Bab 24

1.3K 22 2
                                    

Hani mengerutkan kening apabila ada satu panggilan pada telefonnya. Semakin berkerut kening yang sudah terbentuk itu apabila melihat nama panggilan yang tertera pada skrin itu. 

Future Husband

" Aih, sejak bila aku ada future husband? Mana datang? Dari langit ke? " dia mendongak memandang langit yang cerah bersama kepulan-kepulan awan.

Tiada tanda-tanda ada orang jatuh. " Takde pun "

Ralit sangat dia memandang langit sehingga tidak perasan ada seseorang sudah berdiri dihadapannya.

Buk!

Badan terundur kebelakang apabila dirinya terlanggar 'benda' yang keras. Muka berkerut menahan sakit. Dia terus memandang ke hadapan, ingin memarahi 'benda' yang telah melanggarnya. Membulat matanya sambil bibir terbuka sedikit.

" A...awak " serius sahaja Danish memandang wajah Hani. 

" Lain kali, jalan tengok depan "

" Awak buat apa dekat sini? " tanpa menjawab persoalan Hani, Danish menunjukkan telefon miliknya. Ada perhitungan sikit yang perlu dia selesaikan dengan gadis ini. Hani berkerut tidak mengerti.

" Kenapa dengan telefon awak? Rosak ke? Sorry lah saya tak pandai nak baiki. Tapikan, bercakap fasal telefon, saya pelik lah..."

"...awak tau tak ada orang ni call saya. Tiba-tiba ada satu nombor ni dia saved letak future husband " ingin sahaja Danish menghamburkan ketawanya tetapi ditahan. Kenapa budak ni polos sangat. Geram!

" Awak rasa siapa eh? " Hani memandang ke arah anak mata Danish dan serta-merta matanya membulat.

" Ja...jangan cakap awak yang letak? " 

" Pandai pun " terlopong mulutnya mendengar nada selamba dari Danish. Lelaki ini tidak tahu ke, lima jam yang lepas dia tidak senang duduk berfikir siapa yang saved macam tu. 

Dan dia juga baru teringat, lelaki ini ada meminta telefonnya pada minggu lepas sewaktu menghantarnya pulang. Mungkin waktu itu dia pergi saved tanpa minta izin darinya terlebih dahulu.

Fikirnya begitu.

" Kenapa awak saved macam tu? "

" Tak penting untuk kau tahu " jawabnya sambil tersengih sinis. Hani mengecilkan matanya. Menyampah pula tengok sengihan itu.

" Eleh, tak nak bagitahu konon " bibirnya dicebikkan. " Dah lah, saya pergi dulu " baru sahaja dia ingin berpusing, tangannya ditarik.

" Eh eh..." membulat matanya apabila tarikan tersebut membuatkan wajahnya dengan wajah Danish agak begitu dekat. Sengaja cari pasal ke?

" Urusan kau dengan aku belum selesai lagi. Kau nak lari mana? "

" Urusan? Urusan apa? " setahunya, dia tidak ada apa-apa hutang dengan lelaki ini. Semakin membahang dia rasa bila dekat-dekat dengan lelaki macam ni.

" Kita breakfast dulu " pegangan pada tangan Hani dilepaskan. Kedua-dua bahu gadis itu ditolak lembut.

" Saya dah breakfast. Awak breakfast lah sorang-sorang "

" Teman aku breakfast " hujung baju kurung moden yang dipakai oleh Hani, ditarik lembut. Mana boleh kasar-kasar nanti koyak tak ke naya?

" Janganlah tarik! " jeritan kecilnya tidak diendahkan oleh Danish malah memaksanya mengikuti langkah Danish. Bibirnya terkumat-kamit mengutuk lelaki ini.

" Awak! "

***

Metilda mundar-mandir di dalam biliknya. Dia cuba menghantar mesej kepada Ayden tetapi yang dia dapat hanya satu tick sahaja. Call pun tidak diangkat. Melihat profile picture pada whatsapp Ayden yang tiada gambar itu, jelas sekali Ayden sudah 'block' nombornya.

Kenapa sampai macam ni sekali?

Tanpa membuang masa, kunci kereta diambil. Badan membolosi masuk ke dalam kereta dan ngauman kereta berjenama Porche itu kedengaran semakin jauh apabila keluar dari perkarangan kawasan rumah elit itu. Tujuannya ingin bertemu sama Ayden.

Gym menjadi tempat tujuannya. Dia yakin, pasti Ayden akan berada disini kerana setiap kali hujung minggu Ayden akan datang melepak di gym. Mata mula melakukan liaran mencari susuk tubuh Ayden.

Sangkaannya tepat. Kelihatan Ayden sedang melakukan senaman dengan menggunakan dumbbell.

" Ayden! " Ayden menghentikan senamannya. Mendengar empunya suara itu, dia menghela nafas berat.

" Kenapa you tak balas text I? Call pun tak angkat "

" Ada masalah ke? " jawabnya acuh tak acuh. Selepas kejadian Metilda ditangkap khalwat, dia sudah tidak ambil peduli tentang Metilda. 

Siapa je yang suka sekiranya kekasih ditangkap khalwat dengan lelaki lain. Nasib baik bukan isteri.

" Memang ada masalah! I nak fix balik hubungan kita lepas apa yang jadi. Tapi you yang semakin jauh dengan I " bergema suara Metilda. Rata-rata orang di dalam gym itu sudah memandang ke arah mereka berdua. Kedua-dua tangan Ayden digenggam erat seakan tidak mahu lepaskan.

" Ayden, I tahu you kecewa dengan apa yang dah jadi. Tapi, please bagi I peluang "  Ayden menarik kembali tangannya. Terasa rimas dengan perilaku Metilda.

" Look, dah takde apa yang perlu difixkan. Baik you balik je lah. Fikirkan fasal perkahwinan you dengan jantan tu " tidak cukup dengan memegang tangan, kini tubuh tegap Ayden dipeluk. Tidak kisah akan peluh yang sudah membasahi badan Ayden.

" Metilda, lepas! "

Baginya, perbuatan Metilda semakin melampau. Batas mereka sebagai kekasih tidak pernah selebih ini. Dengan sekali tolakan, pelukan dan tangan Metilda yang melingkari dipinggangnya akhirnya terlepas juga. Pandangan tajam diberikan kepada Metilda. Merah wajahnya menahan marah.

" We're over! "

" Ayden..."

" Lepas ni, I tak nak tengok muka you lagi. Boleh berhambuslah! " tanpa berlengah, Ayden terus berlalu keluar dari gym tersebut dengan perasaan yang berkecamuk.

Tidak sempat Metilda ingin menahan Ayden. Dirinya berasa sangat kecewa dengan layanan yang diberikan oleh Ayden. Begitu mudahnya Ayden memutuskan hubungan mereka yang sudah terjalin selama dua tahun.

Bukan salahnya diri ditangkap khalwat. Dia tidak minta untuk jadi macam itu. Susah senang dia bersama Ayden dan dia takkan lepaskan Ayden pergi. Dia akan merebut kembali hati Ayden dan dia juga tahu, tidak mudah Ayden lupakan dia.
















Sebab...
















Ayden begitu sayang dan cintakan dia
















Done

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now