Bab 9

1.3K 29 2
                                    

" Nenek! " jerit Daffy dengan riang dalam panggilan.

" Ye cucu nenek ni. Kat sekolah tadi macam mana? Okay? "

" Okay! Nenek nak tau tak kawan-kawan Daffy semua jealous dengan Daffy "

" Iye? Kenapa diaorang jealous? "

" Sebab Daffy asal negara lain. Daffy bukan orang sini. Diorang cakap Daffy boleh ulang alik pergi luar negara pastu naik flight "

Puan Laila tergelak kecil mendengar cerita cucu kesayangannya itu. Begini lah rutin hariannya pada setiap malam. Ditemani mulut becok Daffy. Ada sahaja cerita yang ingin disampaikan.

Walaupun ada juga cerita yang tidak dia faham, tetapi dia layankan sahaja.

" Hai cucu atuk " tiba-tiba sahaja Encik Ahmad Fakri mencelah.

" Hai atuk! "

" Sembang dengan nenek sampai lupa atuk "

" Sorry hehe " Daffy tersengih

" Oh ye, mummy cakap nenek sakit. Nenek sakit apa? "

" Nenek sakit kaki. Ala sikit je "

" Nak Daffy urutkan? " soalnya polos membuatkan Puan Laila dan Encik Ahmad Fakri tergelak.

" Daffy jauh, macam mana nak urut nenek " Daffy terus menepuk dahinya. Malu pulak!

" Lupa "

" Dah lewat ni, pergi tidur. Esok sekolah "

" Okay! Goodnight atuk nenek "

" Goodnight too. Kirim salam dekat mummy dengan daddy eh "

" Okay, bye "

" Bye "

***


" Ini lah dia Puan Sri, Datin Maria dan Dato' Mustafa " jelas Haikal, pembantu peribadi Puan Sri Marhaini.

Puan Sri Marhaini mengambil beberapa keping gambar yang telah diarahkan olehnya untuk mengetahui siapa keluarga kepada Metilda. Sekali gus, dia ingin mengetahui latar belakang keluarga Metilda.

Sejak kebelakangan ini, perasaan ingin tahu tentang Metilda semakin membuak-buak. Entah lah, dia sendiri tidak tahu mengapa.

Mungkin sebab Metilda itu bakal menantunya? Lagipun, nak tunggu Ayden entah bila dia nak berkenalan dengan Metilda tu.

" Semua maklumat ada dalam envelope tu..."

"...tapi "

Puan Sri Marhaini terus memandang wajah hensem milik Haikal. Keningnya terangkat apabila melihat raut wajah Haikal seakan resah sedikit tetapi lelaki itu bijak mengawalnya.

" Tapi apa? "

" Ada sesuatu perkara yang saya perlu beritahu secara depan-depan "

Kepingan gambar yang dipegang tadi, terus diletakkan di atas meja. Mug diambil dan mencicip air teh yang telah dihidangkan oleh pembantu rumahnya, cik Wati.

" Have a seat if you want to say "

" Maaf Puan Sri, saya rasa tak sesuai kalau saya cakap dekat sini. Kita bincang dekat mana-mana cafe? " cadang Haikal. Dia risau kalau ada telinga-telinga yang mendengar.

" Okay "

Hatinya tertanya-tanya apakah yang ingin disampaikan oleh Haikal? Walaupun diluar dia agak nampak tenang tetapi hatinya berdegup kencang. Seakan dia bakal mendapat berita yang tidak baik.

***


" Zarif! " kakinya laju mengejar langkah anak bujangya.

" Zarif, berhenti! " Puan Izzah menarik tangan Zarif sedikit kuat. Kedengaran dengusan kasar.

" Apa ma? " soal Zarif dengan malas.

" Mama nak tanya sikit, lately ni kenapa kamu balik lambat? Pergi mana? " dia sudah agak, pasti mamanya akan menyoal. Nak tak nak terpaksa menipu.

" Zarif ada banyak kerja lah. Mama fikir Zarif buat apa? " jelingan diberikan oleh Puan Izzah.

" Mana tahu "

" Ma, Zarif tahu lah mana baik mana buruk. Dah, nak pergi kerja ni " mesti semua tertanya, Zarif kerja apa kan? Dia bekerja sebagai electrical engineer di bawah syarikat sama seperti Ayden iaitu Ether Holding.

" Eh, tolong hantarkan Zara pergi sekolah "

" Adu, kenapa papa tak hantarkan? "

" Papa last minute kena outstation tengah malam tadi "

" Mana budak tu? "

" I'm coming! "

Kelihatan Zara kelam-kabut menuruni anak tangga. Tudung sekolah yang agak senget itu dibetulkan. Melihat wajah tegang abangnya sengihan ditayangkan.

" Cepat lah lembap "

" Ish sabar lah. Bye ma! " tangan Puan Izzah digapai dan diciumnya.

" Bye "

Di dalam kereta, Zara tidak habis-habis mengusik semua barang Zarif. Sesekali tangannya membuka dashboard, menukar frequency radio, seat yang diduduknya pun diubahkan kebelakang dan kedepan. Zarif yang perasan akan hal itu menjeling.

" Kau tak reti duduk diam ke? Macam lah tak pernah naik kereta "

" Bukan tak pernah, tapi ni first time adik naik kereta abang " bibirnya mencebik. Usik sikit pun tak boleh.

" Rimas lah kau ni " Zara terus duduk diam. Nanti kalau lagi dibuat, end up kena tinggal dekat tepi jalan.

Kereta Range Rover Zarif berhenti tepat di hadapan sekolah Zara. Zara pula masih tidak keluar dari kereta membuatkan kening Zarif mengangkat keningnya.

" Kau pahal tak turun lagi? " Zara tersenyum, kemudian tapak tangannya dihulurkan kepada Zarif.

" Kau kenapa? "

" Nak duit lah apa lagi "

" Banyak songeh kau. Aku takde duit " Zara memuncungkan bibirnya. Bukan dia tiada duit cuma sahaja meminta. Dia mahu kumpul duit banyak-banyak lepastu boleh beli merchandise kpop.

" Kalau abang tak bagi, adik tak nak keluar. Biar kita sama-sama lambat. Bwerk! " lidah dijelirkan kepada Zarif. Zarif menahan sabar untuk tidak meletuskan amarah pada pagi ini. Adiknya ini sungguh mencabarnya.

Untuk mengelakkan pergaduhan yang berlanjutan, dompetnya diambil. Mata Zara susah bersinar. Duit! Duit! 10 ringgit Malaysia dihulurkan. Laju sahaja Zara merampas.

" Yeay, thank you " Zara terus keluar dari kereta Zarif. Tanpa menoleh ke arah abangnya, dia meneruskan langkah masuk ke dalam sekolah sebelum pintu pagar tutup.

Zarif mendecit. Dah nak ambil SPM pun perangai macam budak-budak. Asal lah mamanya lahirkan anak macam tu.

Pandangan mula terarah ke depan. Fikiran sibuk memikirkan tentang gadis itu. Dia mengeluh. Sudah beberapa hari tidak berjumpa tetapi dia tetap bertahan agar tidak lagi menimbulkan kemarahan gadis itu.

Telefon yang berada di dalam poket seluarnya diambil. Nombor seseorang di dial dan dilekapkan pada telinganya. Sesaat, panggilannya diangkat.

" Hello "

" Aku nak jumpa kau lunch ni "

" For wh..."

Tut!

Panggilan terus dimatikan. Malas dia mahu mendengar lelaki itu bersoal siasat. Dia sambung meneruskan pemanduan.




Done ✔

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now