Bab 21

1.4K 34 1
                                    

Dalissa mengetap kuat bibirnya. Tangan mengenggam kuat pada tombol pintu. Dengan perlahan-lahan, dia menoleh menghadap kembali ke arah mereka yang berada disitu. Pelbagai persoalan yang bermain. Lelaki itu kenal diakah?

" Are you sure Metilda? Dia yang perangkap you? " matanya masih tajam memandang gadis yang sedang membuat muka polos. Hatinya membara-bara seperti tidak boleh disurutkan.

Metilda mengangguk tanpa rasa bersalah. Dia terpaksa. Terpaksa melakukannya, asalkan Ayden percaya bahawa dirinya diperangkap. Airil pula tersenyum sinis sambil bersandar pada pintu bilik. Pandai Metilda memperbodohkan Ayden. Sekurang-kurangnya, dirinya tidak dituduh. 

Dengan langkah yang laju, Ayden datang mendekati Dalissa. Lengan gadis itu dicengkam kasar. Dalissa meringis kesakitan.

" Apa benda ni? Lepaslah! "

" Kau bagitahu aku, siapa upah kau? "

" Upah apa? Jangan nak mengarut boleh tak? " Dalissa cuba untuk merungkaikan pegangan di lengannya tetapi tidak berjaya. Dia memandang wajah Ayden. Jelas sekali rahang yang sudah terbentuk itu, sedang menahan marah.

" Habistu, kau sendiri yang buat? Kau nak apa? Duit? Aku boleh bagilah! " dahi Dalissa ditunjal kasar. Air mata mula bergenang. Tidak pernah lagi ada manusia yang berkasar sebegitu dengannya. Ummi dan abinya juga tidak pernah berkasar apatah lagi angkat tangan padanya.

" Saya sumpah tak tahu apa-apa "

" Jangan nak bersumpah dengan aku! Sekarang ni, kau ikut aku " lengan Dalissa ditarik kasar supaya mengikutinya. Dalissa mengeraskan badannya. Dia menoleh ke arah manusia-manusia yang turut berada disitu.

" Tolong, saya tak buat pun " tetapi, malang sekali. Mereka hanya memerhatikan sahaja tanpa ada niat untuk menolong.

" Aku takkan teragak-agak nak bunuh kau kalau kau tak ikut. Ni, perhitungan terbesar antara kau dengan aku "

" Tolonglah, saya tak tahu apa yang terjadi. Saya tak buat apa-apa pun " air matanya sudah jatuh mengalir laju. Susah sangat ke lelaki ini mahu mempercayainya?

" Tak payah kau nak buat drama air mata kat sini. Aku tak nak dengar macam-macam alasan dari mulut kau " lengan Dalissa ditarik sekali lagi. Tarikan Ayden terlampau kuat sampaikan dia terdorong sekali mengikuti langkah Ayden. Dia masih meronta-ronta minta dilepaskan.

Tubuh badan Dalissa ditolak kasar masuk ke dalam kereta. Dengan cepat, Ayden juga masuk ke dalam kereta dan mengunci pintu. Tidak mahu gadis ini terlepas.

" Awak nak bawa saya pergi mana? Lepaskan saya, tolonglah " Ayden tidak menjawab, malah meneruskan pemanduannya. 

Dalissa melepaskan keluh. Sisa air matanya diseka kasar. Tiada gunanya dia menangis, merayu sedangkan lelaki ini tidak mempedulinya. Beg tangan diselongkar. Dia mengambil telefonnya dan terus membuka chat bersama Yasmin. Dia perlu maklumkan kepada Yasmin.

***


Sudah keberapa kali dia menguap. Punya lama dia menunggu Dalissa mengambil dompetnya. Buat dompet ke apa sampai lambat macam ni? Mesej pun tidak dibaca. Perut sudah lapar sangat.

Terliur juga dia memandang makanan yang sedang dijamah oleh orang di meja sebelah kanan, kiri, belakang dan depannya. Ini tidak boleh jadi. Dia harus menelefon Dalissa. Baru sahaja dia ingin mendail, notifikasi mesej daripada Dalissa menarik perhatiannya.

Dalissa sayang
Yas, aku terpaksa balik. Ada emergency

Yasmin mengerutkan keningnya. Takkan lah?

Habistu, aku macam mana? 

Dalissa sayang
Kunci kereta dekat kau kan? Kau balik naik kereta aku. Sorry

Dah tu kau naik apa sekarang? 

Sampai disitu sahaja, selepas itu Dalissa tidak membalas apa-apa. Tidak pasti kenapa Dalissa tiba-tiba sahaja balik. Tidak mungkin emergency. Seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Nak tak nak, terpaksa dia pulang ke bilik semula. Baru sahaja dia mahu enjoy bersama Dalissa disini, lain pula jadinya. Sewaktu dalam perjalanan ke biliknya, kelihatan orang-orang berkopiah di sekitar lobby. Mungkin ada yang membuat majlis doa selamat? Fikirnya.

Satu lagi dia teringat, kad bilik ada pada Dalissa. Takkan dengan kad bilik tu juga dia bawa balik? Menyusahkan betul, penat dia naik ke atas dah kena berpatah balik ke bawah. Setelah mendapat kad bilik spare, dia merebahkan badan di atas katil. 

Dia perlu pulang semula memandangkan Dalissa tiada disini. Takkan dia mahu bercuti seorang sendiri. Lambert lagi. Beg bagasi yang masih belum disentuh selepas datang ke sini, diletakkan di atas katil. Wardrobe diperiksa takut-takut ada barang yang tertinggal.

Yasmin membulatkan matanya apabila melihat beg baju milik Dalissa masih terletak elok disitu. Mustahil. Takkan baju pun Dalissa tidak membawa balik? Dia sudah agak, mesti ada yang tidak kena. Dalissa bukan jenis yang suka tinggal barang macam tu je. Sekilas, dia menoleh ke arah meja makeup. Dompet yang ingin dicari oleh Dalissa tadi juga masih berada disitu.

Hatinya mula berdetak laju. Terus, telefonnya dicapai. Nombor Dalissa dihubungi dan melekapkan pada telinganya.

Nombor yang anda dail...

Yasmin memicit pelipisnya. Macam mana kalau Dalissa berada dalam bahaya sekarang? Dia tidak mungkin akan berdiam diri.

Dia harus pulang segera dan mencari Dalissa.
















Done ✔️
baru perasan kat bab lepas ada banyak kesalahan ayat. anggap je takk nampak okayy?

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now