Bab 34

10.4K 718 145
                                    

Tengku Nurfaiza membuka matanya secara perlahan-lahan. Terasa pening sebaik sahaja mata dibuka luas.

"Erghh ..."

"Faiza?" panggil Putri Risha.

Tengku Nurfaiza bangkit perlahan dibantu oleh Tasya. Matanya melilau ke arah serata rumah. Takde lagi kebakaran mahupun asap. Kini, dia selamat.

"Takiya...su..suami Faiza mana?" soal Tengku Nurfaiza, risau. Memori kali terakhirnya adalah dia sedang terjerit-jerit meminta kepulangan Takiya Genji semula.

Semua mata memandang Tengku Nurfaiza dengan pandangan yang sayu . Lidah masing-masing kelu untuk berbicara.

"Faiza...hmmm...Genji..." Tengku Lily menarik nafas. Dia risau jika anak gadisnya tidak mampu menerima kenyataan yang sebenar.

"Kenapa dengan suami Faiza, mummy? Bagitau Faiza!" desak Tengku Nurfaiza. Tanpa mampu ditahan lagi, air mata dia jatuh bercucuran.

"Genji dah takde. Dia dah meninggal dunia 2 hari yang lepas. Disebabkan asap yang terlalu banyak masuk ke dalam hidung Faiza, Faiza pengsan selama dua hari," jelas Tengku Lily, hiba.

"Nooo!! Tipuuuu!! Dia janji takkan tinggalkan Faiza! Mummy, tolong cakap semua ni cuma mimpi! Faiza..tak nak kehilangan dia," nangis Tengku Nurfaiza teresak-esak.

"Maafkan kami, sayang..."

"Arghhhh!! Semua ni salah Faiza! Faiza dah tuduh dia! Faiza hukum dia tanpa dengar penjelasan dia dulu!"

Mereka semua berasa sebak.

"Faiza...yang dah berlalu biarkan berlalu. Kita yang masih hidup, kena teruskan hidup," sampuk Alex lalu menarik tubuh Tengku Nurfaiza ke dalam pelukannya.

Wahhhhhh..betul ke apa yang author baru baca ni? First time, kata-kata Alex boleh diterima akal. Tepuk tangan sikit.

Uish, dah matang dah budak Alex ni.

Riko yang berdiri berdekatan mereka sudahpun menjongketkan keningnya mendengar bicara Alex.

"Tahniah sebab dah akil baligh," bisik dia. Alex menjeling kasar ke arah Riko. Tunggu kau kejap lagi! Aku tarik spender kau sampai ke muka!

"Faiza nak Genji! Dia tak boleh tinggalkan Faiza! Dia janji nak bersama dengan Faiza sampai kitorang mati," ngongoi Tengku Nurfaiza di dada Alex. Habis segala hingus dan air matanya terkena pada baju Alex.

"Faiza, tak boleh macam ni sayang. Kita kena doakan dia supaya dia tenang kat sana. Dunia kita dan dia dah berbeza," pesan Tengku Zamil. Sayu hatinya melihat Tengku Nurfaiza menangis bagaikan orang gila.

"Faiza..." Kali ini, Tengku Fazril cuba memujuk.

"Nooo!! Faiza tetap nak dia!!" Marah Tengku Nurfaiza. Dia menyesal. Sangat-sangat menyesal.

Kalaulah masa boleh diputarkan semula. Kalaulah....

___________________________

Sebulan kemudian..

Menjalankan hari tanpa si dia, seperti meneruskan hidup tanpa sebarang makna. Tiada lagi usikan mahupun sindiran tajam daripada mulut si dia.

Dalam diam, Tengku Nurfaiza rindu pada suara suaminya. Suara yang selalu membuatkan dia tergelak, tersenyum, terbuai dan segala ter yang ada di dunia ini.

Tanpa mereka semua tahu, Tengku Nurfaiza sering berendam mata pada waktu malam. Dia inginkan pelukan Takiya Genji yang sering memeluknya apabila mendapat mimpi buruk.

Dia rindu semuanya. Mengingati wajah arwah Takiya Genji membuatkan air mata dia jatuh jua. Pedih. Sakit.

Tak sempat buat anak lagi, suami dah meninggal. Siapa sedih sila angkat ketiak? Jangan! Busuk tau tak?! Ehe.

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now