29

25 4 4
                                    

Jenny pov

"Kenapa aku emo sangat tadi? Argh!!! Ni semua sebab si Rong Hung"Aku mengeluh seorang diri.

Tiba2 aku teringat ke Mrs White. Lama tak nampak dia. Aku pun berniat ingin berjumpa dengan dia.

Fast forward

Aku berada di hadapan pintunya. Kedengaran seperti dia bertekak dengan seseorang.

Pintu yang tak ditutup rapat aku buka sedikit untuk mengintai.Aku tahu tu salah tapi aku tertanya.

"Kim Yeon Joo. Aku nak kau bagi aku buku itu"

Kelihatan Maharaja dengan Mrs White bergaduh tentang buku Pelik buku pun nak bergaduh.

"Tak! Aku dah beritahu banyak kali. Tidak sesekali. Aku langsung tak takut dengan kau dark witch"

"Lebih baik kau bagi kalau tidak aku cincang badan kau satu persatu"

"Cincanglah. Aku takkan bagi"

"Huh kau sangat pentingkan diri. Maharaja atau aku patut panggil SUAMI kau. Kau sanggup korbankan. Hm..mungkin aku terpaksa korbankan anak kau"

"Pergi ke tempat asal kau Rong Hung. Kau takkan dapat"

Rong Hung? Anak? Maharaja dah mati? Drama apa ni?

"Heh aku bosan dah. Biar aku cincang kau betul2"

Maharaja atau sesiapa lah dia mula mencekik leher Mrs White. Aku ketakutan. Aku kena tolong dia tapi ni dark witch bukan mudah lawan dia.

"Jenny"

Satu tangan menepuk lembut bahu aku tapi boleh bagi satu renjatan pada aku. Aku terundur ke belakang. Jantung aku berdegup laju.

"Kau ni kejutkan aku"bisik aku perlahan.

"Apa kau buat kat sini?" Minjae juga ikut berbisik sebab Mrs White mmg tak suka bising.

"Tu nanti. Aku nak kau cepat pergi beritahu geng kita Mrs White dalam bahaya. Cepat" Aku menolak Minjae untuk pergi manakala dia terpinga2 tapi ikutkan sahaja.

Kesian dia baru sampai tapi kena pergi balik semula. Aku menarik nafas. Aku kena selamatkan Mrs White.

Aku menolak pintu bilik Mrs White dan menhayunkan pedang pada bahagian bahu dia. Baju dia koyak dan bahu dia luka. Darah mengalir keluar dari bahu dia. Namun dia hanya tersenyum.

"Jenny tak sangka dapat jumpa kau semula. Rasanya tak ada guna aku menyamar" Rupanya berubah menjadi dirinya.

"Mana Maharaja?"

"Dalam kubur"

"Kau tak guna!!" Aku hayunkan pedang aku ke arah dia tapi badan aku ditolak ke arah tingkap. Tingkap pecah dan badan aku menjunam ke bawah.

Ouh sheep
_______

Minhoon pov

Aku baru perasan. Aku langsung tak dapat baca fikiran Maharaja seperti lawan misteri aku sebelum ni. Pelik.

"Weh Minhoon kau fikir apa?"Yuni memandang aku pelik.

"Jae"

"Yup?" Jaehyun memandang aku penuh persoalan samalah dengan Bts dan ahli lain.

" Aku rasa Maharaja tu dark witch"

"Takkanlah. Jangan mengarut..."

"Weh!!!" Satu jeritan menarik perhatian mereka.

"Minjae kenapa? Mana Jenny? Kenapa berlari ni? Jakntotlfgmyk"Jin menutup mulut Taehyung yang bertalu-talu tanya soalan.

"Ok Minjae ambil nafas. Tarik. Hembus. Tarik. Hembus"kata Yuni.

The FighterWhere stories live. Discover now