Bab 37

1.1K 28 10
                                    

Majlis bersanding kini berlangsung di Bayswater yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur dengan kapasiti lebih dari 500 orang cukup untuk memuatkan kedua-dua keluarga serta kenalan rapat pihak pengantin lelaki dan perempuan.

Dalissa yang sudah bersiap itu mula tidak senang duduk. Malam ni dia perlu sentiasa berada di sisi Ayden. Dia taknak!

" Dalissa, along nak video call dengan kau "

Seakan jantungnya hampir terkeluar saat Danish tiba-tiba datang menterjahnya. Tak reti bagi salam dulu ke? Danish dengan Yasmin suka sangat buat dia terkejut.

Telefon yang berada di tangan Danish kini beralih di tangannya. Serta-merta senyuman diukir tatkala wajah Danial, Bella dan Daffy memenuhi ruang screen telefon itu.

" Selamat pengantin baru Lissa! " ucap Bella dengan perasaan teruja.

" Congratulations on your wedding day mak su heee " ucap Daffy pula membuatkan Dalissa melepaskan tawanya. Comel sangat!

" Thank you kak Bella and sayang mak su ni "

" Sorry ye Lissa, akak dengan abang Danial tak dapat datang " Bella dihurung rasa bersalah. Sudahlah dia sudah berjanji kepada Dalissa bahawa dia akan datang tapi nak buat macam mana Allah SWT sebaik-baik perancang.

" It's okay lah kak Bella, yang penting jaga kandungan tu dulu "

Dia dan sekeluarga juga gembira apabila Danial memberitahu bahawa Bella mengandung lagi. Syukur Alhamdulillah!

" Along ada buat perjanjian dengan Ayden " Danial bersuara setelah lama mendiamkan diri kerana ingin memberi peluang kepada Bella dan Daffy untuk bercakap dahulu.

Dalissa terkesima. Perjanjian? Bagaimana Ayden boleh kenal dengan Danial?

" There must be a lot of questions you want to ask, right? Don't worry about that, along percaya Ayden boleh jaga adik along dengan baik. Dia pun dah janji juga dengan abi "

Kata-kata Danial membuatkan dia berasa sebak. Betul ke Ayden akan jaganya dengan baik? Melihat layanan Ayden kepadanya membuatkan dia sukar untuk percaya.

" Eh dah lambat ni dik, lebih baik turun cepat "

Dalissa tersenyum.

" Okay, Lissa turun dulu. Assalamualaikum, bye "

" Waalaikumussalam, bye "

Talian dimatikan. Dalissa menarik nafas dan dihembus perlahan. Setelah dihadam kata-kata Danial tadi, dia tekad untuk membuktikan kepada Ayden bahawa dia tidak salah. Dia perlu mendapatkan kepercayaan Ayden.

Ayden suaminya sekarang, tidak mungkin dia mahu berperang dingin. Itupun sudah berdosa.

***

Yasmin membetulkan tudung buat kali terakhir. Maklumlah dia jadi tukang pengapit Dalissa untuk malam ni jadi, dia perlulah sama cantik seperti Dalissa. Sudah tentu orang memandang dia juga.

Ahak!

Baju kaftan pario lace berwarna rose gold itu sangat cantik dipakai olehnya dan juga shawl yang dililit kemas. Kulitnya yang putih membuatkan dia memilih untuk makeup glitter seperti artis Korea Jang Wonyoung menambahkan lagi kecantikannnya.

" Aku syak aku ni ada keturunan Korea lah. Cantik semacam je " ujarnya seorang diri sambil tersenyum. Perasan je lebih.

" Tapi kesian, cantik-cantik pun single apalah kau ni Yasmin "

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 17, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now