Bab 18

10.4K 690 27
                                    

"So, kak long belajar cara bertarung daripada The King? " soal Tengku Nurfaiza sambil melepaskan tumbukan pada Putri Risha.

Seperti biasa hari minggunya akan diisi dengan kelas tarian ataupun menambah pengetahuan mengenai ilmu seni mempertahankan diri daripada kakak iparnya.

Seperti yang kekanda serta adinda sedia maklum, suatu ketika dahulu Putri Risha pernah menjadi angel yang agak sukar dikalahkan.

Disebabkan hal itu, Tengku Nurfaiza bertekad ingin mempelajari sahaja ilmu mempertahankan diri daripada perempuan tersebut.

"Ha'ah. Dia...tak pernah bagi kak long berehat walaupun sekejap. Cara dia ajar lain daripada yang lain. Sampailah kak long jadi..... "

"Kejam?" Bersama ayat itu, Tengku Nurfaiza cuba menyiku kepala Putri Risha tetapi malangnya perempuan tersebut tangkas sahaja mengelak.

"Kak long tak kejam. Angel yang kejam, " kata Putri Risha. Pada masa yang sama juga, dia melepaskan tumbukan bertubi-tubi secara sederhana pantas ke arah perut adik iparnya. Mujur sahaja Tengku Nurfaiza pantas mengelak.

Ketika Putri Risha galak menghantar serangan, Tengku Nurfaiza menepis tangan kakak iparnya lalu menumbuk bahu perempuan tersebut.

"Good!" puji Putri Risha apabila tubuhnya terdorong ke belakang.

Tengku Nurfaiza tersenyum bangga sambil mengesat peluh di dahinya. Dia tahu Putri Risha bukan calang-calang orang hendak dikalahkan. Kekuatan serta kepantasannya sudah hampir setanding seperti Tengku Fazril.

"Again!" kata Putri Risha tegas tanpa senyuman. Kali ini, dia cuba menendang pula lutut Tengku Nurfaiza daripada jarak yang dekat.

"Bukan semudah itu!" ujar dia lalu pantas sahaja menyelit ke bawah tangan Putri Risha. Dalam sekelip mata sahaja, dia berada di belakang tubuh kakak iparnya itu.

"Kak long nak tanya sikit. "

"What? " Tengku Nurfaiza melompat tinggi sebaik sahaja Putri Risha cuba membuat pusingan 90° di atas tanah.

"Dah 5 bulan Faiza hidup dengan Genji. And for now,  kak long tahu yang Faiza betul-betul benci kat dia. Faiza nak bercerai ke dengan budak tu? " soal Putri Risha tanpa ditapis dahulu.

Sejurus mendengar soalan tersebut, Tengku Nurfaiza tergamam dan automatik sahaja pergerakannya terbantut. Ingatan ia kembali pada malam bibir Takiya Genji melekap lembut pada bibir mungilnya.

Putri Risha pula sudah mengerutkan dahi. Kelihatan Tengku Nurfaiza dalam keadaan yang leka dan termenung sebentar. Kesempatan itu diambilnya olehnya dengan menarik tangan Tengku Nurfaiza sehingga gadis itu terkejut bukan kepalang.

Sekarang tangannya diputar ke belakang tanpa sebarang simpati.

"Arghh!! Kak long! Kak long! Sakit! Sakit! " aduh Tengku Nurfaiza menahan kesakitan. Riak wajahnya jelas berkerut seribu.

Mendengar erangan adik iparnya, Putri Risha segera melepaskan tangn Tengku Nurfaiza lalu mengeluh berat.

"Faiza tak boleh sesekali leka masa bertarung.Musuh boleh menyerang bila-bila masa saje. Ingat tu. Jangan termenung, " tegur Putri Risha lembut. Dia tahu ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran Tengku Nurfaiza.

Masakan tidak, adik iparnya itu memang jenis fokus akan sesuatu hal yang penting terutamanya mengenai hal mempertahankan diri. Namun bukan hari ini. Dia kelihatan terfikirkan sesuatu seolah-olah hal tersebut merupakan hal parlimen.

"Faiza minta maaf. Faiza akan cuba fokus lepas ni, " mohon Tengku Nurfaiza.

"Okay. Kita mula semula. Sedia! "

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now