Eish.. Eish.. Aku teruk! " Tengku Nurfaiza melepaskan rasa geram dengan menunbuk-numbuk dada suaminya sehingga lelaki itu mengadu kesakitan sekali gus lamunan ia termati begitu sahaja.

"Ouch! Weh, aku tahu kau marah. Tapi ouch sakitlah weh! Ingat dada aku ni dada terminator ke apa? Sado tu memang sado tapi bukan besi ye, " sempat lagi dia memuji pada dirinya sendiri.

"Aku teruk... "

"Ya, aku tahu... "

"Uwarghhhhh!!! "

"Ok, ok. Aku gurau jelah. Dah, jangan nangis, "pujuk Takiya Genji lalu membawa Tengku Nurfaiza ke arah tilam. Gadis tersebut kemudian dibaringkan disebelahnya lalu mereka tidur berpelukan.

Tengku Nurfaiza hanya sekadar merelakan disebabkan terlalu dibawa emosi kesedihan.

"Eisk eisk... "

"Shhhhh... Jangan nangis.. "

"Ap... Apa salah aku sampai kau layan aku teruk sangat? " soal Tengku Nurfaiza. Sekali lagi, Takiya Genji terdiam. Soalan gadis tersebut baginya benar-benar seperti soalan KBAT.

"Eisk... Eisk.. "

"Dah, jangan menangis."

"Ke.. Kenapa? "

"Sebab aku tak suka tengok kau menangis. Dah, meh tidur dengan aku malam ni, " ucap Takiya Genji mendatar seraya tangannya sibuk menepuk belakang Tengku Nurfaiza sehingga gadis itu terbuai mimpi.

#Vote and comment.

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now