☁Bab 41 - Final⛅

4.5K 329 66
                                    

🍀

Satu tahun kemudian..


"Papa!" Soo yeon berlari mendapatkan Namjoon yang baru melangkah masuk kedalam rumah dengan langkah kakinya yang kecil. Laju Namjoon bongkokkan badan lalu mengendong kanak- kanak perempuan tersebut.

"Aigoo, baby rindu papa, eah? Mana mama?" soal Namjoon sebelum mencium pipi Soo yeon kerana geram. Soo yeon hanya menundingkan jarinya ke arah dapur menandakan Haemi berada didalam dapur.

Namjoon akhirnya menurunkan Soo yeon kebawah bila kanak- kanak itu meronta- ronta minta diturunkan.

Namjoon melonggarkan tali leher lalu meletakkannya diatas sofa lalu melangkah mendapatkan Haemi yang berada didapur. Namjoon memberikan Haemi back hug bila gadis itu tidak kunjung sedar akan kehadirannya.

"Hai sayang.." bisik Namjoon seraya memberikan kecupan sekilas pada pipi Haemi. Mulanya Haemi terkejut kecil kerana sentuhan yang dibuat oleh Namjoon kepadanya.

"Ahh awak dah balik? Maaflah saya tak perasan. Home sweet home!" kata Haemi, Namjoon senyum kecil, dia sembamkan wajah pada leher Haemi. Rindu nak manja- manja, yalah sebelum ni dia asyik sibuk je dengan kerja. Mana ada masa nak cuddle.

"Soo yeon kat dalam tadi, dia ada sapa awak?"

"Of course she has.." balas Namjoon, Haemi mengangguk kecil, dia memotong daun bawang untuk ditumis bersama dengan sayur nanti.

"Pergilah mandi, Namjoon. Kalau saya dah siap masak, kita makan sama- sama."

"Sayang saya rindu.."

"Rindu siapa?"

"Rindukan awaklah, rindu nak cuddle." bisik Namjoon seraya mengeratkan pelukan. Haemi tidak merespon mahupun menjawab. Dia biarkan Namjoon tanpa balasan, Namjoon meniup leher Haemi lembut buatkan gadis itu berdehem perlahan.

"Pergi cuddle dengan Soo yeon tu sementara saya tengah masak ni." halau Haemi tapi Namjoon merengek dibahu Haemi.

"Tak samalah, sayang. Eum.."

"Sayang, jom honeymoon ver 2?"

"Nak honeymoon kat mana, Namjoon sayangg?" tanya Haemi, sengaja mahu memancing Namjoon dengan panggilan sayang. Hasilnya lelaki itu makin menyembamkan wajahnya pada leher Haemi kerana geram.

"Australia.." bisik Namjoon serentak buatkan Haemi yang sedang memotong sayur berhenti. Dia longgarkan pelukan Namjoon pada pinggangnya lalu balikkan tubuh agar berhadapan dengan lelaki itu.

"Australia, lagi?" soal Haemi seraya mengecilkan anak mata. Namjoon senyum seraya mengangguk kecil. Laju Haemi tekup pipi Namjoon lalu pandang tepat ke anak mata lelaki itu.

"Awak dah lupa ke? Negara tu yang buat saya hampir hilang akal sebab awak, tahu tak! Kenapa mesti Australia? Tak ada negara lain ke? Saya tak nak honeymoon kat sana sebab saya tak pisang berbuah dua kali. Awak tahu tak awak hampir ber-"

Cup!

Namjoon mengecup bibir Haemi sekilas buatkan gadis itu berhenti membebel. Namjoon senyum lagi, kali ini menampakkan lesung pipitnya, lengannya melingkar pada pinggang Haemi buatkan jarak mereka menjadi rapat.

"I'm sorry, okay? Kalau sayang tak nak, kita honeymoon kat rumah jelah. Macam ni pun kira honeymoon, kan sayang?" bisik Namjoon. Jarinya menyentuh bibir merah milik Haemi sebelum dia rapatkan wajah dan berikan ciuman sekilas kedua buat gadis itu.

"Papa.." panggilan dari Soo yeon serentak buatkan kedua mereka menjauhkan diri. Namjoon acah minum air dengan cawan yang tak berisi air langsung manakala Haemi kembali ke tempat asalnya.

[C] I LOVE YOU! | 김남준 ✓Where stories live. Discover now