Bab 34

1.1K 23 4
                                    

Matanya memandang setiap jenis gaun pengantin yang terdapat dalam butik mewah itu. Tidak perlu tanya, sudah tentu harga mencecah beratus ribu ringgit. Mungkin ada yang cecah sehingga satu juta ringgit?

" Hey Ayden " Dalissa menoleh ke arah suara itu. Kelihatan seorang wanita sedang menunduk hormat pada Ayden begitu juga dengannya. Dalissa juga menundukkan badannya.

Dia melihat name tag yang tertera pada baju wanita itu, Melinda Looi. Mata terus membulat. Siapa tidak kenal dengan Melinda Looi, seorang pereka fesyen terkenal di Malaysia.

Rekaan bajunya menjadi saingan dengan Jimmy Choo, Zang Toi, Edmund Ser dan ramai lagi.

" Did you come here to design a suit? "

" Nope, I came here to choose a wedding dress for her and of course the ready-made suits " Ayden menunjukkan Dalissa yang berada disebelahnya.

" Are you getting married? Wow congratulations " ucap Melinda Looi dengan gembira.

Ayden seperti pelanggan tetapnya. Setiap kali ada apa-apa event, Ayden selalu menempah suit dengannya. Bukan itu sahaja, kadang-kadang Ayden menempah baju buat bondanya, Puan Sri Marhaini.

" What's your name beauty? "

" Dalissa " Dalissa terus memperkenalkan dirinya setelah disoal.

" Okay come, let me show you all my design collections " tangan Dalissa ditarik oleh Melinda Looi. Sikit lagi dia ingin jatuh tersungkur, nasib baik dia dapat seimbangkan badannya.

Dalissa ditarik menuju ke bahagian koleksi baju pengantin. Ternganga dibuatnya. Kalau ditanya untuk membuat pilihan, sudah pasti dia akan memilih kesemuanya.

Semua cantik!

Tetapi kebanyakannya dress yang terdedah bahagian depan, bahu dan juga belakang. Matanya mencari dress yang lebih sopan.

" So, which one do you want to choose? "

" Do you have a more covered dress? I don't want the exposed ones that show off the body "

Melinda Looi mengangguk faham.

" Yeah sure, this way " Melinda Looi menunjukkan Dalissa bahagian lagi satu di arah arah bertentangan dengan collections tadi.

Terpukau.

Cukup satu ayat itu dia mampu ungkap. Design yang berada dibahagian ini lebih kepada muslimah walaupun style seperti barat. Memang patut pun Melinda Looi menjadi pereka fesyen yang terkenal.

" Do you have a vintage theme? " soal Dalissa. Ya, dia sangat sukakan tema vintage. Baginya ia nampak sangat klasik.

" Sure, my collection has a lot of vintage themes "

Melinda Looi mengambil gaun yang tidak terlalu kembang dan baginya sesuai dipakai oleh Dalissa. Dengan kulitnya yang glowing walaupun tidak telalu putih.

 Dengan kulitnya yang glowing walaupun tidak telalu putih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Should I try this? "

" Yes "

Tanpa membuang masa, Dalissa masuk ke dalam fitting room yang disediakan. Setelah dress itu sudah tersarung elok ditubuhnya, senyuman pada bibir mula mekar.

Dia suka! Seperti dress princess yang dia selalu tengok dekat tv.

Dress ini sesuai sangat dengan tubuh badannya. Tidak terlalu ketat tetapi ngamsoi. Dengan rasa malu, pintu fitting room dibuka perlahan.

Klak!

Kepala terjengul perlahan. Kelihatan Melinda Looi seakan menunggunya menukar baju. Pintu diketuk bagi menarik perhatian pereka fesyen itu.

Dengan sekali ketukan, Melinda Looi memandang ke arah Dalissa.

" Come out, I want to see you wearing the dress "

" Malulah " darah mula menyerbu ke muka. Sungguh dia malu!

Melinda Looi tergelak sehingga mengundang kaki Ayden melangkah ke arah mereka. Comel betul bakal isteri Ayden ni!

Bunyi tapak kaki membuatkan Dalissa berasa cuak. Alamak Ayden datang!

" What's wrong? "

Ah sudah!

" She's shy "

Ayden menoleh ke arah Dalissa yang sedang sedaya upaya menyorokkan wajahnya.

" Let me check on her " ujar Ayden sambil tersenyum nipis dan Melinda Looi terus beredar dari situ.

Tidak mahu menganggu bakal pengantin heh.

Ayden menolak sedikit pintu bagi menjenguk gadis itu.

" Kalau rasa dah okay tu cabut je lah dress tu, jangan buang masa aku. Kejap lagi nak beli cincin lagi " nada bicaranya seolah sedang menahan marah.

" O...okay "

Terus Ayden keluar dari fitting room itu tanpa menoleh kembali ke arah Dalissa. Pintu ditutup laju dan Dalissa terus menukar pakaiannya.

Kini, giliran Ayden pula mencuba suit yang dipilih olehnya. Segak! Suit berwarna hitam dan simple itu terletak elok pada tubuhnya tegap.

Dalissa hanya memerhatikan Ayden menggayakannya dihadapan cermin yang besar. Sesekali mata mereka bertembung dan Ayden seperti biasa menjelingnya.

Menyampah sangat tengok wajah itu.

" Melinda, I took this dress and suit "

Staff disitu terus membungkus dan memasukkan dress dan suit yang dibayar oleh Ayden ke dalam paper bag yang agak besar

" Thank you for coming Ayden and Dalissa "

" No problem. Oh yeah don't forget to come to our wedding "

" Of course! "

Dan akhirnya fitting baju untuk majlis bersanding sudahpun selesai.

***


Penumbuk digenggam kuat. Mesej yang diterima di dalam group WhatsApp direnung tajam. Gelakan sinis dihamburkan seraya menolak pipi dalamnya dengan menggunakan lidah.

" Deena Dalissa..."

Nama itu tidak asing bagi dirinya. Gadis pujaannya. Rambut diraup kasar, menunjukkan bahawa dia sedang menahan amarah.

Dia tahu Ayden itu kacak, kaya dan berpengaruh besar tetapi apa kurangnya dirinya ini nak dibandingkan dengan Ayden tidaklah jauh mana.

Dia pun ada rupa dan harta. Gadis itu memang mencabar dirinya. Tetapi ada sesuatu yang mencurigakan tentang Ayden dan Dalissa.

Bagaimana mereka boleh kenal antara satu sama lain? Cepat sahaja Ayden mencari pengganti Metilda. Tidakkah gadis itu tahu bahawa dia dan Ayden mempunyai hubungan tali persaudaraan?

Ini yang menarik.

Bila Dalissa sudah menjadi ahli keluarga mereka nanti, tahulah apa dia nak buat dengan gadis itu.

Hatinya mengekek jahat.




















































Done ✅

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now