Yuni pov
Aku membuka mata dan berada di sebuah bilik yang serba indah. Aku turun dari katil dan mencari kelibat kawan aku. Katil-katil lain kosong dan telah tersusun rapi.
Aku seorang je ke belum bangun?
Aku keluar dari bilik dan ternampak Jenny dan Minhoon berjalan ke arah bertentangan dari aku.
"Jenny!! Minhoon!!" Aku menjerit memanggil mereka tapi tidak dibalas.
Aku pun mengikuti mereka ke sebuah bilik. Kagum. Itu saja mampu dikata. Bilik yang seperti hutan. Haiwan-haiwan berlari ke sana ke sini bergurau sesama mereka.
"Yuni... lambat bangun. Mandi pun belum lagi"Jaehyun berjalan ke arah aku dan menarik aku ke seekor musang berekor tujuh. Comel.
"Selamat pagi semua. Nampaknya kamu dah jumpa bilik ni"sapa Minho. Dibelakangnya ada Bts yang mengikuti dia.
"Ini bilik apa?" Tanya Kiyun.
"Bilik pesakit untuk haiwan. Inilah pekerjaan utama saya. Selamatkan dan lindungi haiwan-haiwan ini. Sekarang ni ramai pemburu buru mereka untuk kebaikan sendiri sehingga mereka mengalami kepupusan jika perkara ini berterusan maka hilanglah mereka"
"Jadi mereka semua tinggal sini " Tanya Minjae.
"Ye,saya jumpa mereka dalam keadaan cedera jadi saya bawa balik dan sembuhkan mereka. Selepas mereka sembuh sepenuhnya saya akan lepaskan" Kami hanya mengangguk setuju.
"Saya nak bawa kamu jumpa sesuatu"
Kami keluar dari bilik dan pergi ke bilik sebelah. Bilik itu seperti gua. Gelap. Sejuk. Kami berjalan masuk bilik itu semakin dalam kami masuk makin menakutkan.
Tiba2 satu cahaya putih menyinar menusuk masuk ke dalam mata kami. Seekor naga putih keemasan melihat kami.
"Ini Syhculer. Naga yang bertanggungjawad untuk memberi peningkatan kuasa pada orang-orang terpilih. Saya jumpa dia minggu lepas dalam keadaan lemah dan sayapnya patah"
"Apa maksud kau peningkatan kuasa?" Tanya Namjoon.
"Cuba lihat pada mata naga itu"
Aku rasa teragak-agak nak lihat mata naga tu. Menakutkan tapi aku nampak yang lain ikut apa yang Minho jadi aku pun ikutkan saja. Aku tenung mata naga tu dan kepala aku mula rasa pening. Rasa nak pitam.
"Apa yang naga tu buat?" Tanya Jaehyun.
"Rahsia. Dahlah kamu semua boleh bersiap. Saya dah siapkan makanan"
Minho meninggalkan kami begitu sahaja. Mula rasa perasaan risau pada dalam hati aku. Macam mana kalau dia penyamar?
"Yuni jom lah. Pergi mandi. Kau tak mandi lagi kan?"
Aku melihat ke arah Jisoon dan naga itu silih berganti. Apa kuasa naga tu?Aku mengikuti mereka keluar dari bilik itu dengan penuh pertanyaan.
Fast forward
No one pov
"Jadi Minho tujuan kami datang sini untuk dapatkan maklumat untuk kalahkan dark witch"kata Jaehyun.
"Saya tahu omma saya telah beritahu saya tentang tu. Dark lawannya light kamu kena pergi ke Light Kingdom untuk dapatkan satu pedang yang dipanggil Light Silver Sword tapi dengan satu syarat"
"Syarat? Apa?" Tanya kami serentak.
"Light Sword bukan pedang biasa. Pedang yang turun temurun diberi pada pemerintah dia. Kamu kena dapatkan kepercayaan White Silver pemerinrah dia. White Silver seorang yang sangat tegas dan berhati batu"
Kami terdiam. Nampaknya misi seterusnya pasti sukar.
"Macam mana kami nak dapatkan kepercayaan?" Tanya Yuni.
"Saya tak pasti tentang tu"Kami mengeluh halus.
"Baiklah tapi Minho sekarang ni masalah kami seterusnya Emerald Kingdom tiada pemerintah dan kamu satu-satunya pewaris Maharaja jadi kami nak kamu jadi pemerintah di sana"
Minho terdiam. Mukanya penuh kerisauan. Dia mengeluh.
"Saya tahu tentang tu tapi saya langsung tak tahu macam mana nak jadi pemerintah"
"Jangan risau kami akan tolong. Penduduk Emerald Kingdom akan tolong"
"Saya akan fikirkan hal tu nanti. Baiklah saya nak berehat" Minho terus keluar dari bilik ini tanpa memandang kami.
"Nampaknya kita kena paksa dia. Jangan risau aku ada plan. Kita bagi dia minum air tidur lepastu ikat dan bawa ke Emerald. Cantik tak plan aku?" Tanya Yuni.
"Tu kejam" balas Minhoon.
"Tak apa jangan risau. Dia pasti akan terima" kata Jaehyun dengan yakin.
YOU ARE READING
The Fighter
FantasyPahlawan perempuan? Semua logik di dunia fantasi. Demi persahabatan dan tanggungjawad diberikan mereka sanggup pergi ke dunia baharu untuk cari kawan mereka yang telah lama terpisah. Baru sahaja kebahagian mahu menjelma. Mereka mula diburu musuh-mus...