🍀
"Jaga diri, Haemi. Jaga suami tu, jangan sakitkan hati dia dan belajar untuk sayang dan ambil hati dia." kata Mama ketika aku beralih untuk memeluk dia. Aku cuma diamkan diri, sebab tak tahu nak balas apa.
Yalah, kat rumah pun, aku dengan Namjoon dan ackward, bayangkan bila honeymoon nanti? Mahu kaku aku, tak nak keluar dari kamar mandi. Sebab apa? Sebab malu!
"Buang sikit perasaan malu kamu tu, lelaki yang ada didepan kamu tu suami kamu, tak ada batasnya. Jangan sia- siakan peluang keemasan ni. Haemi sayang, kamu fahamkan?" bisik Mama buatkan aku muncung sedepa. Aku lirikkan pandangan memandang Namjoon yang sedang berbual dengan ayah, tepat ketika dia pandang aku, dia kenyitkan mata buatkan aku laju- laju alihkan pandangan.
"Yalah, mama.." jawab aku lambat- lambat sebelum bahu aku dipukul perlahan. Berkerut dahi aku menahan sakit.
"Mama book baby boy satu" bisik Mama sebelum ketawa besar. Merah muka aku jadinya. Ya tuhan ma, fikir aku ni kilang buat anak ke? Tulah dulu tak nak proceed buat baby boy- em.
"Ish! Yalah, haemi tak janji tapi Haemi akan cuba.." balas aku. Mama cuma tersenyum- senyum mendengar aku menjawab begitu. Pipi aku merah, aku cuit perlahan lengan mama, malu bila ditenung begitu.
"Sudahlah, pergi sana. Pergi dekat suami, flight kejap lagi, kan?" soal Mama, aku anggukkan kepala lalu beriringan kami berjalan mendapatkan dua lelaki disuatu sudut.
"Namjoon, kamu jangan risau, rumah kamu nanti mama yang tengok- tengokkan" pesan mama. Namjoon hanya membalas dengan anggukan sebelum tersenyum kecil.
"Em, kami pergi dululah pa, ma" ucap Namjoon sebelum bersalaman dengan ayah. Aku pulak kembali berpelukan dengan mama beberapa saat begitu, barulah terlerai. Namjoon mengangkat bagasi lalu dibawa masuk ke flight. Beg dimasukkan kedalam kabin berhampiran dengan tempat duduk.
"Have a seat, princess" pelawa Namjoon untuk aku duduk. Aku hanya akur lalu melabuhkan punggung disamping window seat.
"Sayang okay, ke? Nampak macam tak happy je?" tegur Namjoon, laju aku gelengkan kepala sebelum senyum lebar. Namjoon membalasnya dengan senyuman juga, dia lingkarkan lengannya pada bahu aku.
Aku pandang mata dia, sungguh menggoda, buatkan aku rasa terbuai seketika. Dia jongketkan kening lalu cepat- cepat aku alihkan pandangan. Aku dengar dia ketawa kecil.
"Sayang ada bawa baju sejuk, tak?"
"Ada.." jawab aku dengan suara yang perlahan sebelum sandarkan tubuh pada kerusi, Namjoon anggukkan kepala. Dia selimutkan paha aku dengan selimut kecil sebelum dia ikut sandarkan tubuhnya di kerusi. Tapak tangan aku diraih lalu diciumnya.
"Tidurlah, lagipun kita lama lagi nak sampai" bisik Namjoon. Aku diamkan diri, tak berkelip mata aku memandang segenap wajah Namjoon yang akui memang kacak itu. Aku kemam bibir.
"Sayang nak buat apa kat sana nanti?" soal Namjoon. Aku pandang atas, acah berfikir sekejap.
"Tak tahu, saya ikut awak jelah.." balas aku dan serentak dia smirk kecil buatkan aku mulai berfikir bukan- bukan.
"Kalau saya kan, saya nak stay kat bilik je.." jawab Namjoon buatkan wajah aku serta merta bertukar merah. Aku pukul bahu dia perlahan, Namjoon ketawa, dia tongkat dagunya dengan tangan lalu memandang aku yang sedang menyandar pada kerusi. Aku jongketkan kening. Dia kenyitkan mata.
"Hisy! Dahlah saya nak tidur" aku mengalihkan kepala memandang tingkap. Aku dengar dia ketawa kecil.
"Sayang, mama ada pesan apa- apa ke?"
"Eobseo (tidak ada)" jawab aku. Aku dapat rasakan yang dia sedang bermain dengan rambut aku yang mengurai.
"Really? But I heard something.."
"What?"
"Baby boy?" bisik Namjoon buatkan aku terkaku sekejap. Aku tolehkan kepala memandang dia, dia hanya balas dengan senyuman sebelum dahi aku diciumnya.
"Jalja.." bisiknya buatkan aku mengantuk.
Hem, kita bincang nantilah Namjoon!
.
.
Chicken Noodle Soup!
YOU ARE READING
[C] I LOVE YOU! | 김남준 ✓
Romance[OLD TITLE: CEO KIM'S IN LOVE] Kisah seorang lelaki bernama Kim Namjoon yang telah jatuh cinta terhadap assistannya sendiri. Cintanya bukan kerana rupa, tapi kerana personaliti gadis itu yang pemalu, naif dan caring. Min Haemi namanya. Gadis polos d...