Bab 19

1.3K 28 0
                                    

Bau kepulan asap di sekitar restoran itu mengiurkan deria baunya. Terdapat tujuh deretan gerai makan berdekatan dengan resort yang mereka menginap. Perut pula sudah berkeroncang sebelum datang ke sini.

" Kat situ ada kosong, jom " ajak Dalissa. Memandangkan hari sabtu merupakan hari hujung minggu jadi, tidak hairan lah ramai pengunjung yang datang.

" Kau tak nak tengok-tengok lagi makanan? Ke kau memang nak makan seafood? " soal Yasmin sesudah mereka melabuhkan punggung. Dalissa berfikir sejenak kemudian, dia menggeleng.

" Aku nak makan seafood. Dah lama tak makan "

" Okay, kau pergi order dulu. Aku jaga tempat "

Dalissa terus melangkah ke arah kedai yang menjual seafood. Tangan mula menyelongkar sling bagnya. Seketika, dia baru teringat sesuatu. Kaki berpatah balik pada meja makan yang diduduk oleh mereka.

" Yas " Yasmin menoleh, keningnya bertaut.

" Kenapa? " soalnya hairan.

" Aku tertinggal dompet aku lah dekat bilik "

" Macam mana boleh tertinggal? " Dalissa mengangkat kedua bahunya. Setahunya, dia sudah periksa setiap tempat tadi sebelum keluar. Mungkin terlepas pandang.

" Terlupa kot. Aku pergi ambil sekejap eh "

" Eh, pakai duit aku dulu " rasa kurang enak ingin melepaskan Dalissa pergi ke bilik semula. Dia tahu kawannya itu terlalu lapar begitu juga dengannya. Kot ye pun, makan dulu.

" Takpe lah, nanti takut hilang pula dompet aku "

" Okay lah kalau kau kata macam tu " Dalissa terus mengangguk. Laju sahaja langkahnya menuju kembali ke resort. Orang tengah lapar, boleh pula dompet tertinggal.

***


Pintu kereta ditutup. Matanya memerhati sebuah bangunan yang gah berdiri di hadapannya. Kunci kereta digenggam kuat. Hatinya pula diserang perasaan kurang enak. Berat juga sebenarnya dia mahu datang ke sini tetapi mustahil dia ingin berpatah balik.

" Resort? Buat apa dia suruh aku datang sini? Takkan salah send location " telefon kembali membelek chat mesej. Sekali lagi location yang dihantar itu ditekan.

Betul, location yang diberi tidak salah.

Perasaan itu dia cuba buang jauh. Dia menarik nafas dan dihembuskan perlahan-lahan. Dengan langkah yang berat, dia masuk menuju ke pintu utama resort. Di situ, dia disapa mesra oleh pekerja yang sedang menjalankan tugas mereka. Senyuman juga disertakan.

Sampai sahaja di bahagian reception, dia menelan air liur. Dia masih ingat lagi pesanan Airil di dalam chat. Hanya perlu menyebut nama Airil sahaja, receptionist akan memberi kad bilik dan dia harus menunggu Airil disitu. Walaupun pada awalnya dia agak pelik tetapi dia hanya menurut sahaja.

Mungkin Airil sudah book bilik untuknya?

" Ye, ada apa yang saya boleh bantu? Cik nak book bilik ke? " soal receptionist dengan ramah. Metilda tersentak. Senyuman kekok diberi.

" Em, Airil Firhad "

" Oh ye, dia ada reserved bilik untuk orang yang bernama Metilda Sofea. Cik ke? " Metilda terus mengangguk.

" Ye saya " receptionist itu terus memberi kad bilik kepada Metilda. Tanpa teragak-agak, dia mengambil kunci tersebut.

" Bilik dekat tingkat tujuh "

" Okay, terima kasih " Metilda membelek-belek kad bilik di tangannya. Dia masuk ke dalam lift. Makin lama lift itu naik ke atas, makin kuat rasa debarnya.

Ting!

Pintu lift dibuka. Kaki melangkah keluar. Laluan koridor agak sunyi kerana tiada orang yang lalu-lalang disitu. Hanya ditemani oleh lampu yang dinyalakan sepanjang koridor. Dia mencari nombor bilik yang tertera pada kad tersebut.

Bilik 503

Kemudian, matanya tertancap pada nombor bilik yang bernombor 503. Akhirnya, jumpa pun. Sampai sahaja di hadapan pintu, dia mengetuk. Ingin mendapat kepastian supaya tidak ada orang di dalamnya.

Melihat tiada respond, lega hatinya. Kad diakses. Secara automatic, pintu bilik dibuka. Matanya dihiasi oleh sebuah bilik yang sangat kemas dan cantik.

 Matanya dihiasi oleh sebuah bilik yang sangat kemas dan cantik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pemandangan diluar balkoni begitu menyamankan pandangannya. Pandai juga Airil memilih bilik seperti ini. Dia menoleh ke belakang apabila seakan mendengar pintu bilik dibuka.


Serta-merta, tubuhnya kaku. Matanya membulat. Bibirnya bergetar. Dadanya sesak bagaikan sebuah batu besar yang menghempap kuat di dadanya. Lututnya juga terasa longgar.

" You...you bu...buat apa kat dalam bilik ni? "

" I yang sepatutnya tanya you. You buat apa kat dalam bilik I? " soal Airil sambil memeluk tubuh. Dia hanya memakai bathrobe yang menutupi keseluruh badannya. Mata dibuat-buat tajam memandang ke arah Metilda.

" Bi...bilik y...you? "

" Yes, bilik I. I yang tempah so, bilik ni bilik I "

" Tapi..."

Tok! Tok! Tok!

Masing-masing menoleh ke arah pintu. Air mata Metilda sudah bergenang. Dia takut. Dia tidak mahu perkara yang sedang bermain fikirannya sekarang menjadi kenyataan. Dia takkan biarkan perkara ini terjadi.














Done ✔️

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now