Bab 8

1.2K 30 1
                                    

Yasmin mula mengecilkan mata tatkala melihat susuk tubuh yang agak tidak asing baginya. Cara lelaki itu berdiri dengan gayanya, sudah tahu siapa pemilik tubuh tegap itu.

Saat dirinya ingin mendekati lelaki itu, cepat sahaja dia pergi dari situ. Tidak sempat nak tegur. Apa lagi lelaki itu mahukan? Yasmin menuju ke bahagian reception. Tag pekerja yang bernama Amily itu ditegur.

" Dalissa ada turun tak? " kepala Amily yang sedang menunduk itu terangkat.

" Tak ada "

" Okay, by the way siapa lelaki tadi? " sengaja Yasmin bertanya. Manalah tahu dia salah orang ke tadi?

" Oh, tak kenal lah pula sebab dia pakai spec. Sebelum terlupa, lelaki tadi tu ada bagi Dalissa bunga. Cik Yasmin tolong bagi dekat dia eh " Amily memberi sejambak bunga kepada Yasmin dan dia menyambut tanpa ragu-ragu.

" Terima kasih! " Amily hanya mengangguk sebagai balasan.

Kaki mengatur ke arah lift. Hatinya cukup mengatakan bahawa lelaki tadi ialah Zarif. Ye lah, siapa lagi lelaki yang tergila-gilakan si Dalissa tu kalau bukan Zarif. Apa eh reaksi Dalissa nanti.

Ting!

Tepat sahaja pintu lift dibuka, tubuh badan Dalissa melintas dihadapannya.

" Dalissa " panggilnya. Dalissa menoleh ke arah Yasmin sambil mengangkat sedikit dagunya.

" Apa? "

" Nah bunga " Yasmin menghulurkan sejambak bunga kepadanya. Berkerut dahi Dalissa. Dia hanya memandang bunga tersebut tetapi tidak mengambilnya.

" Siapa punya? Untuk bos ke? Bos dah kahwinkan kenapa perempuan ni menggatal sangat? "

Pak!

" Auch sakit lah! Kenapa kau pukul aku? " Dalissa menggosok lengannya. Merah padam wajahnya menahan sakit.

" Kau ni, agak-agaklah untuk bos. Kalau bini bos dapat tahu tak ke runtuh bangunan ni "

" Manalah tahu bos tu ada peminat ke. Habistu bunga ni untuk siapa? " soal Dalissa ingin tahu. Tetapi tidak peliklah kalau ada lagi perempuan nak ngorat bos besar tu. Umur baru 32, takdelah tua sangat.

" Bunga ni untuk kau "

" Ha? Untuk aku? "

" Ye untuk kau. Ambil lah "

" Siapa bagi? Tak nak aku "

" Tak tahu. Tapi aku syak sorang ni " Dalissa terus merampas bunga tersebut dan dibelek-belek seakan mencari sesuatu. Satu kad yang tersorok sedikit di dalam bunga itu diambil.

Hope you like it! 💐

Z.I

" Zarif? " soal Yasmin apabila melihat Dalissa sudah membaca isi dalam kad itu.

Dalissa mengangguk sambil membuat riak menyampah. Selepas kejadian di restoren tempoh hari, Zarif tidak lagi datang ke pejabatnya. Dengan rasa syukurnya dia memikirkan bahawa Zarif tidak akan menganggunya. Tetapi, tidak pada hari ini.

" Betul kan? " Dalissa mengangguk lemah. Tanpa berkata apa-apa, Yasmin kembali merampas bunga tersebut sambil tersenyum sinis.

" Disebabkan Zarif yang bagi, apa lagi masuk dalam tong sampah lah " bunga tersebut terus dicampak ke dalam tong sampah yang berdekatan.

" Goodbye bunga! " pandangan dialihkan kepada Dalissa. Kedua-duanya tersenyum suka.


Dan terasa


Puas!



***

Tangannya dari tadi asyik bermain dengan pen hitam. Sesekali kedengaran hembusan kasar dari bibirnya. Ligat otaknya memikirkan cara untuk mendapatkan sekeping hati milik gadis kesukaannya.

Peristiwa enam tahun lalu sewaktu berada di alam university, kembali menerjah ke dalam pemikirannya.

Kelihatan seorang gadis yang sedang sibuk menghadap kertas kerjanya, dipandang penuh minat. Sesekali bibir gadis itu terkumat-kamit seakan membebel sesuatu. Comel!

Perlahan-lahan kakinya menuju ke arah gadis itu. Apabila langkahnya semakin dekat, gadis itu masih tidak perasan. Dia tersenyum kecil.
Leka sungguh membuat kerja. Kalau orang jahat yang datang, memang senang nak culik.

Dia melompat sedikit disebelah gadis itu. Bahu gadis itu terangkat sedikit dengan perilakunya. Mungkin terkejut agaknya. Dia menoleh ke arah lelaki yang entah datang dari mana dengan pandangan marah.

" What's wrong with you? Gila ke?! " tajam matanya memerhati wajah lelaki itu. Meluat pun ada.

" Apa? I cuma nak tegur you je "

" Semak tahu tak?! " Metilda terus bangun untuk pergi dari situ tetapi di halang oleh Airil.

" Hey, I nak kawan dengan you. Salah ke? "

" I tak suka " Airil tersenyum sinis. Jual mahal eh.

" Kenapa you tak suka? Jangan lah jual mahal sangat "

" Excuse me, I bukan macam perempuan yang you pernah kenal selama ni " dia fikir semua perempuan sama ke? Lelaki tu ha semua sama je.

" That's why I tertarik dengan you " Metilda membuat muka loya. Rasa nak muntah pun ada.

" Geli tahu tak? Haih macam ni je lah, I tak kenal you siapa tiba-tiba datang dekat I lepastu cakap yang you tertarik dengan I? Nonsense! " tanpa membuang masa, Metilda terus berlari kecil ke dalam library.

Airil hanya tersenyum manis dalam lama-lama senyuman itu bertukar menjadi senyuman yang sangat sinis. Seperti seorang psycho. Hatinya tidak usah cakap, sedang menahan amarah yang semakin menggunung tinggi. Tunggu masa untuk meletup sahaja.

Tetapi, dia masih sabar untuk menahan. Perlahan-lahan dia akan mengambil tindakan.

Dan sekarang, nasib dia baik. Kerana, sebelum dia mahu mengambil tindakan, Datin Maria sudah offer dia untuk dijadikan sebagai menantu. Jadi, dia tidak perlu susah-susah. Senang betul kerjanya. Lagi sedikit masa sahaja, dia akan buat gadis itu jatuh ke tangannya.




















Done ✔

selamat hari raya semuaaa! 🎉
opss salah, selamat hari tak rayaa

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now