🍀
"Welcome home, my big boy!" sapa Nanny dengan senyuman lebar sampai ke telinga. Namjoon yang berdiri di tepi Haemi ditariknya kedalam pelukan.
Ini kali kedua mereka kesini dan kali ini berkemungkinan Namjoon mahu memujuk Nanny semula?
"Thank you, nanny.." balas Namjoon dengan nada seperti lemas. Haemi hanya memandang penuh kerisauan. Nanny meleraikan pelukan, kehadiran Haemi disamping bagai tidak terlihat langsung. Seakan tidak wujud gadis itu disitu.
"Let's go inside" mereka beriringan masuk kedalam dan sekali lagi Haemi ditinggal sendirian. Gadis itu mengeluh perlahan, dia melangkah masuk mengekori Namjoon. Baru sahaja dia hendak menyentuh lengan Namjoon, lengan lelaki itu sudah dipeluk oleh Natalie.
"Darling, thank you for accept me as your wife. Even I'm not the first but I can be your last" ucap Natalie seraya tersenyum lebar. Ucapannya itu buatkan Haemi yang mendengar mengerutkan dahi tidak faham. Wajah Namjoon direnung untuk meminta penjelasan, namun lelaki itu mengalihkan pandangan, tidak mahu bertentang mata dengan Haemi.
"Em.. I don't understand-"
"Don't you hear what I say? I'm gonna be Joon's second wife. You don't know? Joon doesn't say anything to you?" sampuk Natalie seraya menghampiri Haemi. Lengan gadis itu ditolak perlahan. Haemi langsung tidak memberi respon kerana dia sendiri tidak menjangkakan hal tersebut akan berlaku.
"Namjoon.."
"I'll marry her. Please don't ask me why" jawab Namjoon seraya melabuhkan punggungnya diatas sofa. Keningnya diurut, kepalanya sakit. Natalie tersenyum senget, Haemi yang kaku berdiri dijelingnya sebelum dia mengambil tempat disamping Namjoon. Lengan lelaki itu dipeluknya, patah hati Haemi jadinya.
Berkecai menjadi kepingan yang kecil. Dia mengemam bibir, tangisan yang hampir keluar dia tahan.
"If that make's you happy, I'll be okay.."
Prak!
🍀
"Kenapa tak bincang dengan saya?" soal Haemi sebaik mereka selamat masuk kedalam bilik hotel. Dia mengekori Namjoon yang sedang meletakkan kunci kereta diatas meja lampu. Bila Namjoon pusingkan tubuh, dia hampir terlanggar Haemi yang sedang berdiri menghadang jalannya.
"Siapa saya ni, Namjoon?"
"Sayang, please. Jangan mulakan, jangan tanya saya kenapa. Tolong berhenti membebel, kepala saya sakit.." ucap Namjoon lemah. Dia baringkan tubuhnya diatas katil dengan lengan diatas dahi. Haemi mengetap bibir.
"Habis tu, awak fikir kepala saya ni tak sakit? Kalau boleh nak pecah tahu tak?" Haemi bercekak pinggang. Kemarahannya sudah mulai sampai ke kepala. Tahu tak betapa sakitnya hati dia bila nampak Natalie bebas menyentuh dan memeluk Namjoon, suaminya itu? Tambahan lagi Namjoon sedikitpun tidak melarang.
"Awak memang sengaja pilih Australia sebagai tempat bulan madu sebab nak jumpa Natalie dan kahwin dengan dia, kan?" ujar Haemi. Dia mulai menyerkap jarang Namjoon.
"Cakaplah apa awak nak cakap, sayang. Tapi tolong jangan tuduh saya dengan perkara yang tak betul." balas Namjoon. Lelaki itu tenang sahaja berbaring diposisinya yang sama.
Haemi mengetap bibir, laju saja dia mencapai cardigan yang baru dibukanya tadi sebelum meluru mahu keluar dari bilik.
"Nak pergi mana?"
"Jauh dari awak"
"Sayang.." cepat saja Namjoon berdiri lalu menghalang jalan Haemi supaya tidak keluar dari bilik tersebut. Lengannya melingkar pada pinggang Haemi buatkan langkah gadis itu terbantut.
"Lepaskan saya."
"No. Tenangkan diri awak. Tolong jangan bertindak terburu- buru.." pujuk Namjoon buatkan Haemi rasa hendak marah.
"Tenangkan diri? Macam mana saya nak tenangkan diri? Awak akan berkahwin! Apa fungsi saya sebagai isteri awak, Namjoon? Awak tak cukup ke ada saya!"
Makin erat pelukan Namjoon pada pinggang Haemi. Gadis itu terdiam, namun bila dia tidak dapat menahan rasa sakit dihatinya, air matanya mengalir membasahi pipi.
"Awak mungkir janji, Namjoon. Awak buat saya menangis, awak seorang yang tak setia.."
"I know, I'm sorry sayang. I'm so sorry.." pujuk Namjoon lalu membalikkan tubuh Haemi agar menghadapnya. Dahi Haemi dikecupnya.
"Tak ada gunanya awak minta maaf, Namjoon. Hati saya dah hancur, hati saya sakit, hati saya dah patah.." ucap Haemi sebelum gadis itu ditarik kedalam pelukan.
"Saya minta maaf, sayang. Tolong maafkan saya.."
.
Eung.
YOU ARE READING
[C] I LOVE YOU! | 김남준 ✓
Romance[OLD TITLE: CEO KIM'S IN LOVE] Kisah seorang lelaki bernama Kim Namjoon yang telah jatuh cinta terhadap assistannya sendiri. Cintanya bukan kerana rupa, tapi kerana personaliti gadis itu yang pemalu, naif dan caring. Min Haemi namanya. Gadis polos d...