Bab 18

1.3K 27 1
                                    

Hari ini, hari yang ditunggu-tunggu oleh insan yang bernama Datin Maria, Puan Linda dan juga Airil. Plan yang telah dirancang dan disusun rapi akhirnya akan dilaksanakan sekejap lagi.

Airil bermain-main dengan kunci keretanya. Hujung bibirnya dijongketkan sedikit apabila melihat Datin Maria keluar daripada pintu pagar rumah. Tahu lah dia bahawa Metilda masih menolak ajakannya.

" Dia masih tak nak pergi? " Datin Maria menggeleng sebagai tanda jawapan.

" Habistu plan kita? Takkan nak hancur macam tu je Datin? " Airil tidak mahu plan ini menjadi sia-sia sahaja. Baginya, ini sahaja peluang yang ada dan juga sebagai tiket untuk memiliki Metilda yang keras kepala itu.

" Aunty akan pujuk juga. Takpun ugut dia sikit "

" Alright, Airil tunggu " Datin Maria mengangguk dan berlari kecil masuk ke dalam rumah. Bilik Metilda dituju.

Metilda yang perasan akan kedatangan Datin Maria, kalut dia menutup pintu dan menguncinya. Dia rimas dengan paksaan Datin Maria dan juga Airil.

" Metilda, buka pintu ni " Metilda tidak mengendahkan panggilan Datin Maria. Badan dihempaskan di atas katil. Matanya dipejam tetapi telinganya tidak lepas daripada suara nyaring Datin Maria.

" Ma, Metilda tak nak pergi "

" Mama nak juga kamu ikut Airil! Dia dah tunggu kamu lama dah kat luar tu " Metilda mendengus geram. Kesah apa dia si Airil tu. Siapa suruh dia tunggu kalau dah tahu dia tidak mahu ikut.

" Metilda penat " bantal peluk ditekupkan pada kedua-dua telinganya.

" Tak payah nak mengada. Mama nak kamu ikut Airil sekarang juga! " Metilda mengeluh berat. Kakinya lambat-lambat mengatur ke arah closet. Selagi dia tidak mengatakan 'ya', selagi itu lah Datin Maria tidak akan berhenti memaksanya.

" Mama suruh Airil pergi dulu and send location. Kejap lagi Metilda menyusul " ujarnya memberi kata putus. Selepas itu, baru lah Datin Maria berhenti memekik.

***


" Yas! Cepat lah sikit " tangan Yasmin sudah ditarik-tarik keluar dari bilik. Sejam lebih dia menunggu Yasmin melilitkan selendang yang dipakainya.

" Ish, sabar lah. Tak nampak ke tudung aku ni still senget " bibir Yasmin dimuncungkan sedikit apabila tudungnya membuat hal pagi-pagi ni. Merosakkan mood sahaja.

" Dah okay dah tu. Bukannya kau pakai nak pergi kahwin pun " terus kepala menoleh ke arah Dalissa. Kedua-dua tangannya sudah bercekak pinggang.

" Hey, memang lah bukan nak pergi kahwin. Even nak pergi pasar pun tudung kena on point okay! "

Kalau tanya dekat perempuan luar sana pun, diaorang akan cakap macam benda yang sama. Siapa nak pakai selekeh-selekeh kalau nak pergi luar?

" Ye lah mak cik! Mulut tu stop membebel. Ini dah satu jam dah aku tunggu, nanti tambah pula jadi tiga jam dengar kau membebel "

" Dah siap! " beg bagasi ditarik. Tidak faham Dalissa melihat Yasmin membawa beg bagasi yang besar ni. Bukannya nak pergi travel jauh-jauh sampai kena tidur sana seminggu. Kepalanya digelengkan.

Turun sahaja dibawah, Puan Adawiyah menyapa mereka berdua. Dia tersenyum memandang beg bagasi yang dibawa oleh anaknya. Ni macam nak balik kampung sahaja bawa beg besar-besar.

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now