🍀
"Yahhhhh!!!!! Apa aku patut buat ni?!!" Jerit aku pada awal pagi jam 6:47 diatas katil. Segala bantal peluk, bantal kepala dan segala bantal bertaburan atas lantai sebab aku frust tak dapat tidur.
"Haaa apa dia?" Jisoo berlari masuk kedalam bilik aku dengan berus gigi masih berada dalam mulut dia. Mungkin sebab aku jerit kuat sangat sampai dia tak sempat nak berus gigi betul- betul.
"Ha sooya, apa aku nak jawab dekat bos aku nanti?" Aku menggolengkan badan aku atas katil dan akhirnya terjatuh atad lantai. Jisoo hanya menggulingkan anak matanya lalu berjalan masuk balik ke dalam kamar mandi. Sambung berus gigi.
"Jisoo!"
"Apa?"
"Apa aku nak jawab?"
"Cakaplah terus terang yang kau tak nak kahwin. Bukan susah pon" Jisoo melangkah keluar dari kamar mandi dan bergerak masuk kedalam bilik aku.
"Tak boleh, aku takut dia terasa-"
"Kalau kau takut dia terasa, kahwin jelah dengan dia, dah dia kau ajak kahwin, bukan ajak kau buat perkara bukan-bukan. Niat dia baik" Jisoo berkata, dia mengikat rambutnya dalam bentuk bun.
"Aku takut, keluarga dia tak terima aku"
"Yang kau takut sangat ni kenapa? Yang nak kahwin dengan kau, dia. Bukan keluarga dia!"
"Eee masalahnya dia masih ada keluarga!"
"Jadi? Kalau dia tak ada keluarga sekalipun kalau dia cakap dia nak kahwin dengan kau, tak kira apa terjadi dia tetap akan kahwin dengan kau. Atas urusan keluarga atau bukan urusan keluarga kalau dia dah suka kau, nak buat macam mana?" Jisoo memuncungkan bibir.
Haemi ni susah betul nak masuk nasihat.
"Alaaaaaaa"
"Sudahlah kau! Dari melayan kau baik aku makan" Jisoo melangkah keluar dari bilik aku, nak makanlah tu.
🍀
"Good morning, Miss Haemi" sapa salah seorang staf lelaki yang bernama Hansol. Aku anggukkan kepala dan masuk kedalam lift bersama- sama dia.
Mulanya aku tak syak apa- apa, tapi bila dia keluarkan phone dan bergerak untuk berdiri di belakang aku, aku dah rasa lain macam. Butang tingkat ke- 8 aku pandang. Sekarang baru masuk tingkat ke-3.
"Cik Haemi dah berpunya?"
"Tak, belum lagi"
"Ouh, bolehlah saya merasa.."
Lelaki itu mendekat dan tanpa segan silu, pinggang aku diranggulnya. Haemi menjadi panik.
"Lepaskan saya! Awak nak buat apa?!"
"Tak salahkan saya merasa sebelum orang lain merasa?" Jawab lelaki itu sebelum merapatkan wajah. Haemi meronta- ronta minta dilepaskan. Dengan segala tenaga yang dia ada, dia pukul dada lelaki itu buatkan lelaki itu menjauhkan diri.
"Dasar perempuan tak guna! Aku dah cakap baik-baik kan!" Lelaki itu merentap lengan Haemi kuat, dia sedaya upaya hendak mencium bibir Haemi. Tapi gadis itu menolak dengan pantas.
"Tolong!!"
Haemi menekan loceng kecemasan sebanyak dua kali sebelum mulutnya ditekup.
"Bodoh!"
"Haemi!"
Pelukan pada tubuh Haemi terlepas sebelum tubuh lelaki itu jatuh menyembam lantai lift akibat tumbukan padu dari seorang lelaki. Haemi tercungap- cungap.
"Tuan.. maafkan saya. Ini semua salah faham!"
"Salah faham kepala hotak kau!"
Buk! Buk! Buk!
Haemi berpeluk tubuh, menangis semahu- mahunya disitu.
"Tak nak! Tak nak!" Haemi meronta perlahan apabila ada orang yang menarik lengannya.
"Hey, tenang. Ini saya. Namjoon-"
Laju saja Haemi bergerak untuk memeluk tubuh lelaki bernama Namjoon tersebut. Dia berasa tenang dan takut dalam masa yang sama.
"Haemi, you are fine now"
Haemi hanya menangis sementara staf lelaki tersebut dibawa keluar dari lift.
"Haemi.."
.
.
YOU ARE READING
[C] I LOVE YOU! | 김남준 ✓
Romance[OLD TITLE: CEO KIM'S IN LOVE] Kisah seorang lelaki bernama Kim Namjoon yang telah jatuh cinta terhadap assistannya sendiri. Cintanya bukan kerana rupa, tapi kerana personaliti gadis itu yang pemalu, naif dan caring. Min Haemi namanya. Gadis polos d...