Bab 26

1.4K 30 6
                                    

" Dalissa? "

" Dalissa? " terhenti pencariannya apabila melihat Dalissa sedang termenung di luar balkoni. Dia menghela nafas lega. Penat dia mencari sahabatnya itu rupa-rupanya dekat sini. Langkah didekati ke arah Dalissa. Bahu Dalissa dipeluk erat.

" Harini, kita nak balik. Kau okay tak? " Dalissa hanya mengangguk lemah sebagai balasan. Yasmin menghela nafas berat. Ini lah dia, Dalissa tidak banyak cakap seperti sebelum ini. 

" Jangan macam ni. Ceria sikit. Nanti apa pula cakap ummi dengan abi kau " 

" Aku okay je. Jangan risau eh " senyuman kecil dihadiahkan buat Yasmin. Jam tangan pada pergelangan tangannya dikerling sekilas. Dia masuk semula ke dalam.

" Jomlah! Nanti lambat pula " 

Yasmin hanya memerhatikan Dalissa yang sedang mengemas barang-barang yang perlu dibawa pulang. Bibir ditarik, mengoyak senyuman yang hambar. Dia tahu, walaupun di mulut kata okay tetapi dalam hati sebaliknya.

Tuduhan yang dilemparkan oleh orang itu terlampau memberi kesan yang besar buat Dalissa. Tuduhan yang langsung tidak dilakukan oleh Dalissa. Sungguh dia rasakan mahu maki hamun pada orang itu.

Pada masa yang sama, dia berharap sangat orang itu tidak datang menganggu dan menuduh kembali kepada Dalissa.

" Yasmin! "

Tersentak Yasmin dibuatnya. Terlalu leka termenung sampai tidak sedar Dalissa sudah menunggunya di muka pintu. " Ye, aku datang ni "

Di dalam kereta, Dalissa berharap ummi dan abinya tidak bersoal banyak dan mengesyaki bukan-bukan. Pada awalnya, dia sudah maklumkan kepada mereka yang dia hanya pergi dua hari sahaja. Tapi, tiba-tiba sahaja tambah satu hari lagi dan mereka juga terpaksa mengambil cuti.

" Kau nak singgah mana-mana dulu? " 

Dalissa menggeleng. Kalau boleh, biarlah sementara waktu ini dia tidak keluar ke mana-mana dahulu. Dia akan keluar jika mahu pergi ke tempat kerja sahaja. " Takde " 

" Okay "

Hampir tiga puluh minit memandu, akhirnya mereka sampai di rumah Yasmin disebabkan kereta yang dibawa ialah kereta Dalissa. Bonet kereta dibuka. Mereka berdua keluar dari perut kereta. Yasmin mengeluarkan beg bagasinya dan bonet ditutup kembali. 

" Thank you hantar aku "

" You're welcome. Sepatutnya aku yang patut berterima kasih dekat kau. Kau banyak tolong aku waktu aku susah "

Ah! Tiba-tiba sahaja tubir matanya bergenang. Peristiwa dimana dia dituduh dan dilabel sebagai gold-digger kembali menerjah kembali. Yasmin yang perasan akan hal itu, terus memeluk Dalissa. 

" Dah, aku tak nak kau fikir lagi fasal benda tu. Lupakan! "

Teresak-esak dia berada di dalam pelukan Yasmin. " Thank you '

" Takde apalah "

Terasa bagaikan dia terlebih-lebih, pelukan dilepaskan. Air matanya dikesat. " Aku cuba lupakan "

" Good, macam ni lah aku nak. Kembalikan Dalissa aku yang dulu " Dalissa tersenyum nipis. Balik sahaja nanti, dia ingin meninggalkan perkara yang sudah berlaku dua hari yang lepas. Lagipun, bukan salah dia buat apa dia terus berada dalam keadaan macam ini?

Dia perlu menegakkan kebenaran. Memfitnah itu bukan satu perkara yang boleh dibuat main. Lagipun, lelaki itu tiada bukti menunjukkan dia salah. Sedikit banyak semangatnya kini mengumpul pada dirinya. Dia tidak perlu terus jatuh begini. Lelaki itu mempunyai kuasa.

Ya, dia tahu.

Dengan adanya kuasa, sesuka hati memperlakukan orang bawahan tanpa ada rasa sikit pun perasaan bersalah dan simpati.

Bongkak sungguh!

Dia berharap, dia tidak akan tergolong dengan orang-orang seperti itu pada suatu hari nanti.

***


Beberapa keping gambar yang telah diambil oleh Haikal dia perhati sekali lagi. Pelipisnya diurut. Sedikit kesal dengan apa yang berlaku. Sedikit kesal juga dengan apa yang telah dilakukan oleh Ayden.

" Saya tak faham. Kenapa Ayden tak beritahu saya fasal benda ni? "

Balik sahaja Ayden pada hari itu, dia pulang seakan tidak ada apa-apa yang terjadi. Wajah anaknya itu juga beriak biasa. Walaupun dia sudah tahu perkara sebenar, tetapi dia tidak akan bersoal selagi Ayden tidak membuka mulut.

" Saya pun tak pasti Puan Sri "

Puan Sri Marhaini memandang ke arah orang-orang di cafe itu bagi menghilangkan sedikit perasaan kesalnya. Fikirannya bukan sahaja memikirkan tentang Ayden malah, dia turut berfikir tentang gadis itu.

Ya, gadis yang telah difitnah oleh Ayden.

Allahuakbar!

" Saya nak awak cari maklumat fasal gadis ni. Boleh? "

Haikal mengangguk patuh. " Boleh Puan Sri "

Kasihan sungguh nasib yang menimpa gadis ini. Haikal juga turut bersimpati. Bukan tidak tahu Ayden tu macam mana orangnya. Risau jika ada apa-apa yang terjadi pada masa akan datang.

" Puan Sri nak bila? "

" Secepat yang mungkin " ujarnya memberi kata putus.

















Done ✔️
double update for today!

nak tanya laa, kalau korang kena fitnah, apa korang akan buat?
baik jawab kalau tak, tak nak update 😙

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now