Bab 11

1.3K 25 0
                                    

" Habistu, awak nak buat apa sekarang ni? Persiapan tengah dalam process ni " resah hati Puan Linda apabila Metilda tidak mahu berkahwin dengan Airil. Memang tak lah mahu batalkan macam tu sahaja.

" Saya pun tengah serabut ni. Takpe saya akan pujuk Metilda. No matter what, diaorang mesti kahwin juga "

" Habistu kalau Metilda tak setuju? "

" Saya ada plan supaya Metilda kahwin juga dengan Airil. Dengan cara ni, Metilda akan setuju "

" Apa dia? " soal Puan Linda ingin tahu.

" Tapi awak sanggup buat? " Puan Linda meneguk air liurnya. Lambat-lambat dia mengangguk.

Datin Maria tersenyum penuh makna. Jika cara ini yang mampu membuatkan Metilda bersetuju untuk kahwin dengan Airil, dia sanggup lakukan.

Terdesak?

Ya, dia memang terdesak untuk menyatukan mereka. Baginya, tiada sesiapa yang mampu menghalang rancangannya. Bibir didekatkan pada telinga Puan Linda untuk mengatakan rancangannya.

Puan Linda cuma terangguk-angguk sahaja. Dia juga seperti Datin Maria, sanggup lakukan apa sahaja tanpa mengira akibat akan berlaku nanti.

***


Yasmin mengacau air laici yang telah dia order tadi. Sebelah tangannya pula sibuk mendail nombor Dalissa.

" Haih Dalissa ni, bila kau nak angkat call aku? " Yasmin terus bangun dari duduknya untuk pergi ke toilet dan tanpa sengaja dia terlanggar bahu seseorang.

" Kau ni jalan tak pakai mata ke?! " jerkah orang yang sudah dilanggarnya. Yasmin memegang bahunya sambil menunduk.

Sakitnya!

" Hoi! "

Yasmin mendongak dan terus terbuntang matanya begitu juga dengan figura yang berada dihadapannya ini.

" Awak?! "

" Kau?! " soal mereka serentak.

" Kau ni memang suka main langgar eh? " Safwan sudah bercekak pinggang. Yeah, Yasmin yang melanggar Safwan. Apalah nasib dia ni.

" Ish saya bukan sengaja pun "

" Bukan sengaja kau cakap? "

" Excuse me, awak fikir saya nak langgar awak sangat ke? Tolong lah " Yasmin sudah menggulingkan matanya ke atas. Menyampah!

" Alasan. Lepas ni kalau aku jumpa kau lagi, aku takkan teragak-agak nak bunuh kau. Dasar perempuan " Safwan  merempuh sedikit bahu Yasmin. Sempat dia menahan pada bucu meja. Suka hati je rempuh orang.

" Aku memang perempuan pun takkan lelaki. Tak reti beza ke? " meluat dia memandang belakang tubuh badan lelaki itu yang sudah jauh dari pandangannya.

Rasa nak penyek-penyek.

" Yas! " Dalissa yang sudah berada di sebelah Yasmin mengerutkan keningnya apabila melihat wajah cemberut Yasmin.

" Hoi! Kau kenapa ni? " Dalissa menepuk pipi Yasmin berkali-kali.

" Aku rasa nak terajang je mamat tu "

" Mamat mana pula ni? " mata Dalissa melilau mencari 'mamat' yang disebutkan oleh Yasmin. Malah hampeh, tiada jantina lelaki yang lalu-lalang disitu.

" Lupakan! Belanja aku makan " tangan Dalissa ditarik menuju ke meja makan.

" Sabar jap, cuba bagitahu aku apa yang jadi. Siapa mamat tu? "

" Mamat tu? Dia tu lelaki tak guna tahu tak?! "

"Sia..."

" Nanti aku cerita, kau jangan banyak soal " serentak itu mulut Dalissa terkunci. Marah sangat ni kakak Yasmin kita.

Dalissa ikutkan sahaja apa yang ingin dimakan oleh Yasmin. Bagi hatinya sejuk dahulu. Kalau tak nanti sia-sia sahaja kena makan pelempang. Perempuan kalau tengah marah, kerja dia biasanya makan.

***


" Ayden " Ayden menoleh ke arah bondanya. Senyuman kecil diukirkan buat Puan Sri Marhaini.

" Nak pergi mana? " tangan mula membetulkan collar baju anaknya.

" Nak jumpa kawan sekejap "

" Ye ke jumpa kawan? Ke jumpa Metilda? " Puan Sri Marhaini tersengih-sengih. Ayden pula tidak dapat menutup riak wajah yang ditunjukkan.

" Betul kan? Padan lah ambil cuti " Ayden tersengih.

" Lama tak keluar dating "

" Ye lah, elok-elok drive "

" Okay bonda "

Kereta Ayden terus meluncur laju meninggalkan rumah agam itu. Puan Sri Marhaini memandang sekeliling. Mujur sahaja pembantu rumah sedang sibuk mengemas di tingkat atas. Suaminya sudah sibuk pergi jumpa teman sekerjanya.

Dia berlalu pergi ke halaman rumah. Nombor Haikal dihubunginya.

" Perhatikan mereka "

***

" Berlagak betul eh mamat tu " komennya. Dia yang mendengar cerita pun dah sakit hati dah, inikan pula Yasmin yang menghadapnya.

" Tahu takpe "

" Lepastu dia nak ugut bunuh kau pula? " Yasmin mengangguk.

" Kau kena report polis " meja sudah dihentak kuat oleh Dalissa sehingga menarik mata-mata pelanggan yang berada disitu.

" Kau ni, aku tak rasa dia tu berani. Hadap dengan bapak aku dulu "

" Kalau dia berani? Orang zaman sekarang kita tak boleh nak expect "

" Dia tak berani "

" Kalau dia tak berani, kenapa dia berani ugut kau macam tu? "

Mulut Yasmin terus terkunci. Kata-kata Dalissa ada betulnya juga. Tipulah kalau dia tak takut tapi harapnya dia takkan berjumpa lagi dengan lelaki itu. Gilakan?

" Mungkin dia saja nak takutkan aku? " Dalissa mengeluh. Keras kepala juga si Yasmin ni. Nanti kalau terjadi benda buruk, kan susah.

" Kau kena hati-hati lepas ni. Mata tu mata..." garfu ditangannya sudah dihalakan pada Yasmin.

" Ish apa kau ni! " tubuhnya terundur kebelakang. Hampir sahaja garfu itu mahu tercucuk dimatanya. Tolonglah sebelum dia jadi buta, dia nak kahwin dulu.

"...mata tu pandang depan. Jangan sibuk nak melilau "

" Baik Deena Dalissa " Yasmin menolak tangan Dalissa. Bahaya betul!













Done ✔

kenapa makin hambar ye? mungkin kena masuk part 'rancangan' tu baru extreme kot

kot lah

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now