Bab 13

1.2K 27 1
                                    

Dalissa memusingkan badannya berkali. Bibir bawahnya digigit perlahan. Berkali-kali juga dia berfikir, sesuai ke baju yang dia pakai ini pergi ke site. Cermin dihadapannya dipandang sekali lagi.

Kemeja putih bahagian depan dimasukkan ke dalam seluar slack hitam manakala hujung baju bahagian belakang dibiarkan terkeluar. Baginya, sesuai sahaja. Pergi site takkan nak pakai blouse? Tidak kena langsung. Lebih baik dia pakai baju ini sahaja setelah mendapat keyakinan.

Gaya rambut pula dia mengikat gaya ponytail. Tidak lah rambut melekat-lekat apabila berpeluh kalau tidak diikat. Setelah kemas diikat, terakhir sekali adalah lipstick. Colour nude menjadi pilihannya. Bibir mengemam beberapa kali untuk meratakan lipstick pada bibirnya.

Setelah selesai, senyuman diukirkan.

Kaki dihayunkan turun ke bawah. Senyuman makin melebar apabila melihat ummi dan abinya sedang menikmati sarapan pagi. Dia datang menghampiri mereka.

" Good morning ummi, abi " kerusi ditarik duduk dihadapan Puan Laila.

" Morning " jawab Encik Ahmad Fakri dan Puan Laila serentak.

" Awal pergi kerja hari ni "

" Lissa kena pergi site harini. Itu yang kena pergi awal " hujung roti yang sudah berintikan peanut butter digigit.

" Sejak bila? " soal Puan Laila. Hairan apabila anaknya itu tiba-tiba sahaja kena pergi ke site. Setahunya, kerja Dalissa bukan bahagian itu.

" Hari ni je. Secretary bos tu ada urgent so dia minta tolong " Puan Laila cuma mengangguk tanda faham.

" Eh, Lissa dah kena pergi ni. Dah lambat, bye " Dalissa terus bangun dari duduknya apabila tersedar akan jam yang sudah bergerak sepuluh minit yang lalu.

" Ni, tak habis lagi "

" Tak sempat dah " tangan Puan Laila dan Encik Ahmad Fakri digapai dan menyalaminya.

Sebelum keluar dari rumahnya, Dalissa bertembung dengan Danish yang sedang menuruni anak tangga.

" Apahal kabut sangat? " soalnya kepada Dalissa. Malangnya, dia dipalaukan sahaja.

***


" Daffy! "

" Daffy! " sudah beberapa kali dia menjerit memanggil anaknya yang masih enak diulit mimpi.

" Daffy, wake up! Dah lambat ni " jam dikerling sekilas. Jarum sudah tunjuk pukul tujuh lima minit pagi. Lebih kurang dua puluh minit lagi sebelum kelas bermula.

" Mummy, ngantuk lah "

" Itu lah siapa suruh buat kerja sekolah last minute kalau dah tau banyak. Bangun cepat " tangan Daffy ditarik supaya bangun. Liat sungguh!

" Abang, tengok anak awak ni " jerit Bella. Danial Daus yang sedang bersiap untuk pergi ke kerja, terus terhenti perbuatannya. Langkah diatur menuju ke bilik Daffy.

" Kenapa ni? "

" Daffy tak nak bangun "

Danial menggelengkan kepalanya. Tapak tangan diselitkan antara kepala Daffy dengan bantal. Terus, mata bulat Daffy dicelik. Wajah Danial yang seakan ingin memarahinya mengundang rasa takut.

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now