Bab 27

1.2K 28 1
                                    

Sedar tak sedar, hari ini merupakan majlis perkahwinan antara Metilda dan Airil. Tepat pada pukul sepuluh pagi tadi, dia sah bergelar isteri kepada Airil Firhad. Metilda memandang ke arah cermin yang memantulkan wajahnya yang sudah didandan cantik. 

Dia tidak rela dengan perkahwinan ini. Berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintai amat perit baginya. Sepatutnya Ayden yang menjadi pengantin lelakinya. Setitik air matanya berguguran jatuh. Bagaimana hidupnya selepas ini?

Metilda mengerling ke atas meja solek. Telefon bimbitnya diambil. Satu nombor dihubungi, mengharap panggilannya dijawab. Walaupun Ayden sudah 'block', tetapi dia sanggup menukar nombor telefon baru. At least, Ayden tidak 'block' lagi kali ini dia sudah bersyukur.

" Jawablah "

Cukuplah dia ingin mendengar suara Ayden. Selagi Ayden tidak mengangkat panggilan, selagi itu lah dia tidak akan berhenti menelefon. Lagi berapa minit sahaja lagi sebelum majlis resepsinya bermula.

" Metilda " Metilda menoleh. Kelihatan Datin Maria sudah menjengukkan kepalanya pada pintu.

" Dah ke? " Datin Maria menapak masuk ke dalam. Dia mendekati Metilda. Metilda cepat-cepat menyeka air matanya. " Dah ma "

" Jom, turun " tangan Metilda dicapai. Menggigil tangan itu. Dia faham perasaan Metilda, nak bersanding memang macam-macam perasaan ada.

Dalam diam, dia tersenyum puas. Tidak sia-sia dia rancang semua ini. Tengok, impian dia ingin satukan Metilda dan Airil akhirnya berjaya. Perasaan yang dialami oleh anaknya, langsung tidak diambil peduli. Orang cakap, pilihan ibu bapa adalah pilihan yang paling tepat dan semestinya mendapat restu.

Tetapi, tidak seperti apa yang dijangkakan olehnya nanti.

***

Ayden yang dari tadi masih duduk di dalam kereta hanya menggelengkan kepalanya. Satu nombor yang terpapar pada skrin telefonnya dipandang dengan tiada senyuman. Tahulah dia bahawa Metilda yang menelefonnya.

Tiada rasa ingin mengangkat, dia mematikan telefonnya. Pandangan mata memerhati di luar sekitar kawasan Sunway Piramid Hotel. Tempat dimana berlangsungnya perkahwinan Metilda dan juga Airil. Melihat jam pada pergelangan tangannya yang sudah hampir menginjak pada pukul satu setengah petang, dia membuat keputusan untuk keluar.

Engine dimatikan dan keluar dari perut kereta. Setelah memastikan kereta telah berkunci, dia mengemaskan kemeja putih yang dipakainya. Rayban yang sudah melurut jatuh di batang hidungnya, ditolak naik ke atas sedikit.

Cahaya matahari yang panas terik itu menambahkan lagi aura yang terpancar pada dirinya. Rata-rata orang disitu sudah memandang ke arahnya. Tanpa menghiraukan mata-mata yang masih melekat ke arahnya, dia terus berjalan masuk ke bahagian Grand Lagoon Ballroom. 

Di dalam, sudah meriah dengan sanak-saudara kedua-dua belah pihak. Kelihatan, kanak-kanak bersuka ria berlari sana-sini. Anak-anak muda yang santai berbual sambil menjamu selera hidangan yang telah disediakan oleh pihak catering

Niatnya datang ke majlis Metilda ini bukan untuk meraikan seperti setiap kali dia datang ke majlis perkahwinan orang lain. Dia hanya bertemu sahaja dengan Metilda. Lepas tu, dia akan pulang semula. Tidak salah rasanya.

Ayden berdiri di penjuru ballroom itu. Dia terpandang akan Datin Maria yang sedang bersalam mesra dengan tetamu yang baru sahaja datang. Mellihat senyuman melebar itu tahu lah dia bahawa Datin Maria bahagia dengan perkahwinan Metilda ini. Ayden berdecit geram. Sebelum ini, tidak pernah Datin Maria senyum begitu kepadanya. Hanya melemparkan riak yang serius.

Kadang-kadang dia tertanya, tidak sukakah Datin Maria terhadapnya? Dan suami kepada Metilda? Nampak seperti suka saja. Bunyi ketukan pada microphone menyentakkan lamunan Ayden. Pengacara majlis mula menjalankan tugasnya.

" Mengumumkan ketibaan kedua-dua mempelai yang dinantikan oleh para hadirin semua " tetamu disitu sudah memberi tumpuan pada pintu utama ballroom. Jurugambar pula sudah sibuk menangkap gambar.

Maka, berbunyilah kompang yang dipalu oleh sekumpulan lelaki diiringi oleh Airil dan Metilda yang jalan dihadapan mereka. Semua mata disitu hanya memberi tumpuan kepada pasangan pengantin itu. Begitu juga dengan Ayden. Dia hanya memandang ke arah Metilda sahaja. Wajah manis itu kosong tanpa perasaan tetapi digagahkan juga untuk memaniskan muka.

Saat anak matanya bertembung dengan anak mata Metilda, cepat-cepat sahaja dia melarikan pandangan. Metilda pula terkaku. Tidak menyangka bahawa Ayden akan datang ke majlis perkahwinannya. Cepat-cepat dia sedarkan diri. Dirinya sekarang menjadi tumpuan orang ramai. 

Mereka berdua sudah sampai di atas pelamin. Perlahan-lahan Metilda duduk. Mata kembali mencari di tempat Ayden berdiri tadi tetapi malangnya, Ayden sudah tidak berada disitu. 

Kini, giliran kedua-dua pihak pengantin mengambil sesi bergambar. Didahului oleh pihak keluarga Metilda selepas itu baru keluarga Airil dan diikuti oleh teman-teman rapat yang juga turut hadir.

Melihat keadaan mereka sudah selesai mengambil gambar, Ayden mengambil peluang mendekati pasangan itu. Metilda masih tidak menyedari kedatangannya. Dia berdehem agak kuat sedikit. 

Metilda menoleh. Pandangan mereka bertaut membuatkan Ayden menyedarkan diri dengan atas tujuan apa dia bertemu dengan Metilda. Walaupun rayban masih dipakai, tetapi Metilda tidak dapat melihat riak wajah Ayden. Metilda juga tidak lepas memandang Ayden. Ya, dia rindukan Ayden.

Sangat!

" Ayden " Airil yang melihat pandangan Metilda terhadap Ayden terus menguatkan genggaman pada tangan Metilda. Cemburu dia melihat.

" I nak cakap congrats both of you. Lepas ni, you jangan nak cari I lagi Metilda. You dah ada suami buat cara ada suami " kedengaran Ayden menyindirnya membuatkan Metilda menghamburkan tangisannya. Nada percakapan pun begitu dingin dengannya. Tidak pernah Ayden melayaninya seperti ini.

" Thank you " jawab Airil bersahaja.

" Oh ya, I nak bagitahu something. Even Metilda pun boleh kahwin dengan orang lain, I pun boleh juga " ucapnya dengan penuh tersirat berserta dengan senyuman sinis lalu berlalu pergi meninggalkan Metilda dan Airil.

Metilda pula terkaku. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengari baru sahaja tadi.
















Tidak mungkin.
















Done ✔️
maaf laa bosan

Find The Heart Again [in editing]Where stories live. Discover now