Bab 10

1.3K 33 2
                                    

Tidak boleh diungkapkan bahawa dia amat terkejut dengan berita yang baru sahaja didengarinya. Dadanya dipegang. Bagaimana pula kalau reaksi anaknya?

Bolehkah anaknya itu terima?

Tetapi, dia tidak boleh menyalahkan Metilda seratus peratus. Metilda juga tidak mahu tetapi telah dipaksa. Malah, Datin Maria sudah mengatur rancangan untuk mempersiapkan majlis mereka.

Ini bermaksud, Ayden sudah terlambat dan tidak boleh menghalang.

" Haikal "

" Ye Puan Sri? "

" Jangan beritahu sesiapa lagi fasal benda ni " Haikal mengangguk.

" Baik Puan Sri "

" Lagi satu, saya nak awak buat appointment saya dengan Datin Maria. Secepat yang mungkin "

" Okay " Puan Sri Marhaini bangun dari duduknya. Tidak sampai selangkah, Haikal terlebih dahulu memanggilnya kembali.

" Apa plan Puan Sri lepas ni? " Puan Sri Marhaini tersenyum nipis.

" Saya tengah fikirkan. Apa-apa saya inform. Hantar saya balik "

Haikal mengangguk faham. Memberi majikannya masa untuk berfikir. Perkara yang diberitahunya amat mengejutkan.




Bersoalkan masa depan

***

Pandangan dihalakan ke arah cermin bersaiz besar dihadapannya. Make up yang simple dan cantik tetapi apa gunanya kalau tiada sinaran bahagia yang terpancar pada wajahnya?

Sia-sia sahaja, bukan?

Dia mengeluh. Kenapa hidupnya ditakdirkan sebegini? Zaman sekarang kita bebas memilih pasangan hidup. Dia yakin pilihannya untuk bersama Ayden adalah pilihan yang tepat.

Tidak nampakkah mamanya pada kebaikan Ayden? Airil juga yang dipilihnya.

Tok! Tok! Tok!

" Metilda? Lama lagi ke tu? " tanpa menjawab soalan Datin Maria, pintu biliknya dibuka. Tersembul wajah mamanya.

" Jom turun " tangan Metilda dipimpin menuju ke bawah. Agak riuh-rendah suasana di ruang tamu rumah agam milik Dato' Mustafa dan Datin Maria.

Kelihatan Encik Shukri, Puan Linda, Airil dan juga papanya yang sedang rancak berbual. Tiba-tiba Metilda rasa menyampah melihat keluarga Airil. Dato' Mustafa menoleh ke arah anak dan isterinya. Senyuman manis diukirkan.

" Come here sweetie " semua mata mula memandang ke arahnya. Punggung Metilda dilabuhkan disebelah Dato' Mustafa. Bibirnya cuba dicarik sedikit tetapi agak sukar.

" Cantiknya Metilda. Betul tak Airil? " Puan Linda menyiku Airil yang tidak lepas memandang Metilda.

" Em ya " tengkuknya diusap. Malu perlakuannya ditangkap oleh Puan Linda. Gatal sangat mata tu!

" So, boleh kita mulakan? " soal Datin Maria setelah melihat semua orang disitu sudah bersedia.

" Yeah, sure "

" Jadi, kita proceed sahaja tarikh yang kita pilih tu. Lagipun tak payah lah mereka nak bertunang. Buang masa " jelas Datin Maria.

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now