Bab 12

1.2K 25 1
                                    

" Lepas ni you nak pergi mana pula? "

" I ikut je you " kekura tangan Ayden diusap menggunakan jarinya. Tiba-tiba hatinya berasa tidak enak pula.

" Kita pergi makan? "

Metilda mengangguk tersenyum suka. Alahai indah betul hari ni. Kan best kalau hidupnya aman tanpa sebarang gangguan bersama Ayden. Kalau tidak, mereka mesti dah tunang lepastu kahwin. Dah kahwin mesti dapat anak. Dia yakin anak dia dengan Ayden mesti comel macam dia dan Ayden.

" You senyum-senyum kenapa? " Metilda tersentak. Pipinya mula berona merah. Jauh betul dia berangan. Sampai ke anak ye nasib baik belum sampai ke cucu. Buat malu saja.

" Er...orang senyum kat I then balas lah balik " Ayden tergeleng kecil. Macam-macam lah.

Tetapi di situasi Ayden pula, dari tadi dia merasakan bahawa ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka. Mata cuba meliar untuk mencari jika ada susuk tubuh yang baginya agak curiga, tetapi malangya tiada.

Dia cuba untuk sedapkan hati. Mungkin perasaannya sahaja kot. Mana mungkin ada orang ingin mengikutinya kerana setahunya sepanjang dia hidup, dia masih elok berkawan dengan semua orang. Tidak pernah pula dia bermusuh dengan sesiapa.

Haikal yang sedang menjadi pemerhati itu terus menelefon Puan Sri Marhaini. Sambil-sambil itu, mask yang dipakai untuk menutup identitinya dibetulkan.

" Puan Sri, dia dah perasan saya perhatikan mereka "

" Habistu, dia kenal kamu tak? "

" Yang tu Puan Sri jangan risau, dia tak nampak saya pun cuma dia tercari-cari and saya sempat blah "

" Okay, kamu boleh balik. Report kat saya nanti "

" Baik Puan Sri "

Talian dimatikan. Tanpa membuang masa, Haikal berlalu keluar dari mall tersebut. Mujur sahaja kehadirannya tidak ditangkap oleh Ayden. Kalau dia tersilap langkah tadi, memang kantoi.

Sudah dua tahun dia bekerja dibawah Puan Sri Marhaini, tetapi Tan Sri Izden Muhaimin dan Ayden tidak tahu akan hal ini. Dia pun tidak tahu mengapa.

Tetapi, firasatnya mengatakan bahawa mungkin jika ada masalah berlaku dalam keluarga ini, Puan Sri Marhaini akan siasat dengan bantuannya tanpa pengetahuan sesiapa.

Mungkin ini lebih baik jika tidak dihebohkan kepada Tan Sri Izden Muhaimin dan Ayden?

Baru tidak ada salah faham atau pertuduhan yang berlaku dengan adanya maklumat dan bukti yang kukuh. Seperti kes Ayden dan Metilda ini.

Tipulah kalau tiada pergaduhan nanti apabila semuanya terungkap.

Dan kita pun tidak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang.

***

" Mommy, seriously? " Puan Linda mengangguk. Melihat wajah terkejut anaknya membuatkan dia mengeluh perlahan.

" Airil " tangan Airil dicapai dan digenggam.

" Datin Maria and mommy buat ni untuk kamu " Airil hanya diam sahaja. Terlalu kelu untuk berkata-kata.

" Kamu ni sebenarnya nak ke tak nak dekat Metilda tu? " Airil terus memandang Puan Linda dengan wajah yang agak serious. Cepat-cepat dia menganggukkan kepalanya.

Puan Linda sengaja berkata begitu untuk membuat anaknya itu bersetuju dengan rancangannya. Dia yakin, Airil pun tidak akan melepaskan peluang yang ada.

Guna cara lembut tak jalan, jadi cara kasarlah pilihan terakhir.

" Mestilah nak. Tapi, takde cara lain ke? "

" Cuba bagitahu mommy, Airil ada cara lain ke? "

Airil terdiam. Otaknya ligat memikirkan idea yang lebih baik daripada idea Datin Maria dan mommynya. Hampa, dia buntu untuk mencari jalan lain lagipun agak serabut juga otaknya sekarang untuk berfikir.

" Okay lah Airil setuju "

" Betul ni? " Airil mengangguk dengan yakin. Senyuman manis terukir dibibirnya. Tiba-tiba tidak sabar pula mahu ikut rancangan itu.

" Bila nak start? "

" Dalam masa terdekat ni "

***

" Ummi abi, Lissa ingat lepas ni nak rehat sekejap. Boleh tak? " kakinya dikuis-kuis dibawah meja makan.

" Kenapa tak boleh pula? Boleh je sayang " jawab Puan Laila sambil mencedokkan nasi ke dalam pinggan Dalissa.

" Nak pergi mana? " soal Encik Ahmad Fakri.

" Pantai! Kat situ ada resort. Dalam dua tiga hari nak menginap dekat situ "

" Sorang je? "

" Dengan Yasmin "

" Pergi naik apa? "

Dalissa tersenyum kecil. Itulah dia, abinya. Kalau nak pergi trip ataupun travel, mesti abinya akan banyak tanya. Lagi-lagi soal keselamatan. Tetapi Dalissa tidak kesah pun dan tidak menganggap sebagai 'penyibuk' sebab dia tahu abinya terlalu ambil berat dan sayang akannya.

Hoho

" Naik kereta Yas kot. Tak bincang lagi " Encik Ahmad Fakri mengangguk.

" Hai adikku sayang " Danish datang menyapa sambil lengannya dikepitkan pada kepala Dalissa.

" Angah! " lengan Danish ditepuk berkali-kali minta dilepaskan.

" Danish " tegur Puan Laila. Suka sangat mengusik adiknya itu.

Danish melepaskan kepala Dalissa. Terhambur gelaknya apabila melihat wajah cemberut Dalissa dengan rambut yang agak serabai sedikit akibat daripada pergelutan tadi. Punggungnya dilabuhkan duduk disebelah Dalissa 

" Dah lah busuk ketiak tu "

" Mana ada busuk "

" Busuk lah, dah lah baru lepas balik kerja lepastu tak mandi " Dalissa menolak sedikit badan Danish supaya menjauh.

" Ketiak angah ni still baru deodorant okay " Danish menghidu ketiaknya sambil tersenyum.

" Tak senonoh betul perangai " Dalissa membuat muka geli. Dia tidak rasa ketiak Danish tu still bau deodorant. Nampak basah dikawasan itu.

Tak lain tak bukan mesti peluh.












Done ✔

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now