Bab 32

1K 23 1
                                    

Seminggu kemudian

Hari ini, seperti yang dijanjikan, keluarga Ayden akan datang meminang dia. Gugup dia rasakan sekarang ini. Tangan diramas sesama sendiri sambil mundar-mandir di dalam biliknya.

Sungguh dia rasa ingin lari dari sini tetapi apabila teringat kembali ugutan yang diberikan oleh Ayden, dia terus membatalkan niatnya.

Keluarganya tahu tentang ini? Semestinya tahu. Tiga hari sebelum itu, dia sudah memaklumkan kepada kedua orang tuanya. Dia juga terpaksa menipu kononnya dia dan Ayden sudah lama berkenalan.

Terkejut juga reaksi keluarganya. Cuma cukup sampai itu sahaja dia cerita. Tidak perlu dia membuka mulut soal apa yang terjadi. Tidak mahu membuat mereka berasa risau. Biar dia seorang sahaja yang tanggung semuanya.

Bunyi pintu dikuak membuatkan Dalissa memusingkan badannya. Nafas dihela saat wajah Danish yang berkerut memandang dia. Danish itu mendekati Dalissa yang kelihatan agak gementar dan tidak tentu arah.

" Kau kenapa? Asyik mundar-mandir je dari tadi " sejak lima minit yang lalu, dia memerhati tingkah laku Dalissa disebalik pintu.

Dalissa menelan air liur. Boleh pula Danish bertanyakan soalan begitu? "T...takut"

Semestinya dia takut. Takut ingin berhadapan dengan lelaki yang bakal menjadi suaminya itu.

" Bakal mertua kau tu bukannya makan orang pun. Nak takut buat apa? " Dalissa menjeling tajam. Danish bukan berada di tempatnya sekarang mudahlah cakap. Yang nak hadapnya dia sendiri. Danish bukannya mahu memberikan dia kata-kata semangat.

Benci

" Jom turun, lama-lama nanti diaorang cakap apa pula " segera dia mencapai lengan Dalissa dan membawanya turun.

Sebelah tangan lagi Dalissa meramas baju kurungnya bagi mengurangkan rasa gugup. Semakin kebawah langkah menuruni anak tangga, semakin kuat perasan takut itu.

Sampai sahaja pada anak tangga terakhir, dia dapat rasakan semua mata yang berada di ruang tamu itu sedang memerhatikannya. Bagaikan tercabut jantungnya saat bertentang mata dengan Ayden. Cepat-cepat dia melarikan pandangan.

Ya, lelaki itu sungguh menakutkan. Pandangan Ayden terhadapnya bukan seperti lelaki yang leka dan hanyut memandang bidadarinya malah lebih kepada penerkam yang ingin membaham mangsanya.

ARGHH NAK JERIT

" Duduklah sini " Puan Laila menjemput anak perempuannya duduk di sebelahnya. Sebuah senyuman manis dihadiahkan kepada Dalissa.

Dalissa membalas senyuman umminya. Dia menundukkan sedikit badannya apabila lalu melintasi keluarga pihak Ayden. Punggung dilabuhkan disebelah Puan Laila.

" Ini dia satu-satunya anak perempuan saya Tan Sri Puan Sri "

Puan Sri Marhaini tersenyum memandang Dalissa. Wajah ini. Wajah ini sentiasa dia ingat. Sungguh dia rasa kasihan. Dia sendiri tidak tahu apa rancangan Ayden tiba-tiba sahaja ingin berkahwin dengan gadis ini.

Dia berharap suatu hari nanti kebenaran akan terbongkar. Cuma setakat ini dia perlu mendiamkan diri sahaja. Anggap dia tidak tahu apa yang terjadi.

" Cantik anak kamu " puji ikhlas Puan Sri Marhaini. Bakal menantunnya itu memakai baju kurung labuh yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan. Rambut panjangnya pula dilepaskan dan hanya dihiasi oleh dua pasang pin pada anak rambut.

" Terima kasih Puan Sri "

' Cantik pun tak guna juga kalau perangai kaki duitan ' Ayden hanya berbicara dalam hati sahaja. Meluat dia tengok wajah Dalissa yang berpura-pura suci itu.

Dalissa pula hanya tersenyum tipis. Dia juga tidak menyangka Puan Sri Marhaini terima dia sebagai menantu. Latar belakang keluarganya hanya biasa-biasa sahaja, tidak sama darjat dan pangkat seperti keluarga Ayden.

Dalissa fikir Puan Sri Marhaini sama seperti di dalam drama tetapi tidak. Tidak semua drama dalam televisyen sama dengan realiti. Seperti contoh, mak mertua tidak restu hubungan perkahwinan anaknya. Drama cuma drama sahaja, sengaja untuk mendapatkan jutaan penonton.

" Majlis bersanding Ayden nak buat dalam masa sebulan lagi " ujar Ayden setelah lama berdiam diri.

Semua yang berada disitu terkejut lagi-lagi Dalissa. Puan Sri Marhaini memandang anaknya tidak percaya. Sudahlah meminang anak dara orang secara mengejut bahkan ingin kahwin dengan cepat secara mengejut juga?

" Tak ke terlalu awal? Sekurang-kurangnya tunang dahulu dalam 3 bulan " bantah Encik Ahmad Fakri. Agak kurang senang dengan keputusan Ayden. Senang-senang saja membuat keputusan tanpa berbincang dengan pihak perempuan.

" Kalau boleh saya tak nak lama-lama. Yelah kan benda baik jangan dilambatkan. Lagipun, saya dah kenal lama dengan Deena. Betul tak sayang? " Ayden mengukirkan senyuman manisnya. Senyuman yang mampu mencairkan para-para gadis diluar sana.

Laju sahaja Dalissa memandang ke arah Ayden. Apa dia? Sayang? Deena? Tidak pernah lagi ada orang memanggilnya 'Deena' dan 'sayang'. Ah dia benci dengan lakonan Ayden. Alasan! Itu semua alasan!

Kalau boleh dia taknak perkahwinan ini dipercepatkan. Dia takut dan belum bersedia. Bagaimana pula hari-harinya bersama Ayden nanti? Sudah tentu bukan apa yang diinginkannya.

" Kita tanya dulu empunya tuan badan... " Puan Laila memandang anak perempuannya yang daripada tadi hanya berdiam diri. Hatinya diserang rasa kurang enak apabila melihat raut wajah Dalissa yang seakan tidak suka.

"... Lissa okay ke dengan keputusan Ayden? Kalau Lissa okay ummi dengan abi pun okay je sebab ni yang terbaik buat kamu sayang "

Dalissa menelan air liur. Untuk membantah dia tiada alasan yang kukuh. Pandangan tajam Ayden membuatkan dia mengangguk dengan pasrah. Serentak itu semua mengucapkan rasa syukur.

Pada masa yang sama, tanpa sesiapa sedar...

































Hujung bibir seksi itu mengukirkan senyuman sinis.




































Done ✅

uhm hai?

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now