Minhoon pov
Aku dan Yuni serang Rong Jung secara serentak. Nampaknya kekuatan dia berganda. Kami sedaya upaya cuba menangkis serangan dia tapi untuk menyerang dia seperti mustahil.
Aku nampak Jimin melihat ke arah aku seperti bagi satu isyarat.
'Tarik perhatian Rong Jung. Aku akan tikam dari belakang' Aku senyum ke arah dia tanda aku setuju.
Aku dan Yuni terus lawan Rong Jung tanpa henti pada satu ketika aku dan Yuni rebah.
"Nampaknya tenaga aku tiga kali ganda daripada kamu berdua. Lemah. Aku boleh baca pergerakan sama seperti pergerakan belakang aku"
Dia pantas pusing dan memegang tangan Jimin yang cuba sembunyi menikam dia.
"A shame. Fighter dan Bts pahlawan hebat cuba sembunyi menikam musuh"
Dia perlahan-lahan memulas tangan Jimin. Jimin menjerit kesakitan. Aku mampu lihat sahaja. Tenaga aku dah lemah. Aku tak larat dah.
"Aku paling hebat daripada kamu semua. Aku patut dapat tittle pahlawan terhebat. Kau dapat disebabkan keluarga kau sahaja"
Tiba-tiba satu anak panah menembusi badan Rong Jung. Rong Jung perlahan-lahan rebah ke tanah dan bertukar menjadi debu.
"Hebat ah kau Jisoon"Yuni memberi thumb ups pada Jisoon.
"Well"
Jaehyun pov
Aku berdiri di hadapan Maharaja Dark Witch ataupun patut dipanggil Jung Hangsoon.
"Aku akan tamatkan riwayat kau Jung Hangsoon"
"Aku dah hidup berapa tahun dan aku witch yang paling hebat dapat mencipta sihir untuk hidup selamanya. Kau takkan dapat kalahkan aku"
Aku mulakan pergerakan menghunus pedang ke arah dia. Kami saling menyerang dan mengelak. Beberapa tusukan berjaya mengena perut dan kaki aku tapi aku masih boleh bertahan.
"Arghh!!" Aku terdengar jeritan sahabat aku. Mereka semua rebah ke tanah termasuk Hana dan Hanna. Perkara ni paling aku takut dan perkara ni langsung aku tak dapat lihat. Ke mana hilang kuasa aku.
"Terkejut? Sebab kau tak dapat lihat dengan kuasa kau. Aku dah kata aku witch paling hebat. Aku boleh kawal kamu semua dengan tangan aku sahaja"
Aku senyap. Macam mana aku nak kalahkan dia? Aku harap sangat aku boleh keluarkan semangat naga macam Jenny.
Flashback
"Jae masa aku lawan dengan Rong Hung.Tiba-tiba ada naga keluar dari pedang aku lepastu bunuh dia"
"Woah..macam mana kau keluarkan"
"Entah tapi menakutkan kepala dia putus dari badan"
End Flashback
Tolonglah aku harap sangat aku boleh keluarkan naga tu. Aku perlukannya sekarang.
"Mengalah jelah. Ikut aku. Aku boleh beri kau kuasa yang hebat berbanding kuasa kau sekarang"
"Jangan harap aku rela mati"
Aku cuba menghunus pedang aku tapi kaki aku lemah. Aku menahan badan aku rebah dengan cucuk pedang aku dekat tanah.
"Aku bersimpati dengan kau. Lihatlah kau seorang sahaja bertahan sekarang ni. Tak apa aku akan bunuh kau cepat. Tak rasa sakit pun. Mungkin sikit sahaja"
Hangsoon mula mendekati aku. Aku hanya menutup mata aku terima hakikat bahawa aku sudah kalah.
Minta maaf Emerald Kingdom
Minta maaf Fighter BTS
Minta maaf omma appa
Jae gagal
"Apa yang berlaku ni?!!!"
Aku buka mata aku dan seekor naga hitam melindungi aku.
"Tak guna!!! Kau ada semangat naga"
Naga itu melibas dia sehingga pedang itu terlepas dari tangannya. Aku pantas cuba mengambil pedang itu walaupun kaki aku sakit. Pedang itu aku ambil dan ia kembali bercahaya.
"Selamat kembali Light Sword"
"Arghh!!"Aku lihat kepala Hangsoon yang telah putus dari badannya tapi dia masih hidup. Gila sihir dia tapi aku tahu cara bunuh dia.Aku mendekati dia.
"Kau main tipu. Ada naga. Aku akan bunuh kau"
"Selamat tinggal Jung Hangsoon riwayat kau tamat di sini"
Aku menghunus pedang itu tepat di jantungnya. Badannya bertukar menjadi debu. Tentera dark Witch turut sama bertukar menjadi debu. Nampaknya keturunan Dark Witch telah ditamatkan.
"Jae!! Kau berjaya"Jenny berlari ke arah aku dan mendakap badan aku. Kami berpusing-pusing meraikan kemenangan.
"Congrat Jae. Aku tabik kau"kata Namjoon.
Hanna membuka topeng dia dan kelihatan wajahnya
"Woah..aku ingat kau pakai topeng sebab wajah kau ada cedera or anything"kata Jhope.
"Tak topeng ni diwariskan oleh keluarga saya. Keluarga saya ada yang keturunan Witch jadi topeng ni ada kuasa untuk halang orang baca fikiran saya"
"Patutlah aku tak boleh baca minda kau"kata Minhoon.
Kami sama-sama meraikan kemenangan tapi aku baru ingat satu perkara.
"Minho!!"Aku berlari ke arah dia. "Jin kau boleh sembuhkan dia tak?"
"Aku cuba"
Jin menggunakan sisa tenaganya untuk sembuhkan Minho tapi malangnya tiada perubahan.
Suga memegang pergelangan Minho untuk merasai nadi dia. "Nadi dia perlahan. Kita kena hantar dia jumpa Tukang Healing"
"Tak perlu"
Kami semua melihat ke arah Minho. Mata dia masih tutup namun mulut dia cakap sesuatu.
"Aku dah tak ada peluang dah"
"Tak kita tak boleh mengalah. Kau Maharaja. Pemerintah. Kami semua perlukan kau"
"Tak perlu. Sekarang ni bersaksikan kamu semua aku memberi tanggungjawad aku kepada Namjoon dan Jaehyun sebagai Maharaja dan Ratu untuk Emerald Kingdom. Sekarang ia tanggunjawad kau"
YOU ARE READING
The Fighter
FantasyPahlawan perempuan? Semua logik di dunia fantasi. Demi persahabatan dan tanggungjawad diberikan mereka sanggup pergi ke dunia baharu untuk cari kawan mereka yang telah lama terpisah. Baru sahaja kebahagian mahu menjelma. Mereka mula diburu musuh-mus...