Bab 36

959 26 1
                                    

Hari ini seperti yang sudah dirancang, hari yang paling dia takut dimana dia akan bergelar sebagai seorang isteri kepada Ayden Rizky.

Jam sudah menganjak pukul 9:05 minit pagi. Berbaki lagi 55 minit sebelum akad nikah dijalankan. Kini, dia duduk dihadapan cermin biliknya setelah didandan oleh MUA. Baju kurung modern berwarna putih tersarung cantik di tubuhnya.

Entah, dia tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkan perasaannya sekarang. Hatinya rasa kosong. Ayden bukanlah calon suami pilihannya, kenal pun tidak tup tup jadi suami dah.

Bahagia ke dia pada masa akan datang nanti?

Hatinya perlu kental untuk menghadap Ayden nanti. Dia tidak perlu takut malah dia perlu tunjuk berani. Tunjuk bahawa gadis sepertinya bukanlah gadis yang lemah.

" Termenung apa tu? "

Yasmin menggeleng kepalanya apabila melihat Dalissa asyik termenung. Sejak sebelum didandan lagi wajah itu kelihatan sangat muram. Dia faham, tetapi siapa kita nak menolak takdir Tuhan? Dia pun tidak tahu bagaimana ingin menolong.

" Takde apa, aku cuma takut "

Yasmin melabuhkan punggung di sebelum Dalissa. Kedua-dua belah tangan kawan karibnya itu digenggam kemas.

" Aku sentiasa ada dengan kau, kena ingat tu. Yakin sangatlah Ayden tu bagi kau jumpa dengan aku lepas kahwin "

" Apa-apa kalau kau nak luahkan, call je takpun kita jumpa. Aku sedia nak dengar " sambungnya. Terharu Dalissa mendengarnya. Air mata yang ditahan laju mengalir di pipi mulusnya.

" Janganlah nangis kau ni. Habis nanti makeup kau "

Dalissa ni time dah makeup cantik-cantik boleh pula dia nangis.

" Kaulah buat aku nangis! "

" Yelah, dah stop. Nanti tak cantik "

Tisu yang berada di atas meja solek itu diambil dan dihulur kepada Dalissa.

" Meh sini aku touchup sikit "

Blusher ditepek lembut pada kedua-dua belah pipi Dalissa. Cantik sungguh kawannya ini. Sudahlah memang natural beauty walaupun tidak memakai apa-apa sebarang solekan.

Inikan pula apabila memakai makeup. Mungkin dia akan gelarkan Ayden sebagai 'buta' kerana tidak nampak akan kecantikan Dalissa. Bukan itu sahaja, Ayden juga 'buta' kerana salah menilai kawannya.

Lelaki seperti itu hanya mendengar cerita dari satu pihak sahaja dan bertindak sesuka hati untuk menuduh. Tidak langsung memberi peluang kepada Dalissa untuk memberi penjelasan.

Serabut dia fikir!

" Dah siap! Jomlah turun, mesti pihak lelaki dah sampai "

Jari-jemari mereka disulamkan dan bersama-sama turun ke bawah.

Majlis akad nikah dijalankan di rumah kediaman pihak perempuan. Kelihatan ramai tetamu iaitu saudara-mara rapat kedua-dua belah pihak sudah tiba.

Dia memandang Dalissa dan kawannya itu turut memandang ke arahnya. Mereka tersenyum sesama sendiri walaupun Yasmin tahu senyuman diukir pada bibir mungil itu bukanlah senyuman yang manis.

***


" Aku terima nikahnya Deena Dalissa binti Ahmad Fakri dengan mas kahwin sebanyak lima ribu ringgit tunai "

" Sah? "

" Sah! "

" Sah! "

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now