Bab 38☁

2.6K 246 22
                                    

🍀

+ 17 missed call from Joonie💜
+ 26 message from Joonie💜

Haemi merebahkan tubuhnya diatas katil, telefon yang berbunyi riang ditepinya diabaikan sahaja. Dia tahu Namjoon sedang mencarinya, namun dia masih perlukan waktu dan ruang untuk dia tenangkan diri.

Apa yang berlaku bagaikan mimpi bagi dirinya. Namjoon berkemungkinan sudah sampai ke Korea, bersama isteri baharunya itu. Argh! Cakap pasal 'isteri baharu', buatkan Haemi hendak menangis saja. Kenapa perkara seperti itu wujud dan berjaya menyakitkan hatinya?

Haemi baring sambil memandang siling biliknya yang berwarna putih. Lama dia dalam keadaan begitu sampai akhirnya dia berasa sakit perut dan tidak enak badan. Haemi baring mengiring, tapak tangannya menyentuh perutnya. Dalam posisi itu, tak semena- mena dia merasa loya.

Dengan langkah yang pantas, Haemi masuk kedalam kamar mandi lalu memuntahkan semuanya disinki. Dia melakukannya sebanyak dua kali yang akhirnya buatkan Haemi rasa lemah, dia duduk diatas lantai kamar mandi dengan bibir yang diketap, air mata yang mengalir menambahkan sakit pada kepalanya.

"Takkanlah.."

"Haemi- ah" panggil Jisoo seraya melangkah masuk kedalam bilik. Matanya meliar ke setiap sudut bilik dan bila mendapati kawannya berada didalam kamar mandi, sepantas kilat gadis itu mendapatkan Haemi dan membantunya berdiri. Wajah risaunya terpapar.

"Kau kenapa weh?" soal Jisoo, Haemi direbahkan diatas katil. Dahi kawannya itu disentuh berserta leher. Dia bimbang kalau Haemi jatuh sakit memandangkan cuaca memang tidak menentu bulan ini.

"Aku tak sedap badan.."

"Em? Nak aku bawa ke klinik?" cadang Jisoo, Haemi menggeleng seraya menutup mulutnya dan sebelum Jisoo sempat hendak berkata- kata, Haemi sudah berlari masuk kedalam kamar mandi, memuntahkan segala isi perutnya sekali lagi.

Tindakannya itu buatkan Jisoo mendiamkan diri, memikirkan sesuatu sebelum gadis itu tersenyum kecil. Dia melangkah perlahan menuju ke Haemi lalu mengurut perlahan leher gadis itu.

"Jangan marah kalau aku tanya, ya? Korang dah bersama ke?" soal Jisoo perlahan, Haemi mendiamkan diri. Dia hanya memandang Jisoo dari pantulan cermin dihadapannya. Kening Jisoo terjongket. Haemi membiarkan soalan Jisoo tanpa jawapan buatkan Jisoo mengangguk seakan faham. Bibirnya menguntum senyum.

"That's mean.."

"I'm pregnant?" soal Haemi dengan pandangan tak percaya. Jisoo hanya senyum sebelum menarik Haemi kedalam pelukan.

"It's not official yet, kau masih perlu buat check up. Esok kita buat, check up. Tapi sekarang, kau kena rehat dulu" ujar Jisoo lalu menarik Haemi keluar dari kamar mandi.

Namjoon, you're gonna be a father..

...

"Kenapa degil sangat ni? Boleh tak at least answer my call?" ucap Namjoon seraya mundar mandir di ruang tamu.

Dia baru balik dari Australia beberapa jam yang lalu. Disebabkan dia berfikir bahawa isterinya akan pulang ke rumah mereka, maka tanpa melencong ke arah lain, dia terus pulang ke rumah.

Namjoon mengeluh berat, dia melabuhkan punggung diatas sofa sebelum wajahnya diraup geram. Dia berharap Haemi berada disitu untuk menenangkan hatinya yang kian gundah.

Dia ingin bertanya kepada kedua orang tua Haemi tapi niatnya itu terpaksa didiamkan saja kerana bimbang mereka akan risau. Sejak dari tadi, dia merasakan suatu perasaan yang agak pelik. Jantungnya kerap berdegup seakan ada sesuatu yang berlaku namun dia tidak pasti itu apa.

"Sayang.. where are you?" lirih saja Namjoon menyoal dirinya. Kedua tapak tangannya diletakkan pada bibir seakan meminta restu.

Sudah tentu dia merindukan gadis itu dan perkara itu merupakan sebab kenapa dia tidak dapat duduk diam. Jika ada sesuatu yang berlaku pada gadis itu, dia akan menyalahkan dirinya.

Namjoon mengambil phonenya semula, untuk sekian kali dia mendail nombor Haemi dengan penuh berharapa agar gadis itu menjawab walaupun sepatah. Namun hasilnya tetap sama, tidak ada jawapan dari gadis itu.

"Damn it!"

.

Abe joon nak jadi ayah dahhh.

[C] I LOVE YOU! | 김남준 ✓Where stories live. Discover now