"Maharaja Pahlawan Emerlad telah sampai ke Light Kingdom"kata seorang lelaki yang sedang melutut.
"APA??!!!"
Istana itu mula bergegar,lampu berkelip-kelip tapi lelaki itu masih kekal melutut di hadapan Maharaja.
"Apa yang kamu buat selama ni? Beta hantar kamu ke sana untuk halang mereka"sambung Maharaja.
"Mohon ampun. Mereka terlalu kuat Maharaja"
"ARGH!!! TIADA ALASAN" Satu anak panah terbang tepat menembusi dada lelaki itu. Lelaki itu rebah dan badannya bertukar menjadi debu.
"Rong Hung!!"
Seorang lelaki berjubah hitam melutut di hadapan Maharaja.
"Ye patik Maharaja"
"Pergi ke Light Kingdom bersama beberapa pahlawan kuat. Bunuh pahlawan Emerald. Beta tak nak Light Sword jatuh ke tangan mereka kalau kamu berjaya beta akan tambahkan kuasa kamu dan berikan kamu kehidupan abadi"
Rong Hung tersenyum apabila mendengar ganjaran itu.
"Baik Maharaja,patik turut perintah"Rong Hung melangkah keluar dari istana itu dengan tekad ingin menamatkan riwayat Pahlawan Emerald lebih-lebih lagi Jenny yang telah kalahkan dia tempoh hari dan memalukan dia di hadapan semua orang.
"Aku akan kalahkan kau pahlawan Emerald"kata Rong Hung dalam hati.
_______
Malam ituKami dipanggil di tempat berbeza dan diberi satu misi secara mengejut.
"Ujian pertama cari bunga Selendra secara individu bukan berkumpulan. Beta juga ingin beri amaran berhati-hati dalam hutan itu. Bahaya di mana-mana"
Jenny pov
"Jangan takut Jenny tak ada apa yang akan berlaku. Kau selamat"
Aku memegang pedang aku sehingga tangan aku berpeluh. Perasaan takut selebungi aku. Tolonglah. Mana bunga tu? Kenapa kena cari malam hari?
Aku terdengar seperti bunyi orang berlari ke arah aku. Jantung aku berdegup laju. Pedang aku genggam aku halakan ke arah bunyi itu. Bunyi apa tu?
Satu figura seperti manusia mendekati aku. Aku tak dapat lihat wajah dia kerana kegelapan malam tapi yang pasti dia tinggi.
"Jenny"figura itu memanggil aku. Suara dia seperti aku kenal.
"Jin?" Bisik aku perlahan.
"Nasib baik kau selamat"Dia pantas memeluk badan aku dan menilik wajah aku.
"Kenapa ni?" Aku melihat pakaian dia yang koyak rabak tapi yang pasti tiada luka.
"Ada raksasa dalam hutan ni"Aku terkejut mendengar kenyataanya. Bahaya. Harap yang lain selamat.
"Raksasa apa? Kau okey tak? Ada luka-luka tak?" Aku menilik muka dia dan kesan koyak baju dia. Risau kalau ada luka teruk.
"Tak pasti raksasa apa tapi yang pasti dia laju dan kau tak perlu risau aku kuasa healing jadi aku boleh sembuhkan luka aku sendiri"Dia memegang kedua-dua belah bahu aku. Muka dia jelas sekali risau tentang keadaan sekarang ni.
"Kalau macam tu kita perlu cepat. Kita kena beritahu dekat orang lain"Aku menarik tangan Jin dan berlari meredah hutan untuk mencari orang lain.
"Jenny relax"Jin menarik tangan aku dengan kuat sehingga aku masuk dalam pelukan dia." Relax kalau kita tergesa-gesa raksasa tu akan dapat kesan kita"Dia mengusap kepala aku sehingga aku mula tenang.
"Thanks Jin"
"Always my pleasure"
Aku melepaskan pelukan. Rasa lega tapi masih risau. Harap yang lain baik- baik sahaja.
******
Jaehyun povAku melihat sekeliling. Angin meniup kencang. Daun-daun berguguran. Aku tiba di laluan tali air.
"Haish...mana bunga tu?" Aku melihat sekeliling. Tiba-tiba satu cahaya putih terang mengenai mata aku.
Cahaya itu seperti menikam menyebabkan mata aku terasa menyakitkan tapi aku masih perlu pergi ke arah cahaya itu.
"Haiiiii saya bunga selendra"Aku mendekati sekuntum bunga yang berada di sebuah kolam kecil. Cahaya bunga itu perlahan-lahan malap dan kelopak bunganya perlahan terbuka sendiri.
"Jaehyun dan...sekarang ni saya dah jumpa awak jadi saya perlu buat apa?"
"Makan saya"Jaehyun memadang bunga itu pelik. Aku melihat sekeliling kalau aku sebernannya ada orang bersembunyi dan menipu dia dengan berlakon menjadi bunga.
"Jangan risau,tiada siapa di sini hanya orang terpilih sahaja boleh jumpa saya" Kata-kata bunga itu menambah kekeliruan dalam kepala aku. Aku terpilih?
"Saya terpilih?"
"Betul cepat makan saya"Aku tidak berapa percaya tapi aku hanya mengikut kata-kata bunga itu. Aku memakannya dan jujurnya rasanya sedap. Tak sangka bunga rasa sedap.
Selepas aku habis makan kesemuanya. Aku mula meredah hutan mencari jalan pulang. Kepala aku mula terasa pening dan tekak aku rasa mual. Salah makan ke? Ke bunga ni beracun? Habislah. Pandangan aku terus gelap.
YOU ARE READING
The Fighter
FantasyPahlawan perempuan? Semua logik di dunia fantasi. Demi persahabatan dan tanggungjawad diberikan mereka sanggup pergi ke dunia baharu untuk cari kawan mereka yang telah lama terpisah. Baru sahaja kebahagian mahu menjelma. Mereka mula diburu musuh-mus...