Minhoon pov
"Baiklah Minho tolong jagakan Emerald. Kami percayakan kau"Namjoon menepuk bahu Minho dan terus pergi ke arah kami.
"Baiklah baik-baik pergi sana"
Kami pun menaiki burung Jisoon dan terbang Light Kingdom.
"Aku risaulah macam mana kalau mereka buat pemberontakan"kata Minjae.
"Haish tak tahulah. Kenapa susah sangat nak terima Witch?" Jaehyun kelihatan frust beberapa hari ni dia makin kuat makan. Habis cake kami buat dia habiskan. Sadis.
"Sebab sejarah lama"Kata Jisoon
50 tahun lalu
Pada zaman dahulu Witch adalah orang ysng dihormati kerana kepakaran mereka dalam pelbagai perkara jadi mereka sangat dialu-alukan untuk berada di negara Emerald.
Jung Hangsoon,seorang Witch yang bijak. Dia sangat suka mengkaji dan dan mencipta kuasa-kuasa baharu untuk diajar pada kanak-kanak supaya mereka menjadi generasi yang unggul. Satu hari dia temui satu kuasa dipanggil Dark. Kuasa yang sangat kuat dan susah dikawal.
Dia menggunakan kuasa itu dan berjaya kalahkan ramai pahlawan setiap negara. Dia menjadi kuat dan menggulingkan Maharaja dan memaksa ramai orang untuk mengikuti dia.
Rakyat hidup ketakutan. Kaum wanita dibunuh untuk darah kerana itu sumber kekuatan mereka.
Semua orang mula hilang kepercayaan pada witch. Semua witch diburu dan dibunuh untuk dihapuskan tapi Kim Rena witch yang paling muda mencipta satu pedang dipanggil Light Sword di mana mendapat kerjasama daripada Kim Haera berkuasa light.
Oleh itu,Jung Hangsoon dan pengikutnya dihalau dan diperangkap dalam sebuah hutan dengan kuasa sihir. Namun tidak diketahui berapa lama bertahan.
Akhirnya,Witch dipecahkan pada dua White Witch dan Dark Witch. White Witch menetap di White Mountain manakala Dark Witch dihalau dan tinggal di Dark Forest. Witch tidak lagi menjadi orang yang dihormati namun ditakuti.
"Disebabkan itu Witch tidak dibenarkan berkahwin dengan orang lain kecuali keturunan dia dan langsung tidak dibenarkan menjadi Raja. Tamat"
"Dan kenapa pedang tu berada di Light Kingdom?" Tanya Minjae.
"Sebab mereka tak percayakan Witch jadi Kim Rena memberi pedang pada Kim Haera dan pedang itu diletakkan di Light Kingdom untuk dilindungi"balas Jisoon.
"Wah!!!" Kami menepuk tangan pada Jisoon. Perjalanan ke Light Kingdom menjadi meriah dan tidak membosankan. Sekurang-kurangnya dapat hilangkan stress walaupun kami risau tentang Maharaja Light Kingdom.
Fast forward
Kami sampai di hadapan pintu istana. Pelik.
"Kenapa tak ada pengawal?" Tanya Minjae.
"Pelik.."bisik aku perlahan.
Kedengaran bunyi semak di sana sini. Bahaya. Aku lihat ke arah semak untuk lihat kalau aku boleh baca fikiran orang itu tapi malangnya mereka bergerak terlalu pantas.
Kami masing-masing keluarkan pedang kecuali Jaehyun. APA MASALAH DIA?
"Jae kenapa tak keluarkan pedang?" Tanya Jenny.
"Mereka pengawal tak perlu keluarkan pedang. Kita bukan datang untuk buat masalah"
Kami pun simpan pedang kami balik walaupun tak berapa rela.
Pengawal itu pun keluar dari semak dan menghunus pedang ke arah kami.
"Siapa kamu semua? Apa tujuan kamu datang" tanya salah seorang pengawal.
"Kami pahlawan Emerald datang untuk berjumpa dengan Maharaja"
"Masuklah" Pengawal itu membuka pintu istana dan beri laluan kami masuk.
"Nampak tak? Tak perlu pun keluarkan pedang. Mereka baik"Kata Jaehyun.
"Memanglah tapi mereka tu sembunyi dalam semak bagai. Siapa tak takut?" Kara Kiyun.
Kami berjalan ke sebuah bilik dam kelihatan Maharaja sedang duduk di kerusinya.
"Dah lama beta menunggu kamu semua"
"Apa maksud Maharaja dah lama tunggu?" Jaehyun melihat ke arah Maharaja penuh persoalan.
"Disebabkan Mrs White beritahu beta tentang hal ini"
Kami mengangguk pada penjelasan Maharaja. Nampaknya Mrs White tahu tentang hal ini.
"Light Sword bukan pedang biasa dan ia hanya boleh dipegang oleh salah seorang dari kamu jadi dengan itu kamu semua perlu menghadapi beberapa ujian untuk mengetahui siapa yang layak pegang pedang itu"
"Ujian apa Maharaja?" Tanya kami semua.
"Beta akan beritahu esok. Kamu semua berehat lah dahulu"Maharaja pun keluar bilik itu begitu sahaja.
"Aku mula tak suka Maharaja tu"kata Yuni.
"Yeah...I can see"kata Kiyun.
YOU ARE READING
The Fighter
FantasyPahlawan perempuan? Semua logik di dunia fantasi. Demi persahabatan dan tanggungjawad diberikan mereka sanggup pergi ke dunia baharu untuk cari kawan mereka yang telah lama terpisah. Baru sahaja kebahagian mahu menjelma. Mereka mula diburu musuh-mus...