Bab 6

1.4K 29 1
                                    

" Assalamualaikum "

" Assalamualaikum, ummi "

Sudah berkali-kali memberi salam tetapi tiada sahutan di dalam rumah tersebut membuatkan perasaan resah semakin bercambah.

" Nak kata takde orang, kereta ada je " matanya memandang ke arah tempat porch kereta. Elok sahaja kereta milik Puan Laila, Encik Ahmad Fakri dan Danish Dilan di situ. Mustahil diaorang keluar.

" Cuba kau try bukak pintu, kunci tak? " Dalissa terus memegang dan memulas tombol pintu rumahnya dan

Klak!

Tidak berkunci.

Tanpa membuang masa, mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu kelihatan kosong. Kaki mula melangkah pula ke arah dapur, still kosong.

" Atas? " Dalissa berlari naik ke atas diikuti oleh Yasmin.

" Angah? Ummi? " keadaan masih sepi sampailah terdengar suara orang berbual kecil tetapi agak riuh sedikit di dalam bilik tetamu.

" Ummi! " Dalissa berlari anak ke bilik tersebut. Kelihatan Puan Laila bersandar pada kepala katil. Dalissa terus memeluk Puan Laila. Pandangan orang di sekeliling bilik itu tidak dihiraukan. Bahu Dalissa diusap lembut.

" Kenapa dengan ummi? "

" Ummi jatuh tangga je sayang "

" Macam mana boleh jadi macam ni? " tersebek-sebek dibuatnya.

" Ummi tersilap langkah. Aish, ummi okay je lah. Tak patah lagi kaki ni "

" Lain kali ummi hati-hati tau. Risaulah Lissa kalau macam ni " Puan Laila mengusap lembut rambut anaknya sambil terseyum.

" Baiklah tuan puteri "

" Over betul kau ni " celah Danish Dilan.

" Eleh kau pun sama. Call Lissa macam orang gelabah " pipi Dalissa ditarik kuat.

" Ish sakitlah! "

" Kauorang berdua ni depan ummi yang tengah sakit ni pun still nak bergaduh. Tak malu, Yasmin ni pun tengok " tegur Encik Ahmad Fakri. Tidak lupa akan kehadiran Yasmin yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati.

" Get well soon aunty. Tapi, minta maaf ye sebab saya dah kena balik ni. Tak boleh lama-lama. Ada masa free saya lawat lagi "

" Terima kasih Yas. Takpe lah, meh sini nak peluk " terus sahaja tubuh Yasmin didakap erat.

Selesai sahaja sesi berpeluk, Yasmin meminta diri untuk pulang. Badan dia pun sudah letih. Sempat dia berpesan pada Dalissa supaya menjaga Puan Laila dengan baik.

***

Tangan yang sedang melingkari dipinggangnya, diusap lembut. Dagu Bella disangkut pada bahu kirinya. Tangan naik mengusap pipi mulus isterinya.

" Macam mana dengan ummi? "

" Alhamdulillah, ummi tak cedera teruk. Lebam je " Bella tersenyum lega. Mujur tiada apa yang serious pada mak mertuanya.

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now