Bab 14

1.2K 22 1
                                    

Dalissa mundar-mandir di tempat duduknya. Hatinya resah sahaja mahu pergi ke site. Pelik, tapi itulah hakikatnya. Cuma pergi sahaja bukannya buat apa-apa pun. Buku nota kecil serta dokumen berkenaan dengan projek tersebut sudah lengkap disediakan.

" Kot ye pun duduk lah dulu " tegur Yasmin. Dia pun sudah naik pening melihat Dalissa daripada tadi.

" Tak tenang aku kalau duduk "

" Relax lah. Lain macam je aku tengok kau "

" Entah lah, aku pun tak tahu kenapa " baru sahaja dia mahu melabuhkan punggungnya, Encik Muaz memanggil namanya.

" Dalissa "

" Ye bos "

" Jom kita gerak sekarang " Dalissa mengangguk. Pandangan dihalakan pada Yasmin.

" Bye " kaki terus mengejar langkah Encik Muaz.

" Eh, naik kereta dengan saya je " ujar Encik Muiz apabila melihat Dalissa berura-ura mahu masuk ke dalam keretanya.

" Aih? "

" Kita kan pergi tempat yang sama " Encik Muiz tergelak kecil. Kelakar juga Dalissa ni.

" Oh betul juga " Dalissa tersengih malu. Dia terus masuk ke dalam kereta mewah Encik Muiz, Audi Q3 Sportback.

Di dalam kereta, Dalissa hanya memandang permandangan di luar tingkap sepanjang perjalanan. Tidak tahu mahu borak apa. Melihat Encik Muaz senyap, dia pun senyap sahaja.

" Kamu okay ke? " Dalissa menoleh ke arah Encik Muiz. Senyuman diukirkan. Mungkin diluar dia nampak okay tapi dalam hatinya macam nak pengsan.

" Okay je "

" Nampak takut "

" Sikit lah. Maybe sebab ni first time nak berjumpa dengan orang luar. Saya takde pengalaman " Encik Muiz mengangguk faham. Dia sudah banyak kali berdepan dengan orang macam ini. Tetapi, dia sebagai majikan perlu memberi tunjuk ajar.

" Nanti sampai sana, kamu ikut je saya. Lagipun tengok-tengok je site tu. Takde kerja yang menyusahkan " seakan dapat membaca isi hati Dalissa. Dalissa mengangguk.

" Okay "

Sedar tak sedar, mereka sudah sampai ke site. Perjalanan mengambil masa lebih kurang tiga puluh minit untuk sampai. Dalissa turun dari kereta begitu juga dengan Encik Muiz. Mata meliar disekeliling kawasan itu. Baru sahaja tiang-tiang mula dipacakkan menandakan projek itu baru bermula.

" Bos "

" Ya? "

" Ni projek apa? "

" Projek buat hotel "

" Ni collaboration dengan syarikat mana? " soalnya lagi. Itu lah awal-awal tak nak tanya.

" Dengan Ether Holding "

" Ether Holding? " seakan familiar sahaja nama syarikat itu. Tapi dimana eh?

Ha!

Baru teringat. Nama itu sering disebut-sebutkan di media dan juga pada dada akhbar. Untung pula rasanya apabila majikannya dapat berkolaborasi dengan syarikat yang terkemuka di Malaysia.

Bukan biasher biasher.

" Encik Muiz "

Datang seorang lelaki yang berbaju kemeja hitam ke arah mereka. Dalissa memerhatikan lelaki itu atas bawah. Panas-panas macam ni pakai baju hitam? Sedangkan dia fikir dua tiga kali nak pakai baju apa. Lelaki memang main bedal eh kalau soal baju? Asalkan pakai baju.

" Maaf, Ayden tak dapat datang hari ni sebab ada problem yang perlu diselesaikan " Dalissa berfikir sejenak. Ayden? Siapa Ayden?

Tiba-tiba sahaja hatinya yang resah tadi, terus hilang rasa itu.

" It's okay. So, kamu penggantinya? " lelaki itu mengangguk.

" Ye saya. Saya Safwan " tangan bersalaman dengan Encik Muiz. Safwan menoleh pada seorang gadis yang berdiri di sebelah Encik Muiz. Daripada tadi gadis itu memandang ke arahnya. Tahu lah dia hensem.

Hoho

" PA ke? " Safwan menyoal kepada Dalissa.

"  Tak, saya cuma gantikan PA Encik Muiz " Safwan mengangguk. Baginya, cantik juga gadis ini. Pipinya sudah kemerahan sedikit mungkin sebab cahaya matahari yang begitu direct memancar ke arah mereka.

" Jom lah Encik Muiz and..."

" Dalissa "

" Yeah, jom kita tengok site kat sana " mereka bertiga melangkah menuju ke kawasan yang sedang sibuk pekerja-pekerja disitu membuat kerja.

Sesekali Dalissa menulis benda yang penting fasal projek itu jika perlu. Daripada dia melihat sahaja baik dia tulis. Boleh dia terus bagi pada Farah. Tidak perlu dia nak terangkan.

Selama sejam setengah dia berada di site itu, dia sudah mula kehausan. Kenapa lambat sangat Encik Muiz dan Safwan itu berbual. Kalah perempuan. Nasib baik sekarang dia sedang elok berteduh. Panas sungguh hari ni.

" Dalissa, jom " Dalissa yang sedang sedap termenung tersentak memandang ke arah Encik Muiz. Safwan pula tergelak kecil melihat Dalissa.

" Macam first time je datang site "

" Haah, memang first time sebab kerja dia bukan bahagian ni " Safwan meng'oh'kan sahaja.

" Dah merah sangat dah muka tu "

" Ye ke? " Dalissa terus menekupkan kedua-dua belah pipinya. Aish, baru teringat. Dia lupa nak pakai sunscreen. Jadi, dia perlu pergi ke tempat yang sejuk baru merah pada mukanya hilang.

" Jom lah. Kesian pula tengok " Encik Muiz dan Safwan sama-sama tergelak kecil. Dalissa mengemamkan bibirnya. Tahulah mukanya hodoh kalau merah macam ni. Sedap betul ketawakan orang.

" Saya balik dulu "

" Baik Encik Muiz. Save drive " Safwan menundukkan badannya sedikit sebelum bersalaman dengan Encik Muiz.

Encik Muiz dan Dalissa sama-sama masuk ke dalam kereta. Safwan hanya memerhatikan kereta Encik Muiz meluncur keluar dari kawasan itu.

Telefon pula diambil dari poket seluarnya. Nombor Ayden dihubungi. Sedang menunggu Ayden mengangkat panggilan, dia bersiul.

" Ha ada apa? "

" Dah settle dah "

" Okay, thanks "

" Thanks je? Tak nak bagi apa-apa ke? " Ayden yang berada di dalam talian menjulingkan matanya walaupun Safwan tak nampak.

" Habistu kau nak apa? "

" Belanja aku makan "

" Ye lah "

Tit!

Panggilan terus dimatikan. Makin dilayan, makin menjadi-jadi. Nampak sangat tidak ikhlas membantunya.


















Done ✔

sorry pendek. masih terkejut ye 10/6 ni result spm 😭😭 i tak ready lagi!!

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now