🍀
Haemi duduk di birai katil, kakinya yang berjuntai dia goyangkan perlahan. Dia masih dalam keadaan mamai kerana baru lepas bangun tidur. Rambutnya yang sedikit kusut dia betulkan.
Matanya mengecil sebaik melihat keadaan bilik yang sedang dia tempati sedikit asing dari biliknya. Sedikit besar dan warna wallpapernya juga lain. Dahinya berkerut.
Duh! Baru ingat, ni rumah Namjoon rupanya! Aiyo! Dasar pelupa! Haemi meraup wajahnya, baju t shirt lengan panjang berwarna hitam dengan seluar slek hitam, semuanya milik Namjoon. Kerja dia meminjam je. Tulah siapa suruh ajak tidur rumah tapi tak bagitau?!
Tok! Tok!
Haemi melangkah turun dari katil lalu menghampiri pintu bilik. Dia menarik nafas sebelum pintu bilik dibuka. Kelihatan Namjoon sedang berdiri tegak dihadapan pintu, dia memegang satu bakul kertas berwarna coklat.
"Ahh, Namjoonie.."
"Namjoonie?" Soalnya dengan kening berkerut sebelum dia senyum kecil menampakkan lesung pipitnya. Haemi hanya tersengih.
"I prefer you call me darling, honey, or oppa instead of Namjoonie.." kata Namjoon lalu sengih kecil bila mendapat jelingan dari Haemi. Dia hulurkan bakul kertas tersebut pada Haemi. Haemi menyambutnya dengan kerutan didahi.
"What is this?"
"Wear this, just for today. Saya nak bawa awak jalan- jalan. Em.. tengok cincin kahwin" kata Namjoon lalu menggosok lehernya.
"Cincin kahwin? Bukan itu kerja emm.. orang yang lebih tua dari kita ke? Kena ajak mereke sekali-"
"Oh come on-lah, sayang. Sekarang zaman moden, semua benda yang orang tua boleh buat, orang muda pun boleh buat" kata Namjoon. Haemi menggeleng kecil.
"Saya tak suka kalau awak ketepikan tradisi. I know, modern is insteresting, but tradition who build you first" kata Haemi seraya berpeluk tubuh. Namjoon tersenyum kecil. Dia rapatkan wajah pada Haemi sebelum pipi gadis itu dia cubit perlahan.
"Yalah sweetie, saya jemput mama dan papa awak sekali nanti. Happy?" Kata Namjoon. Haemi senyum sebelum dia mengangguk kecil. Okay, faham.
"Why are you so cute?" Soal Namjoon seraya menekup pipi Haemi, buatkan bibir gadis itu memuncung.
"Yahh.. lepaskan saya. Nak mandi ni, dah melekit" kata Haemi, Namjoon melepaskan pipi Haemi lalu tersengih lebar.
"I let you go, so can I join you-"
"No way!"
Laju Haemi menutup pintu bila Namjoon hendka bergerak masuk kedalam bilik.
Eeee!
...
"Lahh apa pulak cakap macam tu? Mama faham, tradisi tu tetap tradisi, tapi dalam kes kamu berdua ni, tradisi tu boleh diketepikan. Yalah, esok dah nak kahwin. Mama banyak kerja lagi kena urus. Papa pun sama. Haemi nak risau ni kenapa? Namjoon kan ada? Boleh urus semuanya."
Puan Min meletakkan jambangan bunga yang baru digubahnya itu diatas pasu kecil. Haemi mengemam bibir, Namjoon pulak hanya tersengih sedari tadi.
"Tak bestlah tengok cincin kahwin tanpa mama.."
"Kamu tu bukan kahwin dengan mama, kan? Ni, ni. Bakal suami kamu ni kat sini! Elok sikit perangai tu!" Mama menjuihkan bibirnya pada Namjoon. Terus Haemi mencebik, tak suka bila mamanya itu mulai sibuk sendiri.
"Alahh mama.."
"Eish, dahlah. Pergi bawa Namjoon keluar kejap, tengok cincin kahwin tu, sekaligus ambil terus gaun pengantin kamu. Esok tak payah susah- susah mak andam kamu, Nini, tinggal datang hias kamu je." Kata mama sebelum melangkah masuk ke dapur.
"Kan saya dah cakap.. tak nak dengar pula.." Namjoon berbisik perlahan sebelum dia mencuit perlahan lengan Haemi.
"Yalah, jom pergi" kata Haemi sebelum dia mengangkat punggung keluar dari rumah. Namjoon hanya tersenyum - senyum sendiri.
"Marah?"
"Taklah, mana ada marah.."
"Eleh.."
"Kak mimi!"
Serentak kepala Haemi tertoleh memandang gerangan yang menyeru namanya tadi. Im Nana, anak makcik Im, mak saudara aku datang menyapa dengan senyuman lebar sampai ke telinga.
"Ahh nana datang nak tolong ibu ke?"
"Yalah, kak mimi nak pergi mana? Berdua je ke? Kak mimi ni boleh tahan gatal jugak eah" katanya buatkan dahi aku berkerut. Nana menyengih sinis sebelum dia lirikkan anak mata memandang Namjoon yang tengah berdiri ditepi kereta.
"Handsomenya bakal suami nana- ehh suami kak mimi!" Katanya sebelum berlari mendapatkan Namjoon lalu tanpa menyapa atau memberi salam, lengan lelaki itu dia peluk.
"Hai! Nana masih single, jadi masih ada masa kalau kita nak-"
"Im Nana!"
Nama gadis itu dilaung oleh Puan Im, aku nampak mamanya itu menjeling tidak suka sebelum menggeleng lalu bergerak masuk kedalam semula. Haih, tak nak panggil Nana ke makcik?
"Em.."
"Nana buat apa? Pergilah masuk dalam, cakap nak tolong mama urus-"
"Nana nak ikut boleh? Nana pun nak beli barang, mama yang suruh"
Haemi kerutkan dahi, Namjoon hanya tersengih kecil sebelum mengangguk.
"Em, bolehlah.."
"Yeay!" Sorak Im Nana sebelum berlari masuk ke perut kereta lalu mengambil tempat di tempat duduk hadapan. Makin Haemi rasa nak marah kat situ.
"Awak okaykan?"
"Okay, okay sangat!" Jawab Haemi sebelum dengan penuh amarah, dia masuk ke tempat duduk penumpang di belakang.
Cesh!
.
.
☺☺
YOU ARE READING
[C] I LOVE YOU! | 김남준 ✓
Romance[OLD TITLE: CEO KIM'S IN LOVE] Kisah seorang lelaki bernama Kim Namjoon yang telah jatuh cinta terhadap assistannya sendiri. Cintanya bukan kerana rupa, tapi kerana personaliti gadis itu yang pemalu, naif dan caring. Min Haemi namanya. Gadis polos d...