Bab 23

1.2K 23 3
                                    

" Kamu berdua mesti kahwin " Metilda yang terkejut dengan kata-kata Datin Maria, terus mendongak.

" Kenapa pula kena kahwin? Boleh je bayarkan? " ada nada tidak puas hati pada butir bicaranya. Airil pula di dalam hati sudah menahan geram. Kedegilan dan Metilda memang tidak boleh dipisahkan.

" Kamu boleh tanya lagi kenapa? Kamu dah malukan mama dengan papa tau! "

" Tapi ma, kitaorang kena perangkap. Jangan disebabkan bukan salah Metilda, Metilda kena tanggung semua ni " dia memeluk tubuh sambil pejamkan mata. Penat dengan apa yang terjadi hari ini!

" Betul ke Airil yang kamu berdua kena perangkap? " soal pula Encik Shukri. Tidak sangka dia apabila mendapat panggilan bahawa anaknya ditangkap khalwat oleh Metilda. Tahu lah tidak sabar mahu berkahwin tapi asal gelojoh sangat?

" Betul daddy "

" Habistu sekarang nak buat macam mana? Saya dah malu tahu tak? "

" Bagi Airil bincang dengan Metilda sekejap " terus tangan Metilda ditarik mengikutinya. Setelah jauh sedikit daripada keluarga mereka, Metilda merentap kasar tangannya.

" Kita kahwin "

" You gila ke?! " bahu Airil ditolak kasar.

" Keputusan I muktamad. Kalau you hanya nak pentingkan fasal diri you, better you fikir fasal keluarga you keluarga I " tajam matanya menikam mata bundar milik Metilda. Kali ini dia mesti berkeras. Dia tidak mahu Metilda terlepas dari tangannya.

" You mesti happykan akhirnya dapat kahwin dengan I. Okay fine, kita kahwin. Tapi..." Metilda mendekati Airil. Collar baju Airil dimain-mainkan.

"...you kena ingat, I still tetap bersama Ayden " Metilda terus berlalu menuju kembali kepada keluarganya. Airil hanya memandang pemergian Metilda sehingga kelibat Metilda hilang dari pandangannya. 

Dinding berdekatannya ditumbuk kuat. Tunggulah selepas kahwin nanti. Dia akan membuat Ayden hilang dari fikiran Metilda. Saat itu, hanya ada nama dia sahaja yang akan tersemat dalam fikiran Metilda.

   ***


Matanya masih memandang ke arah Dalissa yang sedang menguis-guis makanan yang dibeli tadi. Sudah berapa minit keadaan Dalissa masih seperti itu. Punggung diangkat menuju ke bahagian dapur. Segelas cawan diambil dan menuangkan air jus epal kegemaran Dalissa. Selepas itu, kerusi ditarik duduk disebelah Dalissa. 

" Nah, minum ni " cawan dihulurkan. Lambat-lambat Dalissa menyambut.

" Mind to share with me? " Dalissa terus menghadap Yasmin dan kepalanya terus bersandar pada bahu Yasmin. Dia kembali menangis.

" Apa salah aku? "

" Kenapa dia tuduh aku? " Yasmin hanya mendengar luahan sahabatnya itu. Dia ingin bertanyakan bermacam-macam soalan tetapi dibiarkan dahulu.

" Aku tak buat pun " semakin lebat tangisannya. Belakang tubuh badan Dalissa digosok perlahan. Cuba untuk menenangkan.

" Apa dia tuduh kau? Kau cerita kat aku dari awal sampai akhir "

" Aku...aku t..tak tau apa jadi kat situ. Tiba-tiba je aku kena tengking, kena tuduh. Le...lepastu dia heret kat tempat tadi "

" Siapa dia? Berani dia tuduh kau macam-macam tanpa usul periksa dulu! " Yasmin mengetap bibirnya menahan geram. Kalau dia jumpa orang itu memang dia tanam hidup-hidup pakai simen.

" Aku tak tau " 

Tiba-tiba sahaja Dalissa menggeleng laju. Kepalanya diangkat dan memandang sayu ke arah Yasmin. Tangan Yasmin digenggam kuat.

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now