Prolog

4.3K 58 9
                                    

" Stop it ! Jangan ikut saya lagi . Awak tak faham bahasa ke ?! " seorang gadis mencekak pinggangnya sambil matanya tajam menikam wajah lelaki dihadapannya ini

" Boleh tak kau dengar dulu apa aku nak cakapkan ni ? " suara jantannya lantang memujuk rayu pada gadis itu

" Awak nak cakap apa lagi ? Tak cukup lagi ke apa awak dah buat dekat saya dulu ? " pandangan lelaki itu mula redup memandang gadis cantik ini

" Sorry " air mata gadis itu mula bertakung saat mendengar ucapan maaf dari lelaki itu

" Mudahnya awak minta maafkan ? Bodohnya saya dulu percaya setiap butir bicara awak . Betul lah orang cakap , perempuan akan jadi bodoh kalau jatuh cinta "

" Kau tak bodoh sayang . Aku yang bodoh selama ni ! "

" Jangan panggil saya sayang kalau awak tak maksudkan apa - apa pun . Sudah lah ! Saya penat dengan lakonan awak "

" No ! Kita boleh perbetulkan segalanya . Please "

" Awak jenis tak faham bahasa ke ? Jangan ganggu saya dah lepasni . Antara saya dengan awak dah takde apa - apa lagi "

Mereka terjeda seketika sebelum lelaki itu bersuara

" Okay , itu yang kau nakkan sangatkan ? " lelaki itu mula bergerak mendekati gadis itu yang tidak jauh darinya

" Kau jangan harap dapat lepas dari aku ! Kau belum lepas dari genggaman aku dan aku akan terus ikat kau kat sini " jari telunjuknya ditujukan di dadanya iaitu HATI

" Dan jangan ingat yang aku tak tahu fasal Ayreen Idreena "

" Gila ! " gadis itu berlalu pergi dengan hati yang berombak kencang apatah lagi bila dia sebut tentang Ayreen . Jangan harap dia akan berpaling tadah pada lelaki itu lagi

Lelaki itu , sudah puas memujuk tetapi tidak mudah hati itu akan terpujuk . Mungkin ini yang dikatakan balasan untuknya . Tapi , dia bukan jenis yang mudah berputus asa . Sejauh mana pun gadis itu membencinya , dia pasti akan mendapatkan semula hak dia . Tak kiralah dengan cara apa sekalipun , dia akan terus ikat gadis itu dan membawanya jauh dari orang ramai

ITU JANJINYA !















Hai ! maaf ye jalan cerita berubah sedikit









Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now