Bab 22

1.3K 28 4
                                    

" Sakitlah! " desis kesakitan yang dialami oleh Dalissa, tidak dihiraukan oleh Ayden.

Tubuh badan Dalissa ditolak kasar duduk di atas sofa. Kawan-kawannya yang sedang sibuk bergurau senda dan masih bergelak ketawa itu, terus terhenti aktiviti mereka apabila melihat wajah marah Ayden bersama dengan seorang gadis.

" Woo apahal ni? " tegur Ziyyad. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja Ayden datang membawa seorang gadis yang amat asing bagi mereka.

" Biasanya kau akan bawa Metilda, tapi kali ni perempuan lain pula? Scandal ke? " seorang lagi kawannya bernama Hilman, mengekek dia ketawa.

" Mulut kau tu jaga sikit eh, aku tak suka bergurau kalau tengah serious " ujar Ayden berbaur amaran. Ketawa Hilman terus mati.

" Ayden, apahal ni? Siapa perempuan ni? " mata mereka hanya memandang ke arah Dalissa.

Ayden tersenyum sinis. Soalan itu lah yang paling ditunggu-tunggukan olehnya. Tanpa diduga, tengkuk Dalissa dicengkam kasar olehnya.

" Arghh..." sekali lagi dia mendesis. Sakit yang dirasainya sekarang hanya Tuhan sahaja yang tahu.

" Perempuan ni? Meh sini, aku kenalkan dekat kauorang. Perempuan ni jenis gold-digger yang sanggup hancurkan hidup orang. Jadi, kauorang tak payah nak tergoda dengan muka dia ni "

Safwan yang sedari tadi hanya mendiamkan diri, mula mengamati wajah gadis itu. Dia seakan kenal dan pernah berjumpa, tapi dimana?

Kawan-kawannya disitu agak terkejut dengan kenyataan Ayden. Sukar untuk percaya. Harap je muka cantik tetapi perangai...

Itulah tanggapan mereka.

" Ayden stop it! Perempuan tu, jangan berkasar " Safwan cuba untuk mempertahankan Dalissa apabila melihat Ayden semakin menguatkan cengkaman. Mukanya sudah merah menahan sakit.

Apabila melihat wajah yang sedang memerah itu, dia baru teringat. Gadis yang berada di site bersama Encik Muiz tempoh hari.

Ayden melepaskan cengkamannya. Kalau bukan disebabkan Safwan, memang mati gadis ini dia kerjakan. Disabarkan hatinya.

" Kejap, apa perempuan ni buat? Gold-digger? " soal Ziyyad hairan. Pelik sahaja tiba-tiba Ayden menggelarkan gadis ini seorang yang gold-digger.

" Kita lepak kat tempat lain " Ayden memandang sekilas ke arah Dalissa yang sedang menunduk menahan sakit dan menjelingnya tajam. Marahnya tidak dapat dikawal apabila melihat wajah itu.

" Habistu perempuan ni? Takkan nak tinggal macam ni je? "

Ayden mendengus kasar.

" Tinggal je lah dekat sini. Pandai-pandai dia balik sendiri " jawabnya selamba. Tanpa menunggu rakan-rakannya, Ayden berlalu pergi dari situ.

Ziyyad dan Hilman mengikuti langkah Ayden. Kelakuan Ayden agak begitu kasar dan mereka tidak menyokong dengan tindakan Ayden. Mereka juga tidak tahu mahu membuat apa. Kesian memang kesian tetapi itulah siapa suruh membuat hal. 

Tinggal lah Dalissa dan Safwan disitu.

" Aku hantar kau balik. Kau tu perempuan, tak elok balik sorang-sorang dekat tempat asing bagi kau ni " Ada benar juga kata lelaki ini. Dia sendiri tidak tahu dia berada dimana. Tempat ini memang terlalu asing baginya.

Dalissa mendongak memandang Safwan. Terkedu sekita melihat wajah lelaki dihadapannya ini.

" Ye, kita pernah jumpa kat site haritu " seakan tahu reaksi yang ditunjukkan oleh raut wajah Dalissa, Safwan menjelaskannya terlebih dahulu.

" Saya nak pinjam phone boleh? Saya nak call kawan saya. Bateri phone saya habis " lemah sahaja suaranya.

Penat mungkin kerana menangis, merayu sampaikan tubuhnya tiada tenaga.

Safwan mengangguk. Telefon yang berada di dalam poket seluar dikeluarkan dan dihulurkan kepada Dalissa. Dalissa mengambilnya dengan tangan yang menggigil. Barang kali takut dengan apa yang sudah terjadi kepadanya.

Nombor telefon Yasmin dihubungi.

" Hello? "

" Yas...ni a...aku. To...long ambil aku kat si...sini " Dalissa kembali menangis. Safwan juga rasa simpati terhadap gadis ini. Rasanya, dia perlu mengetahui perkara sebenar.

Melihat wajah itu yang sedang menangis, jelas sekali gadis ini bukan seperti yang Ayden katakan tadi.

" Kau kat mana? Okay, okay jangan nangis. Kau send location aku datang sekarang "

Talian dimatikan.

" Terima kasih " telefon kembali diserahkan kepada Safwan.

" So, nak aku teman kau? "

Dalissa menggeleng laju. Dia tidak mahu susahkan sesiapa. " Takpe, awak balik je "

" Okay. Take care " Safwan berlalu meninggalkan Dalissa keseorangan disitu. Mujurlah tempat ini masih mempunyai ramai orang.

Walaupun siang, tetapi sesuatu kejadian tidak kira jangka dan masa sama ada buruk atau baik.

Selama lima belas minit menunggu, akhirnya Yasmin sampai di tempat yang dihantar oleh Dalissa. Mata meliar mencari susuk tubuh badan Dalissa sambil bibirnya tidak lepas menyebut nama sahabatnya itu.

" Dalissa! "

Dalissa yang sedang menunduk sambil menguis-guis kakinya, terus mendongak apabila mendengar suara yang tidak begitu asing pada pendengarannya. Dari jauh, dia nampak Yasmin yang sedang berusaha mencarinya.

" Yas " serta-merta dia berjalan mendekati Yasmin dan terus memeluk erat sahabatnya itu. Dia menghamburkan tangisannya. Yasmin agak terkejut sedikit apabila tubuhnya dipeluk erat oleh seseorang. Tahulah dia bahawa itu Dalissa.

Belakang badan Dalissa ditepuk perlahan. Dia sudah agak ada benda yang terjadi kepada Dalissa. Melihat keadaan Dalissa begini, dia mula berasa risau. Pelukan dilepaskan. Yasmin membetulkan sedikit rambut Dalissa yang sudah melekat dipipinyaa dek air mata.

" Kita balik okay? Nanti kau story semua benda kat aku okay? "

" Tapi...aku tak nak balik lagi " ada alasan dia tidak mahu pulang terlebih dahulu. Dia tak nak ummi dan abinya mengetahui tentang hal ini.

" Kita duduk mana-mana hotel dulu. Aku teman kau "

Tanpa sebarang bantahan, Dalissa mengangguk. Sebelum ke hotel, mereka singgah dahulu membeli makanan tengah hari memandangkan mereka daripada pagi tadi tidak menjamah sedikit pun makanan.

















Done ✔️
ohh yee, kat bahagian sinopsis ada penambahan sikit. sikit je laa tak banyak pun hoho pergi laa check

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now