2 minggu kemudian..
Sudah sekian lama Takiya Genji bersembunyi tanpa diketahui oleh isterinya. Dia pasti gadis itu sedang memburunya seperti seekor singa yang kelaparan.
Takiya Genji mengeluh berat seraya baring di atas sofa buruk. Ya, dah 2 jam dia lepak kat rumah sebelum ni sebab dia pasti Tengku Nurfaiza takkan terfikir bahawa dia akan lepak di rumah sahaja.
Walaupun rumah tu dah serupa macam pondok tapi banyak meninggalkan seribu kenangan dia bersama gadis itu.
Sesaat, Takiya Genji mengambil telefonnya lalu aplikasi gallery ditekan. Teringat pula kejadian di mana dia telah mencuri gambar-gambar milik Tengku Nurfaiza lalu dihantarkan pada telefonnya.
Rindu.....Rindu pada senyuman si cantik manis itu. Pernah juga dia terfikir, adakah gadis tersebut sememangnya model? Bukan apa. Lawa nak mati doh.Selepas puas menatap beberapa gambar Tengku Nurfaiza, tanpa sedar Takiya Genji tertidur. Mungkin terlalu tertekan dengan pelbagai masalah.
Semasa dia dibuai mimpi indah, kuch-kuch kota hae, dia tak sedar bahawa seorang lelaki datang menghampirinya bersama segelen minyak.
Dengan berhati-hati lelaki itu menyimbah minyak tersebut pada setiap sudut rumah.
'Hehehe..matilah kau, Genji. '
__________________________________
"Liah?" panggil dia. Tengku Nurfaiza yang sedang membeli minuman di kafe, tersentak apabila melihat Nenek Itshiko datang ke arahnya bersama senyuman manis mengalahkan gula.
"Nenek! Nenek buat apa kat sini? " terkejut dia sambil tersenyum kambing.
"Nenek ada hal sikit kat area sini," beritahu Nenek Itshiko. Matanya ralit memandang pada uniform polis yang dikenakan oleh Tengku Nurfaiza pada tubuhnya.
"Ohhh. Nenek confirm datang dengan bodyguards erk," duga Tengku Nurfaiza seiring dengan sengihannya.
"Ha'ah . Mestilah dengan dorang. Liah pula datang ke sini dengan siapa?"
YOU ARE READING
I'm A Fighter!
RomanceSiri Keempat. (#1 in Mafia, 1 in Actionromance , 1 in Fighter) Menjangkau umur 27 tahun langsung tiada masalah pada si cantik manis yang bernama Nurfaiza atau lebih dikenali Liah. Kerjayanya sebagai polis sekaligus menjadi adik kepada ketua mafia m...