Bab 35

1K 19 2
                                    

Kini, mereka tiba di Pandora yang terletak di Mont Kiara atas tujuan untuk membeli cincin. Dalissa menelan air liur apabila masuk ke dalam kedai tersebut.

Pandora beb!

Mahu pengsan sahaja apabila melihat harga yang tertera pada cincin disitu. Sudahlah harga dress tadi dia masih tidak dapat dilupakan inikan pula harga cincin yang bakal dibeli.

Riak wajah Ayden sekarang dipandang. Wajah itu hanya beriak biasa seperti tidak terkesan dengan harga cincin tersebut.

Ya, orang kaya kan.

" Welcome sir and miss, did you come to buy a rings, bracelets, chains or earrings? " soal pekerja disitu dengan ramah sambil mengukirkan senyuman manis.

" Rings please. Wedding rings for both of us "

Pekerja itu mengangguk.

" Sure, you guys boleh pilih mana yang berkenan "

Ayden mengangguk. Jari mengetuk pada bekas kaca yang dalamnya terisi dengan pelbagai jenis cincin. Mata mula memainkan peranan mencari cincin yang sesuai untuk dirinya.

Sekilas dia menoleh ke arah Dalissa yang sedang termenung. Apa benda perempuan ni fikir?

" Aku takde masa nak tunggu kau termenung " ujar Ayden dingin.

Terkejut Dalissa apabila Ayden tiba-tiba bersuara di telinganya. Terus dia menjarakkan badannya.

" T...tak saya tengah nak pilih ni. Yang tu "

Dalissa menunjukkan cincin yang menarik perhatiannya kepada Ayden. Cincin silver itu memang menarik perhatiannya kerana mempunyai design mutiara di atasnya dan harga itu yang paling murah berbanding dengan harga cincin yang lain.

" Miss, take this and that "

Pekerja yang setia berada dengan mereka tadi terus mengangguk. Dikeluarkan cincin yang ditunjuk oleh Ayden tadi.

" You try, muat tak? "

Dalissa mencuba cincin yang dipilih olehnya. Dengan sekali sarung, cincin itu terletak elok di jari manisnya. Dia tersenyum nipis.

" Nice, how about you sir? "

Kini, Ayden pula mencuba cincin yang dipilih. Cincin itu memang muat-muat untuknya. Jari-jemarinya tidaklah terlalu besar.

Selesai sahaja membuat bayaran, mereka membuat keputusan untuk pulang semula. Cukup sahaja untuk hari ini. Lagipun, Ayden tidak mahu berjumpa dengan Dalissa selepas ini.

Dia hanya berjumpa sewaktu majlis nanti.

" Look, who's here "

Suara itu. Suara itu tidak asing bagi Dalissa dan juga Ayden.

Lelaki itu tersenyum sinis memandang kedua pasangan dihadapannya ini. Kemudian, tatapan tajam diberikan kepada Dalissa.

Dalissa tanpa segan silu menapak mendekati Ayden. Baju kemeja putih Ayden yang dilipat sehigga paras siku digenggam kuat olehnya.

Dia takut.

Sekurang-kurangnya dia berasa selamat dengan Ayden berbanding dengan Zarif Iskandar.

Ayden yang perasan akan hal itu cuba memberi tumpuan kepada Zarif. Wajah sepupu rapatnya itu kelihatan tegang.

" Kau buat apa kat sini Zarif? "

Dalissa menoleh ke arah Ayden. Ayden kenal dengan Zarif? How?

" Aku saja jalan-jalan tak sangka pula terserempak dengan kau. By the way, ni siapa? "

Ayden mengangkat keningnya. Tidak faham, bukankah Zarif kenal dengan Dalissa? Atau dia sengaja buat-buat tidak kenal.

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now