Bab 29

1.2K 21 1
                                    

" Esok, kita pindah rumah baru " lamunannya terhenti saat mendengar perkataan 'pindah'. Metilda menoleh dan terus mendekati Airil. Mata dipincing tajam pada wajah Airil.

" No! I nak duduk sini "

" Sayang, takkan kita masih nak tumpang rumah mama dengan papa? "

" Ada masalah ke? I tahu you dah jadi suami I tapi I nak ingatkan you satu benda. Sampai bila-bila pun I takkan pernah anggap you sebagai suami "

" I tak kisah Metilda kalau you tak anggap I sebagai suami tapi, at least hormat I " keras suaranya. Dia sedaya upaya tidak meninggikan suaranya kerana mereka masih berada di rumah Datin Maria dan Dato' Mustafa. Risau jika ibu dan bapa mertuanya dengar pergaduhan mereka.

Kadang-kadang dia berasa give up dengan perangai Metilda, tetapi disebabkan cinta yang sudah melebih batas, dia masih lagi sanggup menghadapnya dan perlahan-lahan akan hapuskan perangai itu dan membuang jauh dari Metilda.

Dia juga tidak boleh membiarkan Metilda pijak kepalanya sesuka hati. Jika Metilda masih dengan sikap begini, dia akan pastikan Metilda mendapat hukuman daripadanya. Hukuman apa?













Rahsia





Ahh, tidak sabar rasanya!


" Hormat you? Dalam mim..."

" Metilda! "

Airil dan Metilda sama-sama menoleh ke arah suara tersebut. Kelihatan Dato' Mustafa berdiri di permukaan pintu bilik bersama gelengan dikepala. Metilda menundukkan kepalanya, sudah tahu papanya sudah dengar semuanya. Entah sudah berapa lama Dato' Mustafa berdiri disitu, dia tidak pasti.

" Apa nak jadi dengan kamu ni? Airil tu suami kamu, jadi jaga bahasa tu "

" Takpe pa, Airil tak ambil hati pun " tangannya mengusap lembut kepala Metilda. Dia bukan apa, tidak mahu wujudkan suasana yang tegang dan pada masa yang sama dia haruskan menunjukkan sikap yang matang dihadapan bapa mertuanya.

" Papa izinkan kamu bawa Metilda keluar pindah rumah lain. Papa dan mama tahu kamu berdua perlu privacy " bahu Airil ditepuk berkali-kali sebelum melangkah keluar dari bilik.

" Dengar tu sayang " satu senyuman sinis ditayangkan kepada Metilda.

Metilda membalas dengan jelingan. Hatinya yang sedang membara sedaya upaya ditahan. Ya, dia tahu Airil berhak sepenuhnya ke atasnya tetapi dia berasa tidak bebas. Lihatlah, kata kunci pada telefonnya dipaksa diberitahu dan juga mesej pada aplikasi whatsapp dan laman sosial juga dikawal ketat oleh Airil.

Ini memang melampau! Dengan Ayden dulu, tidak pernah dikongkong sebegini. 

***

" Sayang? " mata meliar mencari susuk tubuh isterinya, Bella. Dari tadi kelibat isterinya tidak dijumpai. Bila tanya pada Daffy, anak kecilnya itu juga tidak nampak Bella.

" Uwek! " tersentak Danial saat mendengarnya. Dia mencari datang dari manakah bunyi itu.

" Sayang? "

" Ab...bang " suara yang tenggelam timbul itu meresahkan hatinya. Kaki laju melangkah ke bilik air di kamar mereka. Barulah nampak susuk tubuh Bella yang sedang terbongkok-bongkok pada sinki tandas.

" Sayang, kenapa ni? " Danial mendekati Bella dan tubuh belakang isterinya diusap berkali-kali.

" T..tak tahu " matanya sudah berkaca. Sudah perit tekaknya apabila sudah enam kali berturut-turut dia muntah. Badan pula sudah terasa lesu akibat kepenatan membuang isi perutnya.

" Tak laratlah abang..." peluh yang menitik-nitik pada tepi kepala Bella dilap oleh tapak tangannya. Aduh, kasihan pula dia melihat isterinya ini. 

" Baring dulu atas katil, abang pergi ambil minyak angin " perlahan-lahan Bella rebah diatas katil. Tidak sampai seminit, Danial kembali dengan membawa botol kecil yang berisi minyak angin.

" Singkap baju tu " Bella hanya menurut. Baju disingkapkan ke atas perut, terserlah perutnya yang putih dan sedikit 'buncit'.

Tubuh menghadap ke arah Bella. Minyak dituangkan pada tapak tangannya. Dengan perlahan-lahan, Danial mengurut lembut perut isterinya.

" Sayang makan apa sampai muntah-muntah macam ni? "

" Makan makanan yang Bella masak lah. Abang tahukan dah berapa bulan kita tak makan dekat luar, tak mungkin keracunan "

Danial terdiam. Ada betulnya kata-kata Bella. Bukan tidak suka makan dekat luar tetapi kawasan yang mereka tinggal ini susah nak dapat makanan halal. Kalau nak pun kena pergi jauh sedikit.

" Kita pergi klinik eh? "

" Takpe lah. Kejap lagi elok lah ni " baju ditarik kebawah. Bella bangun dan memperbetulkan duduknya.

" Abang janganlah risau, Bella okay " tangannya menekup kedua-dua belah pipi suaminya seolah memberi keyakinan bahawa dia baik-baik sahaja.

" Hm yalah kalau sayang cakap macam tu " tangan Bella dikucup kasih. Bella tergelak kecil.

" Oh ye, tiga minggu lagi kita balik Malaysia " mata Bella mula bersinar. Dia menarik senyuman lebar.

" Betul ke?! "

" Ye sayang "

" Bella rindu Malaysia sangat! " badan tegap Danial dipeluknya. Tidak sabar rasanya, dia yakin kepulangan mereka juga dinantikan oleh keluarga disana.

" Patut tak buat surprise? " cadang Danial. Suka betul isterinya, lebar lain macam senyumannya itu. Kadang-kadang dia rasa bersalah, disebabkan kerja Bella dan juga anaknya terpaksa berjauhan dengan keluarga di Malaysia.

Bella mengangguk laju. Kepala otak sudah merancang segalanya apabila pulang ke Malaysia nanti.



























Done ✅

hai, dah lama takk update kan? sorry sangat sangat sebab start 17/7 haritu busy dengan dokumen dokumen semua untuk pengurusan kemasukan u and sampailah dah start class 2/8 haritu. jadual memang padat sampaikan takde masa nak buat benda lain.

takpekan kalau author jadikan slow update?

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now