🍀
"Cik Haemi tak rehat lagi? Sekarangkan waktu rest" soal salah seorang staf kepada Haemi yang sedang menyusun fail yang baru selesai dia semak.
"Kejap lagi saya keluar, em awak ada nampak bos keluar tak?" Soal Haemi semula. Staf tersebut melirik ke jam ditangannya sebelum memandang pula kearah bilik kearah bilik kerja Namjoon. Dia menggeleng, menandakan yang Namjoon belum lagi jejak kaki keluar dari bilik kerjanya.
"Ahh okaylah. Terima kasih"
Haemi mengeluh kecil. Namjoon ni kalau dah merajuk, memang nak kena pujuklah tu jawabnya. Heyya. Haemi mencapai beberapa buah fail sebelum langkah kaki dibawa untuk melangkah ke bilik Namjoon.
Tok! Tok!
Tiada sahutan dari Namjoon.
"Saya masuk ni.." beritahu Haemi sebelum pintu ditolak gadia itu dan dua melangkah masuk kedalam. Kelihatan Namjoon masih lagi duduk diatas kerusi seraya menaip pada keyboardnya.
"Saya dah siap semak fail yang awak minta" kata Haemi. 3 buah fail diletakkan atas meja Namjoon. Lelaki itu langsung tidak merespon, dongak kepala untuk pandang Haemi pun dia tak buat. Nak kena siku ke apa Namjoon ni.
"Tak nak pergi lunch ke? Sekarang kan lunch hour?" Tanya Haemi.
"I'm not hungry, yet"
"Atleast, awak boleh temankan saya lunch" kata Haemi, cuba memujuk lebih tepatnya. Namjoon pandang Haemi sekilas sebelum mengeluh perlahan.
"Namjoon.. "
"I'm busy, boleh awak tolong keluar dari sini sekejap?" Namjoon berkata buatkan Haemi terdiam sejenak. Dia senyum segaris.
"Okay. Saya cuma nak bagitau awak yang hari ni saya nak balik rumah Jisoo, kena pack baju sebelum saya betul- betul pindah ke rumah awak. Em, esok saya balik sendiri"
"Banyak ke baju yang awak nak pack?" Namjoon menyoal bila Haemi sudah berura- ura hendak melangkah keluar dari bilik tersebut. Dia pusingkan tubuh menghadap Namjoon semula.
"Banyak jugalah. Jisoo boleh hantar saya-"
"Saya hantar awak, tak payah stay sampai esok" kata Namjoon, pandangan mata langsung tak dialihkan dari memandang laptop. Haemi buat muka, bibirnya tersengih- sengih. Hisy, jual mahal!
"Kalau saya lama?"
"Saya sanggup tunggu" jawab Namjoon.
"Walaupun lama? Awak sanggup tunggu untuk saya?"
"Mestilah, awakkan isteri saya" jawab Namjoon buatkan Haemi senyum lebar sampai ke telinga. Dia melangkah ke Namjoon lalu berdiri di hadapan meja kerja lelaki itu.
"Sayang juga awak kat saya, kan?" Haemi berkata. Namjoon mengalihkan pandangan, menahan senyumannya yang hampir mekar. Haemi ni tengah goda dia ke apa?
"Namjoon.. "
"Em?"
"Tengoklah sini kejap, yang pasal honeymoon tu. Saya bukannya tak nak, tapi kan elok kalau kita buat selepas projek di hampir selesai? Baru rasa free bila honeymoon nanti, kan?" Kata Haemi, cuba memujuk Namjoon lebih tepatnya.
"Dengar tak apa yang saya cakap ni Namjoon?" Tanya Haemi, sedikit geram bila Namjoon tidak menyahut walaupun dengan deheman langsung.
"Namjoon?"
"Namjoon sayang~" panggil Haemi dengan nada suara yang melarat- larat. Namjoon yang tidak dapat menahan senyum terus menayangkan lesung pipit dengan senyuman yang lebar sampai ke telinga.
"Apa dia, sayang?" Sahut Namjoon buatkan Haemi ketawa kecil. Haa kalah juga en?
"Ceh! Jual mahal betul, mesti kena panggil sayang ke dulu baru nak sahut?" Soal Haemi seraya berpeluk tubuh. Namjoon hanya tersenyum, dia arahkan Haemi merapat kearahnya dengan jari telunjuk, macam panggil kucing. Mahu tak mahu, Haemi hanya menurut, kang merajuk balik, tak kuasa dia nak pujuk!
"Apa dia?"
"Call me, sayang. Again" kata Namjoon, lengan Haemi ditarik sebelum gadis itu berdiri betul-betul dihadapannya.
"Tak ada siaran ulangan-"
"Ahh sayang~" Namjoon merengek sebelum kedua mereka ketawa. Namjoon berdiri tegak dihadapan Haemi buatkan gadis itu terpaksa mendongak untuk memandang wajah Namjoon.
"Nak makan apa hari ni?"
"Nak makan sayang" jawapan Namjoon buatkan tapak tangan aku laju menampar dada dia. Dia ketawa besar, kelakar sangat ke? Tang mana kelakarnya?
"Betulah, saya nak makan sayang.."
"Senyap sikit Namjoon, kalau pekerja awak dengar, apa mereka akan fikir?"
"Ehhh saya makan isteri saya, bukan makan isteri orang lain-"
"Namjoon!" Aku jengilkan mata buat dia tambah ketawa lagi. Haemi cemberut, malas nak layan Namjoon ni. Cakap sikit dah melalut yang bukan- bukan. Baru saja Haemi hendak melangkah, langkahnya terbantut bila pinggangnya dipaut erat oleh lelaki itu.
Sekarang mereka berdiri secara berhadapan, Namjoon sentuh dagu Haemi lalu dongakkan sedikit untuk pandang dia. Comel!
"Apa?"
"Tak ada apa- apa, saya cuma suka tengok muka sayang bila marah. Nampak comel.." bisik Namjoon serentak pipi aku diciumnya sekilas. Membulat anak mata Haemi jadinya, dada Namjoon ditepuk, wajahnya sudah merah bak tomato.
"Jangan buat lagi.."
"Buat apa?"
"Kiss"
"Okay saya tak buat, tapi kiss kat sini boleh?" Namjoon membalas, bibir Haemi disentuh sebelum lelaki itu ketawa mengekek bila wajah Haemi sudah merah.
"Jangan main- mainlah Namjoon.."
"Mana ada main- mainlah sayanggg" meleret- leret nada suara Namjoon sebelum dia sentuh pipi aku lalu kenyitkan mata.
"Dah jom, kita pergi lunch, then sambung cuddle balik" kata Namjoon serentak tangan aku ditarik keluar pejabat.
"Tak marah dah?"
"Tak"
"Yeay!"
Dan dia tolehkan kepala memandang kearah aku, senyumannya bersertakan lesung pipitnya terpamer untuk aku. Argh! Handsomenya husband aku ni!
.
.
Sorrylah sebab lama tak update.
Author busy.
Em....
😣😖
YOU ARE READING
[C] I LOVE YOU! | 김남준 ✓
Romance[OLD TITLE: CEO KIM'S IN LOVE] Kisah seorang lelaki bernama Kim Namjoon yang telah jatuh cinta terhadap assistannya sendiri. Cintanya bukan kerana rupa, tapi kerana personaliti gadis itu yang pemalu, naif dan caring. Min Haemi namanya. Gadis polos d...