Bab 1

2K 31 1
                                    

Deringan telefon membuatkan Metilda terpaksa mengangkatnya. Melihat nama yang tertera pada screen telefon miliknya, sebuah senyuman manis terukir dibibirnya dengan hati yang berbunga.

" Hai sayang! " sahut si pemanggil dulu.

" Hai "

" You dekat mana ni? "

" I dekat butik mama. Kenapa? "

" 10 minutes. Tunggu dekat luar " belum sempat Metilda bersoal dengan lebih lanjut, panggilan dimatikan.

Metilda mengerutkan dahinya. Ada - ada sahaja Ayden ni. Dia mula mengemaskan barangnya.Sedang dia sibuk mengemaskan barangnya, Datin Maria iaitu mamanya memanggil namanya.

" Metilda " Metilda menoleh ke arah mamanya berserta dengan senyuman.

" Yes ma? "

" Come here. I think we need to talk " serius sahaja nada Datin Maria.

" Ma, Metilda kena tunggu Ayden dekat luar ni "

" Huh! Ayden lagi? " Metilda mengerutkan keningnya. Dia sungguh berasa pelik dengan mamanya. Ikutkan, dia mahu mengelak dari Datin Maria kerana dia sudah tahu apa yang ingin dibualkan oleh mamanya.

" Salah ke ma? Metilda pelik dengan mama ni. Kenapa mama tak suka Ayden? "

" Jangan tanya mama kenapa mama tak suka dia " Metilda mengeluh.

" See? Mama takde sebabkan kenapa mama tak suka dia. Sudah lah ma, Metilda keluar dulu "

" Metilda Sofea! Mama tak habis cakap lagi dengan kamu. Tak kira, mama nak kamu putus dengan Ayden then kahwin dengan Airil " kata - kata Datin Maria membuatkan langkah Metilda yang ingin dibuka terhenti.

" What? Airil? Please ma, Metilda tak suka dia. Sampai bila - bila pun, Metilda takkan putus dengan Ayden "

" Please dengar cakap mama kali ni je " Datin Maria sedaya upaya memujuk anak gadisnya untuk berkahwin dengan menantu pilihannya.

" No ma, never and ever. Benda tu takkan berlaku " Metilda terus berlalu meninggalkan Datin Maria tanpa menghiraukan panggilan mamanya.

" Metilda! " Datin Maria memicit pelipisnya dengan gelengan kepala.

Susah sangat bila bercakap tentang hal ini dengan anaknya. Dia harus memikirkan cara lain untuk menyatukan Metilda dan Airil.

***

" Focus nampak " Yasmin mengintai Dalissa yang sedang sibuk menghadap desktop.

" Apa? " Dalissa menjongketkan keningnya tanpa memandang kearah sahabatnya, Yasmin.

" Kau lah, focus sangat buat kerja sampai tak tengok jam "

" Ye ke? Sekarang pukul berapa? " soal Dalissa sambil mengerling sekilas ke arah Yasmin.

" Kau tengoklah sendiri " 

Kedengaran dengusan kecil keluar daripada bibir mungil gadis itu. Dalissa mula melihat jarum pendek pada jam dinding yang tergantung elok pada dinding pejabatnya. Perasan akan diperhatikan, Dalissa menayangkan wajah tanpa riak.

" Eyy aku tahu kau terkejut tengok jam. Fikir aku tak nampak " Yasmin tersenyum sinis.

" Ye lah, jom! " Dalissa terus bangun mengambil beg tangannya dan bergerak menuju ke arah lift tanpa menunggu Yasmin.

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now