Bab 15

1.3K 27 0
                                    

" Yas "

" Em? " Yasmin yang sedang sibuk menikmati waktu lunch itu menyahut tetapi tidak memandang ke arah Dalissa.

" Aku pernah cakap dekat kau kan yang aku nak try tidur dekat resort tu? " fikirannya sudah berimaginasi apabila tidur disitu. Mesti best!

" Haah, kenapa? "

" Sabtu ni. Jom? " terus matanya memandang ke arah Dalissa. Dia memandang Dalissa dengan pandangan tidak percaya. Dalissa suka sangat buat plan last minute.

" Serious lah? "

" Yeah, aku nak rehat kejap "

" Ceit, macam lah penat kau tu kerja CEO " Dalissa mencebikkan bibirnya.

" Memang lah bukan, tapi kerja kat office tu sampai aku mati pun takkan habis tau "

" Aku on je " Dalissa menjerit suka. Baru sahaja dia ingin membuka mulut kembali, Yasmin memotong laju.

" Tapi, pergi naik kereta kau. Asyik kereta aku je kena "

" Ye lah. Minyak kau bayar " balas Dalissa. Sebelum ini kalau pakai kereta Yasmin, dia yang tolong bayarkan duit minyak.

" Amboi, kau kenakan aku balik! " tak baik betul lah Dalissa ni. Dia main balas-balas pulak.

***


" Hari ni, you kena lunch dengan I " genggaman pada tangan Metilda masih belum dilepaskan.

" No! I lunch dengan Ayden. Sekarang ni, I nak balik "

" Alang-alang kita dekat mall ni, lunch sekali dengan I " Metilda mendengus kasar. Susah betul cakap dengan Airil ni. Tak reti faham bahasa.

" Tak nak! "

" Alright then, I takkan lepaskan tangan you kalau you still degil " ugut Airil. Dengan Metilda, dia tidak perlu beri muka sangat. Bukan dia tidak tahu bahawa Metilda ni jenis keras kepala.

" Sekarang ni you nak ugut I pula? "

" Yes, kenapa? You tak suka? I don't care Metilda sebab ending nanti, you akan tunduk juga dekat I "

Lagaknya seperti 'psycho'. Dia tidak akan membiarkan Metilda lari daripadanya. Dia akan terus kejar sampai Metilda jatuh tersungkur dan tunduk merayu kepadanya. Mungkin sekarang Metilda masih boleh berlawan dengannya. Tunggu sahaja selepas kahwin. Pasti hidup gadis ini berubah.

" Jangan nak mimpi! " Airil tersenyum sinis. Ingin sahaja dia menghamburkan gelaknya. Metilda belum kenal lagi siapa dia yang sebenarnya.

Tentang plan itu, sedikit lagi masa diperlukan. Tinggal lagi dua step sahaja dan Metilda akan menjadi sepenuh miliknya. Hanya dia sahaja.

Ya

Mereka masuk ke dalam Restoran Orkid Thai yang menghidangkan makanan Thailand. Airil menarik kerusi mempersilakan Metilda untuk duduk. Bagi orang lain, mesti suka apabila melihat kelakuan Airil. Tetapi baginya, seperti mahu terajang. Airil pula duduk dihadapannya.

Seorang pelayan lelaki datang mendekati mereka. Bibirnya mengorak senyuman manis. Sebagai seorang pelayan, dia mesti beramah mesra dengan semua pelanggan. Walaupun pelanggan kadang-kadang agak cerewet, dia perlu bersikap professional.

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now