Bab 31

976 22 1
                                    

Sepasang mata tidak lepas memandang seraut wajah yang masih tidak sedarkan diri lebih kurang dua puluh minit yang lalu. Tidak lepas, walaupun sesaat. Kini, dia dan gadis ini hanya berdua, di dalam kereta miliknya.

Tidak perlu dia membawa gadis ini ke mana-mana. Ayden memandang ke arah sebuah tiang, dimana terletaknya sepasang CCTV yang sudah tidak berfungsi. Senyuman sinis diukirkan.

Awal-awal dia sudah menyuruh Kaiser untuk hacked CCTV tersebut supaya perbuatannya tidak diketahui orang. Tidak menyangka pula bahawa gadis ini hanya keluar berseorangan tanpa teman dan dia menggunakan peluang ini dengan sebaiknya.

Sejak kejadian dia melihat gadis ini menampar Zarif dihadapan matanya, dia bertekad untuk mengekori Dalissa ketika pulang dan mengawal ketat kawasan perumahannya. Huh, bukan senang nak menunggu gadis ini keluar rumah selain pergi ke pejabat.

Gerakan kecil disebelahnya membuatkan dia menoleh. Yes, ini yang dinantikan.

Pada situasi Dalissa pula, perlahan-lahan matanya dicelik. Posisi duduknya dibetulkan manakala otak masih memproses apa yang sudah terjadi. Kepala menoleh ke kanan apabila terasa seakan ada yang sedang memerhati.

ZAPP!

Matanya bertembung dengan sepasang mata yang tajam dengan wajah yang dingin. Kelu lidah untuk berkata. Badan pula sudah menggigil hebat. Berdebar dadanya apabila berhadapan dengan lelaki ini.

Ya, lelaki yang menuduhnya sewaktu di resort tempoh hari.

Dengan cubaan untuk melarikan diri, Dalissa cuba membuka pintu kereta tetapi Ayden sudah terlebih bijak untuk mengagak tindakannya. Sebelum Dalissa sedar lagi, Ayden sudah mengunci dahulu. Geli hatinya dengan tindakan Dalissa dengan wajah yang sedang ketakutan.

' Orang dah salah, semestinya takut ' desis hatinya.

" Sa...saya nak...nak b...balik "

" Balik? " nada dilembutkan membuatkan Dalissa mengangguk. Takut-takut sahaja Dalissa ingin memandang wajah Ayden yang ingin membaham mangsanya. Jelas terbentuk rahang pada pandangan tepi wajah Ayden.

" Selagi urusan kau dengan aku belum selesai, selagi tu kau tak boleh balik " dahi Dalissa ditunjal sedikit. Terjerit kecil dibuatnya.

Menyampah! Ya, menyampah dia melihat wajah ini. Pura-pura berwajah polos, suci tetapi hanya topeng semata-mata.

" Awak nak apa lagi? Tak cukup ke dengan apa yang awak dah buat pada saya hari tu?! " gigi diketap kuat. Penat apabila dituduh sebegitu.

Terjungkit sedikit kening Ayden. Berani pula gadis ini meninggikan suara?

" Tak! Aku rasa tak puas. Tengok muka kau yang wujud dekat muka bumi ni, buatkan aku rasa nak lenyapkan kau " 

Terdiam Dalissa. Tidak sangka, ada juga manusia yang sekejam ini. Walhal, dia tidak pernah buat pun perkara sebegitu. Dirinya cuma difitnah sahaja.

" Asal diam? " dagu Dalissa ditarik rapat pada wajahnya.

" Saya tak salah " 

Ayden tergelak, geli hati dengan penyataan yang keluar dari mulut Dalissa. Tawanya terhenti saat mata kembali menoleh ke arah Dalissa dengan raut wajah yang sedikit takut.

" Sa...sa...ya t...tak tahu ap...apa-apa "

Mengetap kuat rahangnya, perempuan ini betul betul cari nahas.

" Hey perempuan..." Ayden mencengkam kuat bahagian tengkuknya. Sakit! Itu yang dia rasakan sekarang ni. Terasa kuku Ayden menusuk ke dalam kulitnya.

" Kau tak payah nak tunjuk muka alim kau tu! Kau kena ingat satu benda, selagi kau tak mengaku apa yang kau dah buat selagi tu hidup kau tak aman " desis kesakitan yang terkeluar dari bibir Dalissa, membuatkan Ayden menguatkan lagi cengkaman. Rasakan!

" Habistu awak nak saya buat apa? Mengaku, melutut dekat semua orang yang saya rancang semua ni? "

" Kalau itu yang kau boleh buat "

" NO! A big no! Buat apa saya nak mengaku benda yang saya tak buat? "

Menggelegak hati Ayden mendengarnya. Perempuan ini masih ingin bermain api dengannya. Tidak mengapa, nampaknya dia akan proceed sahaja dengan rancangan Hilman.

" Ayden "

" Hmm? "

" Kau cakap kau tak nak perempuan tu hidup aman. Apa kata, kau kahwin dengan dia? " tercelik matanya. Dia mula memandang tajam ke arah Hilman. Mereng ke otak Hilman ni?

" Apahal aku kena kahwin dengan dia pula?! Mati hidup balik pun aku takkan kahwin dengan perempuan macam dia tu "

" Haish, aku suruh kau kahwin dengan dia bukan nak tangkap cinta. Ini lah masanya. Kau nak seksa dia sampai puas pun senang " Hilman menjulingkan matanya apabila mendapat pandangan maut dari Safwan dan Ziyyad. Tahu lah dia bahawa mereka sudah salah faham.

" Maksud aku bukan seksa macam pukul dera semua tu. Senang cakap, kau gantung dia tak bertali. Lepastu kau lepaskan dia "

Senyuman sinis diukirkan. Tengkuk Dalissa dilepaskan kasar, hampir sahaja kepalanya terhantuk pada dashboard kereta.

" Macam ni lah perempuan..." wajah dikerling pada Dalissa yang sedang menggosok tengkuk. Sedikit pun tidak ada rasa bersalah dalam dirinya.

" Kalau kau taknak mengaku it's okay, tapi aku ada syarat lain "

Laju sahaja Dalissa memandang ke arah Ayden. Hati mula rasa tidak enak. Harap syarat yang akan diberitahu nanti masih boleh dia tunaikan. Kalau itu yang boleh membuang segala 'fitnah' padanya.

" Kahwin dengan aku " terjatuh rahang Dalissa dibuatnya.

What?

Itu perkara yang paling dia taknak. Kahwin? Dengan lelaki macam ni? Lelaki yang sudah menfitnahnya?

" Saya taknak! Kenapa pula sampai nak kahwin? Awak ni memang gila lah!" Dalissa rasa ingin menangis sekarang.

" Oh taknak? Betul ni taknak? "

Laju sahaja Dalissa mengangguk.

" Alright, kalau macam tu tiap-tiap bulan kau kena serahkan..." mata helangnya merayap pada sekitar tubuh Dalissa.

"...serahkan badan kau dekat aku. Boleh?"

Mata dipejam rapat. Allahuakhbar, sungguh kejam makhluk bernama manusia ini. Walaupun dia bukan gadis yang berhijab, tetapi ia bukan satu tiket untuk dia tidak menjaga maruahnya. Lelaki dihadapannya ini memang betul-betul melampau!

" Awak..."

" Ini bukan satu pilihan tetapi arahan. Sama ada kau suka atau tak, kau kena te... "

" Okay fine! Saya akan kahwin dengan awak " potong Dalissa laju. Memang tak lah dia akan serahkan badannya pada lelaki seperti ini. Sekurang-kurangnya, kalau dah kahwin dia tidak akan rasa berdosa daripada dia membuat zina.

Nauzubillah.

Senyuman sinis dicarik pada bibirnya.

" Hujung minggu ini, family aku datang meminang "

Mahu pengsan Dalissa dibuatnya. Dia tahu dipaksa tapi takkan terburu-buru sangat? Nanti apa pula kata keluarganya. Nak bantah tapi dia takut.

" Kau boleh keluar " ujarnya Ayden saat melihat tiada balasan dari Dalissa.

Perlahan-lahan Dalissa turun dan kereta milik Ayden terus memecut laju. Dia pulabmasih berdiri disitu, masih tidak percaya apa yang berlaku tadi. Terlalu banyakkah dosa yang dia lakukan sampai tuhan ujinya sebegini?

Terus dia menggelengkan kepalanya. Teringat ustazah pernah pesan dahulu. "Allah tidak akan uji hambanya diluar kemampuannya. Allah uji sebab dia sayang, dia tahu hambanya itu seorang yang kuat".


Dari situ, dia tahu. Dia perlu redha dengan semuanya.
















Done ✅

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now