Bab 33

1K 21 7
                                    

Selesai sahaja perbincangan mengenai persandingan yang bakal dijalankan lebih kurang sebulan lagi, Tan Sri Izden Muhaimin, Puan Sri Marhaini dan juga Ayden meminta diri untuk pulang.

Dalissa pula sudah menghela nafas lega. Tiga jam yang lalu dia tidak senang duduk apabila Ayden tidak habis-habis memandangnya. Pasti ada benda yang lelaki itu tidak puas hati pada dirinya.

" Lusa Ayden nak bawa Deena pergi fitting baju dengan beli cincin " ujar Ayden sambil kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

" Tapi Lissa kerja " alasan? Tidak, dia bukan sengaja memberi alasan tetapi dia memang kerja. Lusa kan hari isnin.

" Alaa kamu ambil half day je " Encik Ahmad Fakri menepuk perlahan bahunya. Nak tak nak dia terpaksa mengangguk.

Tiba-tiba terasa bahunya disonggol dari arah belakang. Dalissa menoleh kebelakang. Kelihatan Danish tersengih-sengih memandangnya. Kening kanan dijongket.

" Sweet betul Ayden tu, bangga aku dapat bakal adik ipar macam dia " cepat-cepat Dalissa menutup mulut Danish. Cakap tak bertapis langsung.

" Diam! " bisik Dalissa perlahan. Kesemua yang berada disitu tersenyum kecil melihat gelagat dua beradik itu kecuali Ayden.

" Kalau takde apa-apa lagi, kami balik dulu ye " Encik Ahmad Fakri terus berjabat tangan dengan Tan Sri Izden Muhaimin. Begitu juga dengan Ayden, bersalaman dengan bakal bapa mertuanya.

" Terima kasih terima anak saya " Puan Sri Marhaini menepuk perlahan lengan bakal besannya itu.

" Apa pula cakap macam tu. Saya ikhlas nak jadikan Dalissa tu sebagai menantu saya. Saya yang patut ucapkan terima kasih sebab lahirkan gadis baik macam dia " terharu Puan Laila mendengarnya. Dalissa disebelah Puan Laila sudah hampir ingin menitiskan air mata.

Dia bersyukur dirinya diterima baik oleh keluarga Ayden tetapi tidak bagi Ayden.

Tan Sri Izden Muhaimin, Puan Sri Marhaini dan Ayden sudah memasuki ke dalam kereta. Kereta di hon selepas sahaja keluar dari perkarangan kediaman rumah keluarga Encik Ahmad Fakri.

Puan Laila memandang ke arah Dalissa yang sedang termenung. Mata meliar ke arah suaminya yang sudah masuk ke dalam rumah dan Danish pula sedang menaiki tangga. Tangan naik mengusap lembut kepala anak gadisnya itu.

" Fikirkan apa tu? " Dalissa mengukirkan senyuman hambar.

" Takde apalah ummi "

" Betul ke kamu dengan Ayden tu dah lama bercinta? " tersentak Dalissa apabila ummi bertanya begitu. Riak wajahnya cuba dikawal. Senyuman manis diberikan kepada Puan Laila. Tidak mahu umminya bersangka buruk.

" Betul lah, kalau tak kitaorang takkan buat keputusan untuk kahwin " Dalissa berpura-pura gelak kecil membuatkan Puan Laila turut ikut sekali.

" Ada juga lelaki yang sayang dekat anak ummi ni " hidung Dalissa dicuit manja.

Cepat-cepat Dalissa menggaru tepi kepalanya.

" Hmm, Lissa naik atas dulu ye " kakinya laju masuk ke dalam rumah dan naik masuk ke dalam bilik.

Sayang? Memang tak lelaki bernama Ayden itu sayang padanya. Yang ada cuma perasaan benci.

***

" Jadi, kau betul-betul nak kahwin dengan dia? " Dalissa mengangguk.

" Kau dah fikir masak-masak? Kau rasa pilihan kau buat ni betul? " soal Yasmin sekali lagi. Nafas dihembus berat sebelum kepala diangguk lagi.

" Pilihan apa lagi yang aku ada Yas? Aku taknak maruah aku kena pijak macam tu je kalau aku tak pilih untuk kahwin dengan dia "

" Aku tahu, tapi dia fitnah kau tu fasal maruah kau juga. Seolah-olah dia pandang rendah dekat kau "

Dalissa menyandarkan badannya pada kerusi. Mata dipejam seketika sebelum dicelik kembali. Pandangannya tepat pada wajah Yasmin yang masih kecewa setelah apa yang diberitahu tadi.

" Kau jangan risau, aku yakin semua ni ada hikmah. Mungkin ada kebaikan pada masa akan datang nanti? Kita tak tahu rancangan Allah macam mana "

Yasmin hanya mengangguk. Ada betulnya kata-kata Dalissa. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah samada baik atau buruk. Mungkin sudah sampai jodoh kawan baiknya ini.

"Janji dengan aku kita still boleh keluar lepak-lepak walaupun kau dah kahwin " Yasmin menunjukkan pinky promise membuatkan Dalissa tergelak dan terus menyatukan jari kelingking mereka. Perempuan, bila-bila masa sahaja emosi boleh berubah.

" Oh ye, aku ambil half day hari ni "

" Kenapa? "

" Ayden ajak aku fitting baju dengan beli cincin "

Yasmin membulatkan mulutnya tanda 'oh'. Ingin sahaja dia berjumpa dengan Ayden dan ingin menjelaskan semuanya tetapi dia batalkan niatnya. Takut nanti jadi lebih teruk.

Jika dia tahu Ayden tidak jaga Dalissa dengan baik nanti, tahulah macam mana nanti dia kerjakan.
































Done ✅
dah lama tak menulis jadi agak kelaut ye ^^

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now