🍀
"Eomma.."
"Aigoo, kenapa ni Haemi sayang? Ada masalah ke?" suara eomma buatkan aku macam hendak menangis je sekarang. Huaa aku rindu eomma! Kalaulah Korea dengan Australia ni sebelah menyebelah macam rumah, dah lama dia panjat tembok balik rumah. Nak peluk eomma.
Hing.
"Haemi sakit ke?"
"Taklah, Haemi selesama saja. Cuaca sejuk kat sini. Tadi Haemi keluar lupa pakai baju tebal. Tulah dapat flu.." aku beri jawapan mengelak. Walaupun hakikatnya aku menangis dari tadi. Entahlah, emo sangat sejak datang ke Australia ni untu berbulan madu, semuanya macam serba tak kena.
"Ohh, dah telan ubat tak ni?"
"Dah.. kot."
"Hem? Kenapa macam tak ada mood je? Mesti ada apa- apa ni, kan?" serkap eomma, Haemi hanya mampu menjawab tidak seraya mengeluh perlahan. Dia mengiringkan badan ke kiri, bantal peluk dicapai lalu dipeluk.
"Eomma.. Haemi rindu nak makan jjampong mama."
"Kat sana tak ada ke?"
"Kalau kat sini ada pun, memang takkan sama dengan rasa jjampong buatan mama. Tak sedap rasanya.." kata aku dan disaat itu aku dapat rasakan ada sepasang tangan melingkar dan memeluk pinggang aku dari belakang. Siapa lagi kalau bukan, Encik Suami? Kim Namjoon?
"Lahh apa pulak cakap macam tu? Ehh dahlah, ada jiran eomma nak datang ni. Eomma end call eah? Nanti ada masa eomma call lagi" kata Eomma dan aku terdengar suara makcik jiran sebelah menyapa eomma. Kemudian panggilan terputus.
"Eomma cakap apa?" bisik Namjoon, aku berdiam diri beberapa saat sebelum aku dapat rasakan yang pelukan pada pinggang aku makin erat.
"Tak ada apa- apa.. saya cuma rindu nak makan jjampong eomma.." kata aku. Dia berdehem perlahan. Deruan nafas dia yang terasa pada leher aku buatkan aku rasa tak selesa. Terus aku mengambil keputusan untuk membalikkan badan supaya menghadap dia. Dia masih dalam posisi memeluk aku sambil pejamkan mata.
"Huh.."
Aku mengeluh perlahan. Jari aku bergerak untuk menyentuh wajahnya. Argh, kenapa handsome sangat ni?, Getus aku dalam hati. Jari aku menyentuh dahi, hidung lalu jatuh pada bibirnya yang sedikit merah. Hem..Aku hanya merenungnya tanpa ada niat yang lain. Fikiran aku melayang kepada ucapan yang dikatakan Nanny tadi petang. Ia menyakitkan. Dapatkah dia tanggung rasa sakit tu andai Namjoon betul- betul akan kahwin dengan Natalie atas alasan ianya adalah kehendak ayahnya?
Ahh it's so hurt.
"Don't think about it if it's hurt you" Kata Namjoon sebelum jari aku yang masih berada di bibirnya dia sentuh. Namjoon membuka matanya, dia senyum kecil, menampakkam sisinya yang lembut.
"Flu dah kurang?" soalnya.
"Mana ada flu.." jawab aku sambil tersengih- sengih. Dia kerutkan dahi sebelum hidung aku dicuitnya geram.
"Jadi sayang tipu eomma lah, ni?"
"Takkan nak cakap saya menangis pula-" aku kemam bibir bila terlepas cakap. Sejujurnya, Namjoon pun tak tahu yang aku sedang menangis. Ahh lantaklah! Terus pandangan matanya terhadap aku berubah.
"Sayang menangis? Bila? It is because of me?"
"Mana ada, saya menangis sebab rindu nak makan jjampong eomma.." aku beri dia jawapan bodoh. Dia pandang aku tajam, baru aku hendak melarikan diri dari berbaring ditepi dia, dia sudah menarik tubuh aku hingga aku jatuh semula diatas katil. Namjoon mengunci pergerakan aku dengan kedua tapak tangannya. Dia kini ontop aku.
"Haemi yang saya kenal tak akan menangis untuk benda yang remeh" perlinya. Aku ketap bibir, pandangan mata aku alihkan dari memandang kearahnya. Dia buat jantung aku dup dap dup dap macam nak tercabut kau tahu tak?
"Betullah.."
"Sebab saya?"
"Kalau bukan sebab awak takkan sebab apa pula? Sakit tahu tak dengar orang minta awak kahwin dengan perempuan lain. Saya selaku isteri awak terluka. Awak tak faham, I want you just for me, maybe it's sound selfish but that's what I want. Takkan ada isteri yang sudi berkongsi kasih, Namjoon.." ucap aku buatkan Namjoon terpana. Dia renung mata aku dalam- dalam sebelum dia tersenyum.
"Are you love me that much?" soalnya sebelum merapatkan wajahnya dengan aku. Aku mengetap bibir, dia memang suka mengusik dengan benda- benda macam ni yang boleh buatkan jantung aku mengepam laju disebabkan dia!
"Thank you, sayang. Saya takkan buat awak menangis lagi, I'm promised.." bisiknya sebelum dahi aku dikecup.
Please keep your promise, Namjoon..
.
Hing.😟
YOU ARE READING
[C] I LOVE YOU! | 김남준 ✓
Romance[OLD TITLE: CEO KIM'S IN LOVE] Kisah seorang lelaki bernama Kim Namjoon yang telah jatuh cinta terhadap assistannya sendiri. Cintanya bukan kerana rupa, tapi kerana personaliti gadis itu yang pemalu, naif dan caring. Min Haemi namanya. Gadis polos d...