Bab 4

1.5K 34 1
                                    

Ayden terus masuk ke dalam rumah setelah memberi salam. Entah ada orang jawab ke tidak. Biarlah, asalkan dia dah bagi salam. Perlahan-lahan dia duduk di atas sofa mewah sambil melonggarkan tie di lehernya.

" Eh " Ayden tersenyum melihat bondanya, Puan Sri Marhaini yang sedang memandang ke arah jam dinding dirumah mereka.

" Jarang je kamu nak lunch dekat sini " Puan Sri Marhaini memandang pelik ke arah Ayden. Langkah didekati kerah Ayden dan duduk bersebelahan dengannya.

" Kenapa? Tak boleh ke? "

" Bukan tak boleh. Bonda pelik je. Biasanya kamu keluar lunch dengan Metilda "

" Dia busy " Puan Sri Marhaini mengangguk faham cuma firasatnya mengatakan bahawa ada something yang tidak kena.

" Kalau ada masalah, bincang elok-elok " Ayden mula mengerutkan dahinya. Bincang?

Kemudian, Ayden tergelak kecil.

" Dah kenapa gelak pula? " Puan Sri Marhaini menjegilkan matanya ke arah Ayden. Dia mana ada buat lawak.

" Bonda ni, kitaorang mana ada gaduh "

" Yelah, bonda cuma cakap je. Kamu tu, kalau ada masalah mana pernah nak bagitahu bonda. Sudahlah, malas nak layan kamu "

Puan Sri Marhaini mengangkat punggung meninggalkan Ayden yang sudah terpinga-pinga.

" Aih " dia pula yang dipersalahkan? Kepala digelengkan.

Sebenarnya, Metilda bukannya busy pun. Dia terpaksa memberi alasan kepada Metilda bahawa dia tidak pergi lunch hari ini. Fikirannya teringat akan layanan Datin Maria terhadapnya beberapa hari yang lepas.

Seusai lunch bersama Metilda, dia ingin berjumpa dengan Datin Maria. Sudah lama rasanya tidak bersua muka dengannya.

Nanti apa pula kata Datin Maria, asyik bawa anaknya keluar sahaja tetapi tidak berjumpa dengan ibu bapanya terlebih dahulu.

Ayden mematikan enjin kereta selepas mendapat parking betul-betul dihadapan butik Datin Maria.
" Kenapa you matikan enjin? "

" I nak jumpa mama you " riak wajah Metilda berubah tetapi cepat-cepat dikawal.

" Kenapa tiba-tiba? "

" Dah lama I tak jumpa. Kenapa? Mama you busy ke? " laju sahaja Metilda mengangguk membuatkan Ayden memandangnya pelik.

" Yes dia busy. Lain kali eh "

Tanpa menghiraukan kata-kata Metilda, Ayden terus keluar dari kereta. Metilda pula terkejut dengan tindakan Ayden.

" Cepat. Kalau tak, I kunci "

" Okay fine " Nak tak nak Metilda terpaksa mengalah. Dengan Ayden, susah nak melawan. Dia hanya mengharapkan mamanya tidak membuat perangai.

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now